Bukan Salah

hmmm…. ntah cemana nk cakap. bukan salah bagi anak FM. & mmg xsalah pun. FM mmg dicipta utk baby.. lainlah kalo kasik Susu Cap Teko.

yang salahnya…kalo niat nak BF, tapi tak betul2.. tak belajar betul2, tak plan betul2, bila fail, tensen2 plak & ala2 tak puas hati dgn orang yg berjaya BF. ya.. ada yg mmg dah niat, dah doa, dah belajar, dah usaha tp tak berjaya… mungkin tu rezeki kat tempat lain utk dia. yela… tak semua orang atas dunia ni berjaya pun. mmg dah sunnatullah macam tu. kita merancang, usaha tp ketentuan di tangan Allah jua.

kalo nak BF, belajarlah…. pastu jgnla kuarkan statement yg buat orang BF ‘naik angin’ seperti:-

1.”i nk BF tp tak berjaya sbb lepas bersalin susu tak kuar”
helo…. mana belajar ni? lepas bersalin mmglar susu tak kuar… ada penah dgr perkataan kolostrum tak? ape igt mcm air paip ke kuar mencurah2.

2. “i nak BF tapi tak berjaya. 3 hari susu takde. tepaksa bagi botol. lepas tu baby taknak nenen dah”

ni lagi sorang. kalo dalam masa 3 hari ada susu tu mmg bertuah lagi magiklah. most mothers amik masa 4-6 hari utk breast engorge & membentuk susu.

3. “susu i kurang, sampai terpaksa pam bagi kat baby. skg dah makin sikit”
tahukah anda bahwa penghasilan susu itu base on stimulation & hisapan baby tu kuatnya tak terbanding dari pam?

4. “i nak BF tp tak berjaya sebab B kecik, susu tak banyak”
tu la orang suh belajar takmau… kan dah merapu benda bukan2.

5. “i nak BF tp tak konfiden sebab my sis susu dah kering (sis dia kasik FM dr umur baby 2 hari)”
tolongla belajar pasal rule of BF… isk3x~ sedih sungguh hati ini.

little black book divx online

6. “i pelik kenapa u ols still bole BF lagi. susu i dh stat kering (i FM sejak dlm hari lagi)”
no komenlah.

7. “i nak BF tp xberjaya. baby mcm xpuas je. asik nangis2 je”
dah check latching baby? dah consult LC? dah baca buku/tanye paed pasal behavior newborn?

8. “i nak BF tapi tak berjaya. dari dalam pantang lagi susu sikit. i pam kuar sikit je”
dah dalam pantang duk direct feeding mana nak kuar susu pamnya cik kak…. dalam perut baby tu ada silinder bole nampak ke baper oz dia minum?

9. “you fully BF kan? you kasik baby FM apa ek?”
dah nama BF, nak FM kebende pulak ni. tau ke tak ni makna BF? huhu.

10. “i nak BF tapi tak berjaya. baby asik nak melekap je macam tak kenyang2. B pun tak sempat bengkak”
bagus lah tu… makin lama baby melekap, makin banyakla susu stimulated… baby tak pengsan kebuluran tu OK la dia dpt susu lah tu…

11. “i nak BF tp tak berjaya. B belah kanan i kurang susu lah. kan nasi yang belah kanan tu. i takut baby lapar..”
oh ya kat situ mmg keluar nasik seketul2. hmmm.. orang kata skg ni dunia di hujung jari.. sambil2 surf benda merapu tu, apa salahnya cari la sikit2 info pasal penyusuan ni.

& yg agak kelakar…

12. “i nak BF tp tak berjaya sebab i kerja. cemana nak BF baby masa kat ofis?”
pandai sangatlaaaahhhh. yg dok cakap dgn hang ni igt tak kerja ka?

cukuplah tu. pendek kata… kalo nk BF, belajar la dulu. ini, konsep supply-demand pun tak paham, cemana nak BF? bukanlah kata mak-mak BF ni pandai sangat, tapi macam itu lah… at least mereka ni tahu hakikat BF tu macamana, susu terhasil macamana.. etc.

Mami, tak penah anggap BF ni senang. sebab kawan2 Mami pun ramai yg fail. kalau senang, mestila SEMUA orang pun BF.

eh, Mami tak kisah pon sebenarnya, ibu2 kat luar sana tu nak BF ke, BS ke, BO ke. tp sebagai warga yg perihatin, rasa sedih jugakla sekali sekala mendengar statement2 macam di atas. kalo yg cakap tu makcik2 kampung yg tak sekolah, tak kisahlah… tp mak2 yg terpelajar & berinternet ni… ada masa terluang tu carila info pasal BF (kalo betul2 nak BF lah). kat internet ni belambak ha… google jer… jgn duk ralit download muvi jer… baca2 la ape yg patut psl BF, parenting, babycare… takde la nanti wat statement bukan2.

bukan ape, kadang2 statement camtu dilempar kat tempat high traffic, macam blog, forum, etc. kesian kat orang2 yg baru nk belajar BF, tak pasal2 terperoleh ilmu sesat. ye la.. orang pun macma kita jugak. kalau kita ‘malas’ nak surf pasal benda2 macam ni, sama la jugak 20 juta rakyat Malaysia lagi. jadi kalau tak tahu/tak pasti/takde ilmu tu tolonglah jangan memandai bagi statement. memanglah itu pengalaman anda… tapi itu benda yang tak betul. benda2 tu adalah benda biasa dalam BFing.

mmg Mami tahu ramai ibu2 kat luar sana yang takde awareness, takde ilmu, etc. pasal BF, & bukan Mami nak menyombong atau membangga, etc. cuma macam tu lah… ibu2 yang baru nak kenal BF, diharapnya belajarlah betul-betul. yang penting, tahu konsep BF tu macamana. kenapa orang BF sangat tidak ‘allow’ FM? bukan sebab depa benci FM, tapi once dah rely kat FM, body pun dah tak terima signal sebab dah diganti dgn FM. lama2 susu pun kurang dengan sendiri.

itulah antara sebab kenapa ibu2 BF sangat5x berkata TIDAK kepada FM. tapi mereka tak ada pulak cakap kat mak2 FM supaya stop FM & cube jugak BF. cuma kepada mak2 BF, mmg ditekankan supaya teruskan BF, jgn sesekali pikirkan FM! (kecuali dalam kes2 tertentu lar… jgn pulak sampai bagi anak jus oren sebab takmau kasik FM). mak2 BF mungkin nampak SOMBONG, BONGKAK, BERLAGAK, etc. sebab merendah2kan martabat FM. memang itu rules dalam kehidupan seorang BF mom. mana bole ada FM! (kecuali sebagai spare utk kes2 terpencil).

ada banyak jenis manusia kat dunia… ada yg tak kawin2, ada yg kawin tak dapat pregnant, ada yang dapat pregnant tp anak tiada, ada yg ada anak tapi sakit/cacat… sekurang2nya anak kita sihat… tak kirelah BF ke FM ke susu cap teko ke… bersyukurlah dengan kurniaan Allah kat kita. ibu BF, syukur dapat BF, ibu FM, syukur mampu beli FM untuk anak. mana2 pun semuanya ketentuan-Nya. kita tinggal bab mengusahakan je. kalau dah usaha, doa, jumpa doktor, consult LC, urut sana sini, makan itu ini, telan pil hormon tp tak ada susu jugak, mungkin dah takdir.. mungkin ada masalah dgn milk duct, or tak ada milk duct. tak pelikpun, ada je wanita yang lahir tanpa rahim. cemana pun, usaha+doa itu nombor 1. kalau usaha sekerat jalan, doa pun tak berapa sungguh2, paham2 sendirilah.

kalau tak berjaya BF & bukan sebab2 fisio (takde kelenjar susu, takde hormon prolatin, etc.), nanti giatkan belajar lagi, usaha lagi utk next babies. & kalau memang dah sah ada masalah fisiologi tu, redha lah nak buat macamana. mungkin Allah sediakan kelebihan kat tempat lain dengan tiadanya nikmat menyusukan anak.

yang penting kita janganlah rasa rendah diri tak tentu pasal. tak kira la BF ke, tak berjaya BF ke, FM ke, susu cap teko ke… itu yang kita mampu buat untuk anak kita… kalau kita bawak kancil & jiran kita bawak BMW, ape kes nak marah2 kat dia sebab borak2 pasal BMW dia hari2. takkan nak suruh dia borak pasal kancil kita pulak. patutnya kita bangga sal jiran kita ada BMW. koman2 bolela kita tengok BMW hari2. huhu.

kalau tak ada ilmu, cari ilmu. kalau dah ada, prektikkan. kalau dah pandai, sebarkan pada orang lain pulak.

FM pun macam tu jugakla. FM tak sama semua kan… ada yg free lactose la, soy-besed la, ape ke bende lagi. bole ajar mak2 FM yang lain. jadi tak payahlah rasa rendah diri tak tentu pasal… FM lagi best ape… ada stage2 utk umur tertentu. tiap2 stage tukar susu, kalo BF, benda yang sama je… kalau 3 tahun menyusu, 3 tahun benda tuuu aje. adik2 dia pun sama duk pakai benda second hand 😛

lagipun mak2 BF tak ada pon (at least myself) yg sound kat mak2 FM “you ni teruklah kasik baby FM!”. paling takpun yg dpt sound macam tu ialah mak2 yg konon2 nak BF, tapi tibe2 kasik FM plak. itu bukan sebab anti-FM, tp a kind of motivation utk mak2 ni. nak BF, BF la betul2. kalo dah FM tu bkn exclusive/full BF dahla namanya.

pendekata, berbanggalah dengan diri kita. & kalo nk exclusive/full BF, TOLONGLAAA BELAJAR! google jer…. kalo tak jumpa sesapa yang bole tunjuk ajarkan. kat www tu siap ada gambar lagi tunjuk cemana nak BF. stopla bagi statement2 macam di atas. aduhhh, tak dapat terima tau!

BF dgn FM ni… benda yg sama (feeding babies) tp tak serupa. macam Petronas dgn Shell la. sama2 kompeni oil&gas, tapi.. Petronas gaji kecik, Shell gaji besar. Petronas benefit mcm ni, Shell benefit macam tu. Petronas kompeni baru, Shell dah lama otai. Petronas kene boikot, kutuk, caci, maki, hina, keji, dsb. oleh rakyat Malaysia yang lebih bijak dari CEO Petronas tapi tak layak keje Petronas pun sebab tak berapa pandai sangat, Shell tak kena apa2 padahal depa pun duk korek minyak kat Malaysia jugak, jual petrol rega sama jugak. ada orang nak keje Shell tp tak dapat, end up kat Petronas. ada orang nak keje Petronas tapi end up kat Shell. ape2 pon orang Petronas tetap keje kat situ, orang Shell pun seronok keje kat situ. jadi, bangga dan bersyukurlah dengan apa yang kita perolehi. ganjaran dari Allah tu lebih besar utk orang2 berfikir, zikir dan sabar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge