Buat Duit Dengan Google Adsense? Biar Benar…

by admin on February 11, 2010 · 33 comments

Ramai yang dah baca entry MBP tentang latest payment yang beliau dapat dari Google Adsense. Seriously serious, it was USD2.7k making RM9083.66 bila convert. Teruja? memang.. banyak gilak kan.

Masa saya mula2 berkenalan dengan Google Adsense dulu, saya tak ikuti kelas Irfan Khairi… nehi. Zero. Saya masih ingat perbualan saya dengan salah seorang rakan sekutu yang juga membuat perniagaan internet.

“Google Adsense kau dah berapa?”
“63 sen. Kau?”
“1.60 sen”
“Wah, banyaknya kau punya!”

Bila diingat peristiwa tu, tersenyum sendirian saya dibuatnya.

Google Adsense boleh buat duit??? Tapi kenapa Google Adsense saya asyik 0.00 jer???

Haa itulah dia.

Saya mengenali Google Adsense terlebih dahulu daripada Nuffnang. Saya mula kenal dengan Nuffnang, dengan betul-betul sedikit sejak saya mula meletakkan kodnya ke blog My Super Kids ni.

Google Adsense lebih disukai oleh internet marketer berbanding Nuffnang. Kenapa? Salah satunya sebab nilai setiap klik di Google Adsense adalah berbeza-beza, tak macam Nuffnang yang flat rate RM0.15 untuk non-Glitterati dan RM0.25 untuk Glitterati members. Di Google Adsense, the range can be from USD 0.01 hinggalah USD9 atau lebih. Bayangkan jela kalau satu klik dapat USD 9… 12 klik dah boleh cash out :D.

Tapi, mengikut hukum alam lah… Low risk low return, high risk high return, small work small return, more work more return. Adakah anda rasa blog suka-suka ni boleh dapat return ratus2 USD dari Google Adsense? Boleh… dalam mimpi :)

Google Adsense adalah sesuatu yang harus dipelajari. It’s not simply tulis blog , letak code Google Adsense then tunggu duit masuk. No no no (buat ikut gaya Hafiy). No such thing. Lots of studies, lots of research, lots of works…

Ia tak macam Nuffnang yang boleh buat pakatan klik-klik iklanku. Silap gaya memang kena ban dengan Google Adsense.

Oh memang teruja kan. Bayangkan aje bila blog kita tu dah establish, bulan2 Google Adsense bayar riban-riban… Syoknyeee~ tapi untuk ke situ.. memang bukan overnight. Tapi ber-over over night la tak tido malam.. kalau yang keje full time siang hari la. Kalau duk rumah tu maybe boleh manage buat masa siang hari kan?

My Super Kids? Ada la….

Share Button

{ 33 comments… read them below or add one }