Buang Sinus Melalui Pembedahan

admin Avatar

Saya biasa alami sakit kepala, hidung tersumbat, selesema.. dan jadi teruk semasa pregnant (imuniti tubuh menurun). Saya beberapa kali ingat ada masalah dalam otak sebab selalu sangat sakit kepala. Yang paling kronik berlaku 4 tahun lepas dalam penerbangan. Tiba2 datang sakit mencucuk menyerang macam ada beribu2 jarum di bahagian dahi. Walaupun dalam masa seminit je, dah mengucap habis dah. Hehe. Part rasa tekanan pada kepala dan muka tu kira hari2 lah.

Bila diperiksa doktor kata “Sinusitis”.

Saya memang bertahan dengan suplemen Shaklee terutama Alfalfa, namun bila keadaan ekstrem i.e. badan tak sihat, serangan datang bertalu2. Jadi PWP pulak hehe.

Sinusitis tu apa? Sinusitis tu resdung. Orang tua2 kata ada ulat dalam muka. Hehe.

Sinus adalah komponen dalam muka kita yang dipenuhi udara (warna pink dalam rajah di bawah). Dalam sinus ni ada tisu2 lembut.. Bila berlaku jangkitan pada tisu2 lembut ni makan terjadilan sinusitis atau resdung

resdung

Ada 2 jenis sinusitis : akut atau short-term, yang mana mungkin berlaku selepas kita demam ke selesema ke. Yang satu lagi ialah kronik atau long-term. Yang ni tak kira demam ke sihat ke, dia menyerang. Saya punya yang kedua.

Penyebab sinus kronik ni  ada banyak, misalnya kerana alergik, polip dalam saluran hidung dan sinus, mempunyai masalah dengan saluran hidung. Mereka yang suka berenang dalam air kotor dan sering berada dalam close contact dengan kanak2 juga terdedah kepada risiko mendapat sinus.

Jadi apabila serangan yang teruk sampai saya tak boleh bangun 2 selama 2 minggu sebulan yang lepas, akhirnya saya ambil keputusan untuk menjalani FESS (Functional Endoscopic Sinus Surgery). Sebenarnya dari tahun lepas dari Pakar ENT suruh saya jalani pembedahan ni tapi saya taknak lagi. Konon2 boleh bertahan tapi rasanya dah tak sanggup >.< Lebih2 lagi kerana saya juga ada masalah dengan tulang hidung. Itu juga faktor menjadikan sinusitis saya lebih teruk.

Saya akhirnya menjalani 3 prosedurs, FESS, dan lagi 2 tak ingat apa dia (discharge summary tak jumpa kat mana, ada sesiapa nampak?).

Pembedahan tu dibuat pada pagi Isnin 3 September 2012 di Prince Court Medical Centre. Nama je ‘minor surgery’ tapi kena GA (general anesthetic) atau bius seluruh badna menjadikan saya berada dalam posisi delta. Tak sedar apa sampaila dikejutkan bila pembedahan selesai.

Yang kelakarnya sebelum ubat bius berjalan, saya tengah borak2 dengan doktor pakar bius tu. Entah apa lah aku merepek agaknya.

Pembedahan tersebut menggunakan kaedah endoskopi, di mana satu tiub kecil dimasukkan dalam hidung saya.  Benda tu lah yang sedut keluar segala jangkitan, lendir, kaviti, polip dan segala benda yang mengganggu perjalanan udara dalam sinus tu.

Sedar2 tu semua dah selesai.. Hidung berbalut sebab darah tak henti2 keluar. Darah, lendir, darah beku keep on flowing masa 2-3 hari pertama. Sampai hari ni (hari ke-8), masih lagi berdarah tapi dah mengalir macam itu hari. Cuma darah beku. Yang tak bestnya darah beku tu ada melekat di kerongkong. Memang tak selesa sangat. Terasa pahit, kelat dan ada benda melekat. Urghhh.

Kepala pun tak berapa nak betul lagi. Mungkin masih ada block di mana2 agaknya… Badan pun rasa lesu sangat2. Yang lepas surgery tu memanglah, kesan ubat bius. Nak angkat tangan pun tak larat.

Inilah kali pertama saya boleh buat benda ni – masukkan air ke dalam hidung belah kanan, sampai keluar balik dari lubang hidung belah kiri. Hahaha. Aduh, Macam ngeri nak fikir mula2 tu sebab tak pernah buat. Rupanya takdela dahsyat sangat 🙂

Ramai yang tanya, kenapa tak cuba cara tradisional? Bedah2 ni macam mengerikan je. Hmm.. sebenarnya saya lebih yakin dengan apa yang saya nampak (so far). Doktor tu tunjukkan hidung saya ada masalah dengan tulang, jadi dia kena clearkan tulang yang bermasalah tu. Lagipun senang nak claim jumpa doktor ni, dia bagi MC lor. Hehehe. Takpelah, mana2 aje pilihan masing2 janji risiko tanggung sendiri.

So far, lepas seminggu, masih dalam peringkat pemulihan. Belum lagi ada sebarang tanda positif sebab hidung masih keluar darah dan kerongkong pun masih mengumpul darah. Insya-Allah, semoga dalam sedikit masa lagi I’ll get better. Lepas ni kalau kena acute sinusitis pun insya-Allah kita cuba atasi dengan Nutriferon.

Kalau sesiapa nak dapatkan maklumat lanjut tentang FESS ni boleh contact saya 🙂

Tagged in :

admin Avatar

41 responses to “Buang Sinus Melalui Pembedahan”

  1. nonie Avatar

    Mak nonie pun baru buat FESS ni b4 ramadhan aritu. Sampai sekarang ada lagi berbotol2 air cuci hidung tu kat rumah. Memang sebelum prosedur tu dia pernah dapat sakit kepala yg sgt teruk sampai seminggu tak blh bgn. La ni nampak makin ok, dah takdela sakit kepala sgt…

    1. Isya Avatar
      Isya

      Maaf sy sdh mngalami 2 kali pembedahan tetapi kenapa ianya madih sakit dan mempunyai lendir kuning yg amat pekat..adakah saya perlu makan ubat sepanjg hdup sy?

  2. Leenda Avatar
    Leenda

    Saya pun pernah jalani FESS ni. Dec 2010. Air cuci hidung tu tak habis pun.
    Masih berbaki kat rumah.
    Rasanya masalah saya lebih kurang sama. Dr terpaksa buang sikit tulang hidung utk kurangkan gejala.
    Alhamdulillah, sekarang ni pagi2 hidung tak tersumbat, boleh bernafas dgn lancar.
    Selalunya kalau sejuk or berhabuk confirm bersin tak hengat.
    Apapun kita cuba cara apa yg terbaik kita rasa. Semuanya atas Allah untuk menyembuhkan.

    1. Danisa Safea Muhamed Faisal Avatar
      Danisa Safea Muhamed Faisal

      Nak tnya sakit x lps sedar dari pembedahan tu…?.

      1. Mohd Othman Adam Avatar
        Mohd Othman Adam

        saya baru je lepas operate 26/6/2018 aritu, pukul 2.30 pm masuk OT keluar OT pukul 6.40 pm. Masa tu tekak sakit ya amat sbb dia masukkan tiub rasanya. nak telan air liur pun sakit. yang tmpt kena bedah tu usah cakap le.. sakit dan meleleh darah.. cuma esoknya alhamdulillah rasa sakit berkurangan cuma doktor sumbat kain ada la dalam 1 meter kat dlm idung ni area maxillary sinus dan dah boleh discaj. sekarang ni masih sakit kepala lagi selepas keluarkan kain dari dalam hidung 2/7/2018. Sakit gak masa doktor tarik keluar kain tu, mcm org main magic lak kain tarik tak sudah sudah..

  3. […] me if you have similar experience. I’m doing my mini research on what to expect. Just read Mommy Lyna from MySuperkids punya experience pun I dah start seriau […]

  4. Muni Avatar
    Muni

    Sy nk tnya.. ada tak bbrapa mgu slps fess tu hidung mcm bau hanyir sket? Mksd nya kita xcuci bersih ke atau ada lg sasi baki yg melekat kt dlm tu?? Boleh share sbb apa ada bau tu?

    1. Mohd Othman Adam Avatar
      Mohd Othman Adam

      sama la sbb tu la tgh search hidung bau hanyir dlm google ni, sbb skrg tgh ngadap bau tu.. sementara nak tunggu isnin ni baru nak refer doktor balik.

  5. addeen Avatar
    addeen

    assalam kak. sy nak tanya. boleh tak akak ceritakan in details apa yg berlaku? sbb sy pun nak buat operation ni tapi parents tak bagi. polyp dalam hidung ni dah tutup seluruh lubang hidung kiri. boleh akak contact sy di email? thank you

    1. Shahri Avatar
      Shahri

      Tak perlu nak operate.. Saya mengesyorkan awak makan supplement SNE je… Memang terbukti berkesanannya… Bukan sahaja RESDUNG malah semua penyakit kronik dan yang biasa2. Untuk keterangan lanjut WhatsApp saya 0177870618…

      1. sahripuk Avatar
        sahripuk

        sempat lagi dia ni

        1. amei Avatar
          amei

          wassp sy sis

  6. mashitah Avatar
    mashitah

    berapa kos pembedahan ni?

    1. Perantau27 Avatar
      Perantau27

      Ya, apa pun risiko dan pengalaman pembedahan, point utama ialah kos. Kalau swasta, +-10,000 ringgit kosnya. Menunggu kalau ada yg tahu kos septoplasty di hospital kerajaan. Sebab saya graduan baru habis belajar, duit tak banyak macam orang bekerja.

  7. Kina Avatar
    Kina

    salam, boleh kongsikan berapa kos keseluruhan operation sinus?

    1. Massita Avatar
      Massita

      Dlm 12 ribu lebih dik. Kat pusrawi.

      1. Perantau27 Avatar
        Perantau27

        Puan guna medical card ya? Atau debit? . Saya graduan baru habis belajar, medical card pun tiada. Macam saya ni rasanya tak lepas kalau nak guna medical card, sebab kes hidung bengkok dah masuk 10tahun. Terpaksa kumpul savings sendiri, jadi pilihan termampu hospital kerajaan, cuma nak tahu kalau puan tahu kos septoplasty di hospital kerajaan berapa ratus atau ribu?

    2. Rafidah Avatar
      Rafidah

      Terima kasih berkongsi pengalaman. Saya baru lepas fess surgery sebab buang polyp kiri & hidung bengkok sikit sebelah kanan pada 14.11.2019 lepas. 15hb sya dh boleh discaj. Sakit biase2 je lepas surgery tu. Bil hospital kerajaan (hsa, Jb) rm109. 00 admit 13hb discaj 15hb. 15hb tu sya boleh urus diri sendiri tapi mcm masih lemau. Sekarang hari2 saya ade keluar rumah jalani rutin mcm biase. Tp kekadang sakit kepala, hidung, telinga, rahang sampai mcm pedih&perit. Hidung masih keluarkan lendir & darah sikit2. Tiap kali sinus rinse memang keluar darah ketul & berlendir. Tekak sakit giler from the 1st day lepas surgery. Ade luka & ulcer. Mkn bubo mekdi, eskim, jus buah je hari2. Ade makan nasik dgn telur dadar. Esoknye sakit yg amat tekak ni. Telan air liur pun sakit. Telinga masih berdesing. Mungkin kena rehat terlepek. Bila tak terlepek ni lah jadi ye. Badan pun jd bisa. Kepala berat. Bila dh mcm tu baru berhenti buat rutin harian. Elak dari kena panas. Terperap dlm bilik. Bosan ye. Tapi kita kena redha, mengalah dgn ujian Allah nk bg. Chill.. Chill… Review saya 1.1.2019 lambat lagi. Salu rase nk lari ke spital sebab rase tak selesa ni. Risau lambat benor review. Hurmmm pada org2 yg buat rawatan tradisional, ambil ubatan (supplements) yg bukan dari dokte baik hentikan. Terutama buat rawatan asap kat hidung tu. Sangat karut & memudaratkan. Bila tarik nafas kita mahukan oksigen bukan asap. Otak, paru pun perlukan oksigen. Bukan asap. Rokok pun byk mudarat tuk manusia. Tu je contoh paling simple boleh sya bagi. Kalau takde med card, ape2 insurans cover pergi je spital kerajaan tuk rakyat Malaysia. Tiap kali jumpa pakar rm5 je. Pakai ubat mahal pun itu jugak harga nye dgn spital kerajaan. Hargai lah diri sebagai rakyat Malaysia. Kalau nak prosedur jd cepat, mtk dari dokte. Atau kalau berduit mintak buat full payment patient (fpp) . Masih jauh lbh murah dr swasta. Haaaa nak bgtau lepas 2hari surgery jerawat yg merebak tak pasal2 kat muke sya sejak July 2019 terus tenggelam. Tinggal parut jek. Semoga shafting sya kat sini membantu juga tuk kamu semua. 😍

  8. enn Avatar
    enn

    assalam sis nk tye klau buat rwatan ni kne ade byran bpe?buat kt krjaan or swasta?sis ade no fone x?sy rsdung da thap asyk hgus mleleh tsumbat je elegik dgn hbuk n aircon

  9. amei Avatar
    amei

    01133232285

  10. kina Avatar
    kina

    salam , berapa lama duk hospital utk pembedahan ni?

    1. admin Avatar
      admin

      salam,

      saya stay satu malam saja

  11. paat Avatar
    paat

    sye baru buat pembedahan dlam 5 march 2018, skang still rase sakit .brapa lame akak alami sakit lepas operation tu?

    1. admin Avatar
      admin

      uik lamanya. akak seminggu je dah OK.

  12. tin Avatar
    tin

    Salam sis,

    nak tanya ttg FES tu..sy tgh pregnant skrng tp sakit kpla tak hilang dah dua minggu dlm dua minggu tu gap dua tiga hari je yg tak sakit kepala. boleh ke pregnant buat FES tu?

  13. yaya Avatar
    yaya

    hi, boleh share email address x? sy nk email something about sinus.. tq 🙂

  14. […] Sinus adalah komponen dalam muka kita yang dipenuhi udara (warna pink dalam rajah di bawah). Dalam sinus ni ada tisu2 lembut.. Bila berlaku jangkitan pada tisu2 lembut ni makan terjadilan sinusitis atau resdung Pembedahan sinus  menggunakan kaedah endoskopi, di mana satu tiub kecil dimasukkan dalam hidung. Ia akan menyedut keluar segala jangkitan, lendir, kaviti, polip dan segala benda yang mengganggu perjalanan udara dalam sinus “Hidung berbalut sebab darah tak henti2 keluar. Darah, lendir, darah beku keep on flowing masa 2-3 hari pertama. Sampai hari ni (hari ke-8), masih lagi berdarah tapi dah mengalir macam itu hari. Cuma darah beku. Yang tak bestnya darah beku tu ada melekat di kerongkong. Memang tak selesa sangat. Terasa pahit, kelat dan ada benda melekat.” – SUMBER  […]

  15. Emy Avatar
    Emy

    Salam boleh x bg detail kt sye mne nk buat pembedahan sinus ni? Segala detail la dari segi kt mne smpailah berapa total cost nk buat…wassap no sye 01126023748

  16. […] Sinus adalah komponen dalam muka kita yang dipenuhi udara (warna pink dalam rajah di bawah). Dalam sinus ni ada tisu2 lembut.. Bila berlaku jangkitan pada tisu2 lembut ni makan terjadilan sinusitis atau resdung Pembedahan sinus  menggunakan kaedah endoskopi, di mana satu tiub kecil dimasukkan dalam hidung. Ia akan menyedut keluar segala jangkitan, lendir, kaviti, polip dan segala benda yang mengganggu perjalanan udara dalam sinus “Hidung berbalut sebab darah tak henti2 keluar. Darah, lendir, darah beku keep on flowing masa 2-3 hari pertama. Sampai hari ni (hari ke-8), masih lagi berdarah tapi dah mengalir macam itu hari. Cuma darah beku. Yang tak bestnya darah beku tu ada melekat di kerongkong. Memang tak selesa sangat. Terasa pahit, kelat dan ada benda melekat.” – SUMBER  […]

  17. Fitry Avatar
    Fitry

    Nak tanya ade sesiapa tak yg resdong kdng2 rase sesak nafas oksigen tak cukup ke otak , kebas2 tanngan ke . Saya nak taw tentang perubatan dan suggestions, dah tak lalu dah , tq boleh whtsapp saya 0185752377 / email : fitryomar93@yahoo.com tq

  18. salmimi suhairi Avatar
    salmimi suhairi

    Salam… Nak Tanya saya baru lepas operate sinus hidung dalam 2 bulan lepas.. Mcm skrg ni saya dok hadap bau mcm busuk jugak… Tp saya je bau org sekeliling x bau… N rase berdenyut belakang biji mata… Appointment doc minggu dpan.. Rasa mcm dia bernanah balik hmm

  19. Emy Avatar
    Emy

    Saya baru menjalani SEPTOPLASTY SURGERY pd 2 July 2019 dab sedikit drp tulang hidung yg bengkak dibuang. Sebelum ini saya tak pernah ada simptom sinus, tak pernah hidung tersumbat, bersin atau apa2 simptom yang lain. Saya cuma mengalami batuk yg berpanjangan wpun dah menerima rawatan. Batuk hanya spt gatal kerongkong sahaja dan chest xray clear. Selepas check dgn pakar ENT Avisena Hospital Shah Alam Dr Kushairy, baru tahu punca saya batuk. Tulang hidung bengkak kerana allergy spt debu. Saya suspek allergy tepung kerana siang malam saya berkurung dlm baking studio saya. 48 jam selepas pembedahan, baru kapas dlm hidung dibuang, dicuci dgn air garam. Tetapi darah dah berhenti. Kalau saya buat kerja berat, ada sedikit pendarahan berlaku. Maknanya, selepas pembedahan perlu berehat. Setiap hari saya mengambil vitamin c yg jenis soluble utk percepatkan pemulihan. Saya kerap mencuci dgn air garam paling kurang 4 kali.. Tp selalunya lebih. Kos pembedahan, rawatan dan semuanya berjumlah RM21, 000 lebih selama 4 hari 3 mlm. Setiap kali saya terbau hanyir, saya akan cuci. Hari ke 17, doktor buang jahitan dan plastik nipis yg diletakkan di dalam hidung. Kes saya ni spt out of nowhere, hanya batuk spt gatal kerongkong shh, tiba2 hidung saya dibedah dan perlu menghadapi kesan2 selepas pembedahan.

    1. Emy Avatar
      Emy

      Owh..terlupa pulak.. Sblm menjalani pembedahan doktor dah bgtau akan ada bau hanyir sbb katanya proses pemulihan tisu2 hidung. Semua org akan hadapi yg sama cuma bezanya tempoh shj.

  20. Mad Avatar
    Mad

    Assalamualaikum, Hi..
    saya juga baru selesai membuat FESS & SEPTOPLASTY SURGERY pada 29 july 2019 (isnin)

    Hari ni hari ke-3 (Rabu)
    Adakah normal Sakit dibahagian hidung & kepala,
    Selepas membuat benda ni.. sgt tak selesa.
    Dan juga berpeluh2 tak tahu knp.. mcm nak demam tp tak demam kaki sejuk..
    Adakah mungkin kesan dari ubat..

    Nasib MC 9 hari.. kalau kene kerja msti dah hantuk kepala kat desktop.. haha

    Buat rawatan di Pusrawi
    Kos rawatan RM11k++

  21. Luqman Avatar
    Luqman

    Salam semua. Untuk perkongsian bersama. Alhamdulillah saya da selamat menjalani OT sinustis yg buang lebihan daging dalam hidung dan memotong tulang rawan hidung yang bengkok yg menyebabkan penafasan saya tersekat bsama simptom resdung lain2 tu di sebuah hospital swasta di Melaka yg bersebelahan dgn sungai melaka.

    Operation dibuat pada 5/9/2019. Syukur sekali lagi, kos rawatan yang dikenakan adalah hampir RM 19 ribu (6 hari saje duk hospital). Insuran kelompok majikan saya cover Rm24 ribu seorang. Alhamdulillah boleh cover semua kos OT tu.

    Sy ingin kongsikan juga cara utk mendapatkan rawatan OT di hospital2 swasta (pegawai perubatan hospital dan ejen etiqa juga yg tunjukkan caranya ni tau, kredit pada mereka).

    Mula2, pesakit dikehendaki mendapatkan surat rujukan dari hospital kerajaan. Kalau majikan ade panel, boleh dapatkan surat rujukan dari klinik2 panel majikan tu.

    Kedua, panjangkan surat tersebut pada pegawai perubatan hospital swasta yang dikehendaki. Dan tggu beliau tunjukkan surat tsebut pada doktor pakar berkaitan. Dan selepas doktor pakar kata ‘okay’ boleh mggunakan surat ini untuk admit wad.

    Ketiga, set tarikh bsama pegawai perubatan tsebut utk admit wad. Insya Allah, kelulusan GL itu menjadi mudah dan tunggu masa saja utk OT dan rawatan selanjutnya.

    *saya punya sinustis ni da benanah dlm hidung kata doktor yg operate. Sakit ni dah lebih 2 tahun kata doktor.

    1. Perantau27 Avatar
      Perantau27

      Waalaikumussalam. Info yg menarik tuan. Saya graduan baru habis belajar. Saya alami tulang hidung bengkok akibat eksiden terhantuk dinding 10tahun lepas di asrama sekolah. Sekarang baru tahu simptom tulang hidung bengkok, dulu awal kena risau patah atau bengkok. Nyata lepas eksiden tu 10tahun seksa hidung tersumbat, berhingus, kepala rasa berat, pening kepala berdenyut. Tuan ada cadangan hospital mana yg sediakan bedah septoplasty bawah rm5,000 ? Kalau kerajaan pun bolehlah, asal boleh. Graduan baru habis belajar, nak claim medical card utk bedah septoplasty tak lepas dah, dah 10tahun cerita hidung bengkok ni, pilihan yg saya ada cuma guna savings sendiri sahaja. Tuan tahu mana hospital buat septoplasty bawah rm5000?

  22. qareem Avatar
    qareem

    assalamualaikummm..

    saya baru je opeerate hidung pada 8/11/2019.
    sblm ni hidung sy dah tersumbat bermulasejak hampir 10 tahun yg lepas.
    tp sejak akhi2 ni jd lg terus.
    klu dlu sumbat sebelah, sebelah lagi open luas mcm biasa. tp skrg sebelah sumbat penuh dan sebelah lagi terbuka sikit je. so ia menghasilkan lendir dan hingus pekat dlm hidung dan rongga pernafasan. menyebabkan sesak napas, letih, jadi mcm org asma. tp nafas sy x berbau dan x da sakit kepala.
    sy rujuk ke hospital kerajaan. hasilnye doktor kata tulang hidung sy senget dan perlu pembedahan utk betulkan kembali tulang rawan idung ni.

    oleh kerana sy ada medikal kad, sy refer pula kes sy ni ke KPJ Rawang. dan dokto pakar ENT DR Dipak incharge kes sy ni.
    slps skop dlm idung dan buat MRI, didapati sy hidap masalah Sinusitis. so dokto rekemenkan utk buat operationlah.

    selepas berpuasa, pada jam 3 petang hari jumaat 8/11 tu sy mula di bawa ke OT. Anest memasukkan ubat bius ke saluran lengan sy. mmg perit sikit mcm terbakar rasa urat lengan ni haha. tp x lama tu dah x tahu ape dah.

    sedar2 sy dengar bunyi mesin tekanan darah asik turun naik turun naik je pam lengan kiri ni.
    sy tnye nurse tu kol brapa sy siap. dia ckp 4.45. menunjukkan operation sy cuma sekitar 1jam 4 minit jee.. betol lah apa yg Dr Dipak bgtau sblm ni. tulang rawang sy dipotong dan kaedah laser digunakan utk bersihkan rongga sinus spt di pipi dan dahi.

    memula mmg berdarah meleleh skit la klua.. tp dlm masa 1-2 hari, pendarahan dlm hidung sy dah berhenti. mmg cepat sy rasakan ia dpt berhenti. pemebedahan mmg x sakit pon.. slps pembedahan cuma sy rasa perit pd dlm tekak je mgkin sbb saluran oksigen yg di masukkan ke dalam rongga tekak sy kot. ni je yg sakit sikit. pd bahagian hidung x da laa rasa akit mana pon cuma rasa x selesa je sbb Dr bgtau ada plastik yang dikompress utk menetapkan kedudukan tulang hidung sy tu. pada sy pembendaha ni mmg x menakutkan pon. cuma apa yg menakotkan sy adalah esok nk kene g cuci hiodung buat kali pertama aahahahahhaa… lagi2 ada brader kt atas tu bgtau ada kain lak dlm idung yg panjang.. kah kah kah.

    kwn sy yg pernah operate yg sama sblm ni pon ada bgtau, Dr akan mengeluarkan plastik yg panjang sekitar sejenggal dari hidung.

    cuma skrg ni, darah beku yg dah mengeras tu je laa jadi masalah skit utk bernapas ngn lancar, tp bole je bernapas ikot idung mcm biasa. cuma x smoothhhhhhh.. sbb adanya darah beku yg berlonggok dlm idung.
    ermmm x tau laa ape pengalaman baru esok ketika nk kena cuci haha.. ni mmg seram

    kos semua ketika admit ward 3H2M ( masuk magrib hari kamis dan keluar hari Ahad petang, mmbe dgr pon terkejut sbb knp cptnye hehehe) adalah sekitar RM16K++. tak termasuk kos folo up dan kos smasa awal2 jumpa Dr Dipak.

    jika korang ada masalag sinus, x kira lah nk g spital mana pon. elok g laa berubat cpt.. sebaik2nya buat la pembedahan krn ia lebih kekal dan tahan lbh lama.

    Dr pon x rekemen sgt jika kita nk bertahan lama dgn memakan pelbagai ubat itu ini krn takot ia akan beri side effect jangka masa panjang kpd badan kita. ni korang buat pembedahan, masalah korang in shaa Allah akan setel secara total sekali harung.

  23. qareem Avatar
    qareem

    sori jika typo error..
    masa sy wat OT kol 3ptg dan selesai 4.45ptg. so sejam 45 minit la lbh kurengg

    1. Umi Nadzirah Binti Sumar Avatar
      Umi Nadzirah Binti Sumar

      Assalam, saya insha Allah akan buat esok, aduh cuaknya membaca macam2 keadaan post operation. Uwaaaaaa

  24. Umi Avatar
    Umi

    Assalam. Alhamdulillah saya sudah selesai menjalani pembedahan septoplasty 2 hari yg lepas. Hr ni discharged. Sampai rumah kepala masih bengal2, kat hospital tak de la bengal nau. Memang macam ni ke? 😭 lama tak nak baik….

    1. admin Avatar
      admin

      macamnana keadaan umi skg? rasanya mcm tu la keadaan 2-3 hari. kepala rasa ‘kosong’ heheh

Leave a Reply to Shahri Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge