,

Bonding Time

admin Avatar

Bila bercakap tentang masa dengan anak, ikatan atau bonding dan sebagainya, kebanyakan orang berpendapat bahawa ibu bapa bekerja kekurangan bonding dengan anak sendiri. Salah satu sebabnya mungkin kerana tuntutan kerja. Kurang masa bersama anak.

Saya masih ingat hampir 20 tahun dulu dalam kelas kami diadakan debat, saya tak ingat tajuknya apa, tapi temanya tentang masalah sosial dan ibu bekerja. Saya di pihak pembangkang, dan pendapat saya, ibu bekerja ke tak bekerja ke, bukan faktor anak jadi orang atau jadi apa-apa yang tak ikut tamadun manusia. Kebanyakan kawan saya yang pandai dalam pelajaran adalah dari kalangan anak-anak kepada ibu bekerja. Dan kebanyakan yang bermasalah adalah yang sebaliknya.

Dan saya rasa pendapat saya masih sama.

Namun sekarang terlalu hebat pandangan bahawa ibu tak sepatutnya bekerja, bukan lagi kerana gejala sosial tapi kerana risiko meninggalkan anak-anak bersama pengasuh. Kita boleh lihat sendiri berapa kes kematian bayi di pusat jagaan akibat tersedak susu, belum lagi kes penderaan yang melibatkan pengasuh.

Dalam hal ni pendapat saya berbeza. Jika demikian, saya sokong ibu berhenti kerja. Dan kalau tak boleh berhenti, ibu mungkin perlu kerja lebih tekun agar mudah naik pangkat dan gaji, justeru boleh hantar anak ke tempat jagaan lebih baik yang tentunya lebih mahal.

Semasa saya buat survey taska dulu (dulu la, mungkin sekarang dah lain) saya dapati taska ni boleh dibahagikan kepada 2: (1) taska bayaran murah yang pekerjanya terdiri dari sesiapa saja termasuk budak2 lepasan SPM & budak2 yang super ramai (2) taska bayaran mahal, pengasuhkan dari mereka yang bersijil, & nisbah pengasuh yang bagus, misalnya 1 pengasuh saja maksima 2 bayi. Untuk ke taska no (2) secara logik dan matematiknya memanglah kena bayar mahal… Dengan budak yang tak ramai, takkan nak bagi pengasuh tu gaji RM100 sebulan.

Oh sebenarnya bukan tu yang saya nak cerita.

Bonding time dengan anak-anak, ia sebenarnya adalah kualiti masa, bukanlah sangat pun kuantiti masa. Kadang2 kita lama bersama dengan anak-anak, tapi asyik marah-marah… Ataupun duduk bersama anak-anak tapi ibu asyik tengok cerekarama…

Ibu bekerja kadang-kadang lebih banyak bonding time dengan anak, kerana ibu ni sedar dia kekurangan masa dengan anak, lalu setiap saat yang ada dimanfaatkan sebaik mungkin. Saat yang hadir tak dibiarkan begitu saja.

Yang penting ibu tahu apa yang berlaku ada hikmahnya dan jangan rasa sesal atau bersalah. Menghantar anak ke bawah jagaan pengasuh adalah kerana besarnya kasih sayang ibu pada anak. Ibu bekerja dan berkarier menunaikan tanggungjawab kepada masyakat. Hakikatnya masyarakat memerlukan doktor wanita, jururawat wanita, guru wanita, peguam wanita dan sebagainya.

Bayangkan kalau semua doktor wanita berhenti bekerja kerana sikap fitnah masyarakat – ibu tak sepatutnya bekerja?

Bayangkan isteri-isteri bersalin dengan doktor lelaki sahaja, jururawat semua lelaki, cikgu-cikgu sekolah semua lelaki, semua golongan profesional adalah lelaki, bagaimana?

Namun demikian, hal di atas sebenarnya tidak mustahil, dengan kelahiran Gentle Birth Malaysia, bukan saja tak perlu bersalin dengan bidan lelaki, malah tak perlukan bidan. Tapi benda yang berlainan dari norma dan sistem ni pasti susah nak diterima umum kan?

Begitu juga dengan karier profesional lain, boleh saja dijalankan di rumah, tapi budaya kerja kita belum sampai situ lagi (kot).

Saya juga telah memutuskan untuk berhenti kerja dari sebuah syarikat multinasional yang kalau orang dengar ada yang kata “Ruginya… Ramai orang nak kerja kat situ, awak berhenti?”, namun bukan 100% kerana anak (95% mungkin). 5% lagi adalah untuk membangun bisnes dari rumah.

Bonding time dengan anak-anak? Segalanya berubah. Alhamdulillah.

Malah saya berupaya membawa anak-anak bersama mengikuti kami ke mana saja kami pergi. Bonding time bila bermusafir bersama, anak-anak juga ‘terpaksa’ bergabung melakukan perkara yang sama. Jadi tak boleh isolate buat hal sendiri. Walaupun lebih banyak bergaduh dari bersatu-padu 😉

Bonding time, hakikatnya bukan kuantiti tapi kualiti. Sesuatu hal gembira yang mengejutkan lebih diingati dan dihargai daripada perkara rutin, yang kadang2 kita tak sedar pun.

Misalnya hari-hari bernafas dengan udara Allah, kita tak sedar ia nikmat, tapi katakan satu ketika, kita dilanda sakit yang teruk, tapi setelah dirawat kita sembuh kembali. Kita akan ingat doktor yang merawat kita sampai bila-bila, tapi kita selalu lupa nyawa yang Allah beri setiap detik.

Hargai setiap masa-masa remeh yang ada bersama anak-anak kita. Itulah bonding time yang sebenarnya.

admin Avatar

4 responses to “Bonding Time”

  1. kinna Avatar

    like this article! just read on warga prihatin psl slh satu punca anak2 rosak akhlak skrg ni sbb ibu bekerja…bla..bla..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Yang anaknya boleh membaca umur 2 tahun – ibunya bekerja
      Yang anaknya hafal Quran umur 3 tahun – ibunya bekerja
      .. kan?

  2. shamie iman Avatar
    shamie iman

    banyak points menarik di sini. terima kasih kerana menzahirkan dalam bentuk penulisan yang bagus ini.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hehe. TQ shamie. sekadar meluahkan pendapat.

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge