Sekarang ni mempunyai blog seperti satu perkara yang biasa.. hampir semua orang memiliki blog. Ada blogger yang menulis blog sekadar suka-suka saja, ada yang menulis blog sebagai salah satu sumber pendapatan, ada yang tulis blog untuk cari populariti, dan macam-macam lagi. Pendek kata, dunia digital ni mempengaruhi hampir semua umat manusia.
Namun ada satu benda yang hampir sama objektifnya pada semua blogger, iaitu menarik trafik. Walaupun cuma menulis untuk ahli keluarga atau kawan-kawan, yang betul-betul tak mahu trafik mungkin mereka yang buat private blog, atau cuma tulis dan draft je, tak publish pun.
Dalam ramai-ramai blogger ni, macam-macam jenisnya. Antaranya ialah blogger murah dan blogger bermaruah. Haaaa? Macamana tu.
Blogger murah vs. blogger bermaruah
Siapa blogger murah? Blogger jenis ini yang kemaruk traffik dan populariti. Sanggup tulis tentang apa saja, termasuk benda entah apa-apa untuk tujuan terbabit.
Blogger bermaruah pula? Blogger jenis ni tak kisah sangat tentang populariti atau trafik (kisah jugak kot tapi lebih cerdik sikit pendekatannya). Gaya penulisan yang konsisten dan tak ada nak buat benda pelik-pelik.
Bagaimana nak kenal blogger murah dan blogger bermaruah?
Blogger murah biasanya tak berapa banyak ilmu sangat, tapi apa yang ditulisnya berdasarkan apa yang ada dalam kepala otak, walaupun benda yang membabitkan isu semasa/fakta. Kemaruk keyword yang boleh menghantar orang ke blog dia, walaupun berbau fitnah, lucah atau gossip-gossip yang tak logik.
Blogger bermaruah menulis berdasarkan pertimbangan, fakta, idea yang bernas. Mungkin menggunakan keyword tertentu namun pendekatan yang digunakan dan cara penyampaian nampak lebih sopan dan profesional.
Blogger murah suka dengan isu kontroversi. Walaupun content tak ada apa pun. Tajuk je gempak supaya orang teruja nak klik.
Blogger bermaruah mementingkan tajuk dan content. Mereka lebih berhati-hati dalam menulis dan mengeluarkan pendapat agar tak kena balik.
Blogger murah suka mengambil kesempatan, asalkan dapat tarik perhatian market. Tak kira lah cara apa pun.
Blogger bermaruah ambil kesempatan juga, tapi atas kekurangan yang ada pada pembaca. Jadi nampak macam agak ‘mulia’ memberikan sesuatu yang orang lain tak ada.
Blogger murah suka buat isu, tapi sebab ikut kepala otak semata-mata, biasanya isu yang dibawa tak ke mana. Silap gaya bila kena hentam, tiba-tiba boleh tukar pendirian. Sebab dia pun bukannya tahu sangat pasal benda tu, saja nak buat kecoh.
Blogger bermaruah mengemukakan isu yang lebih dekat dengan masyarakat, konsisten dan tetap atas pendiriannya walaupun kena hentam.
Blogger murah biasanya lebih glamour (kes sendiri cari glamour).
Blogger bermaruah ramai yang low profile (walaupun banyak backlink sebab orang suka blog dia).
Blogger murah buat orang menyampah (tapi depan2 memang puji baeeek punya sebab nak tumpang glamour).
Blogger bermaruah orang respect walaupun depan2 kena kutuk (sebab orang jeles?).
Hehe. Entry ni tiada niat nak memperlekehkan sesiapa. Sekadar tulisan dan bacaan ringan sahaja. Lagipun tak ada salahnya jadi blogger jenis apa pun, yang penting niat dan tujuan masing-masing. Asalkan jangan jadi sumber dosa buat orang lain, sumber fitnah dan sebagainya. Walaupun menulis blog dan buat perangai dalam dunia digital, kita masih lagi diperhatikan oleh Tuhan dan makhluk2 yang ditugaskan untuk memantau amal perbuatan kita.
Kan lebih elok kalau buat benda berfaedah sikit.
Hmm, by the way… agak-agak kita masuk kategori mana ya?
Jangan takut kalau rasa fall in kategori blogger murah. Kalau orang nampak macam kita blogger yang tak ada otak pun bagus juga. Bad publicity kadang-kadang lagi bagus LOL.
*pic from iStockPhoto
Leave a Reply