Bila iPhone 5 Bertukar Jadi Recovery Mode

admin Avatar

Kisahnya bermula bila saya nak update software iPhone kepada iOS 7.1.1, the most advance mobile iOS katanya.
 
 Tak tahu apa yang jadi, sebab buat kerja semaaa tidur, bangun-bangun terkejut tengok iphone jadi macam ni:
 


Saya cucuk ke laptop, buka iTunes, satu-satunya pilihan yang ada adalah, RESTORE TO FACTORY SETTING. Atau dengan kata lain, format. Bahasa mudahnya, padam segala yang ada dalam telefon ni.
 
 Yang sadisnya, saya dalam proses memindahkan 15,000 gambar lama ke dropbox. Maklumlah, baru 6 bulan lepas ada kesedaran sync photos le Photostream dan Dropbox…
 
 Saya Google, untuk back-up semua data tu kena guna software. Kena beli pulak. Saya bawa ke kedai Apple, technician tu kata, lebih baik format saja.
 
 Dengan sedihnya saya terpaksa setuju untuk format.
 
 Selamat jalan sakura, Petra, Nebo, Laut Mati, Piramid, Hashepsut, Tuntankhamen, Burj Khalifah, Krabi, Bangkok, Siem Reap dan segala yang ada di dalamnya… Tak apalah, mungkin ada rezeki lain nak bergambar yang lebih cantik.
 
 Oh ya, menurut technician Apple, bila ada berlalu gangguan semasa proses upgrade software iOS, contohnya wifi jem, maka terimalah akibatnya, iPhone akan terset ke recovery mode… Back-up lah data iPhone anda sebelum ianya terjadi.
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

admin Avatar

2 responses to “Bila iPhone 5 Bertukar Jadi Recovery Mode”

  1. Amyz Avatar

    Aduhhhh.. Aduhhh sayangnyaaa…
    Apa nak buat ye tak? Terpaksalah akur dengan kehendak beliau.. Jangan nangis ye? xoxo

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehe takpe, duniawi semuanya

Leave a Reply to Amyz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge