,

Beza Supplement, Ubat dan Milk Booster

admin Avatar

Dulu2 pun saya tak faham apa kaitan supplement dengan ubat. Sebab bendanya sama je, dalam bentuk pil atau cecair… bila kita tak sihat doktorkasik vitamin jugak..

Tapi bila dah besar, banyak membaca dan melalui beberapa pengalaman yang melibatkan isu kesihatan, saya nak kongsi dengan semua yang masih keliru dengan isu ini. Saya tambah milk booster, untuk perkongsian ibu menyusu juga.

Supplement/Vitamin

Bila kita makan sesuatu, tujuan sebenar kita adalah untuk mendapatkan nutrient dalam makanan itu i.e. vitamin dan mineral. Kita makan nasi, orang putih makan kentang, untuk dapatkan karbohidrat. Kita makan ulam, orang putih makan salad, untuk dapatkan vitamin dan serat.Kita makan ikan kembung, orang putih makan salmon untuk dapatkan protein. Itu adalah anugerah Allah yang semulajadi untuk kita nikmati dan serapi khasiatnya.

Sekarang ni, atas kesedaran mereka yang mementingkan kesihatan, vitamin2 ni boleh didapati dalam bentuk pil, kenapa?

  • Terlalu banyak pencemaran di dunia sekarang hinggakan sumber semulajadi tidak dapat nak mengawal radikal bebas*
  • Cara penyediaan makanan menghilangkan vitamin dan mineral dalam makanan, i.e. memasak terlalu lama, menggunakan haba yang panas, etc.
  • Pengambilan makanan segera dan minuman ringan.
  • Aktiviti yang tidak sihat membuatkan tubuh kurang efisen untuk sintesis vitamin.

*Radikal bebas ialah hasil uraian dari tindakbalas sel dalam tubuh kita. Secara semulajadi tubuh kita mampu menyerap radikal bebas ini, tapi disebabkan oleh terlalu banyak pencemaran, tabiat yang tidak sihat menyebabkan radikal bebas terlalu banyak lalu badan tidak berupaya meneutralkannya. Jadi molekul oksigen yang reaktif ini akan bertindakbalas dengan sel2 badan kita yang lain, merosakkannya, dan menukar DNA sel2 itu. MEeurut teori, penyakit kanser dan penyakit oleh sebab penuaan adalah disebabkan tindakbalas ini.Satu cara untuk menghapuskan radikal bebas ini ialah dengan mengambil antioksidan yang terdapat dalam buah-buahan yang tinggi kandungan karoten, vitamin E dan vitamin C.

Secara amnya, vitamin adalah untuk menjaga sistem dan sel badan kita. Ia adalah PENCEGAHAN.

Ubat

Kebanyakan ubat adalah dari jenis2 dadah (drug) yang digunakan untuk mengubat sesuatu penyakit. Contohnya paracetamol adalah untuk menurunkan suhu badan. Ubat kita mabil bila kita sakit SAHAJA. Kalau kita ambil ubat semasa tak sakit, itu namanya cari penyakit. Penyalahgunaan ubatan ini boleh membawa kemudaratan, contohnya ubat batuk boleh menghasilkan kesan khayal.

Ubat BUKAN vitamin. Ubat adalah untuk RAWATAN, bukan pencegahan. Tidak boleh samakan ubat dengan vitamin, kerana dalam makanan harian kita seperti buah oren mengandungi vitamin C tapi tak ada paracetamol di dalamnya.

Milk Booster

Juga disebut galactagogue untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Milk booster boleh jadi dari sumber semulajadi seperti longan kering, alfalfa. PEMBETULAN -TQ to Fid: Ubat-ubat seperti maxolon dan sebagainya bukan galactagogue sebaliknya jika diambil ia memberi kesan sampingan iaitu menghasilan susu badan.

Sekali lagi ubat2 seperti Maxolon,Perimperan dan sebagainya BUKAN SUPPLEMENT dan tidak boleh dipanggil supplement. Supplement dalam ertikatanya ialah bermaksud pemakanan tambahan, tapi ubat2 hormon atau drug itu bukan makanan tambahan. Secara peribadi saya tidak menggalakkan ibu menyusu mengambil ubat2 seperti yang tersebut di atas, kerana ia bukan keperluan sejati badan kita. Tubuh kita tidak memerlukan maxolon kecuali dalam keadaan tertentu. Malah maxolon itu tujuannya bukan untuk menambah susu badan, tapi kesan sampingan dari pengambilannya menyebabkan ibu menghasilkan susu badan.

Tapi dari sumber semulajadi seperti alfalfa, walaupun tidak sebagai milk booster, kita masih boleh mengambilnya sebagai salad dan ia tidak mendatangkan kesan kepada kesihatan.

Kenapa Ibu Mengandung Doktor Beri Vitamin tapi Ibu Menyusu Tidak?

Doktor2 atau Kementerian Kesihatan perlu memastikan ibu dan kandungannya selamat sepanjang kehamilan dan kelahiran. Kekurangan vitamin akan menyebabkan ibu mungkin mengalami anemia, tumpah darah, bayi tidak membesar dan sebagainya. Sebab tu setiap kali check up ibu kena check air kencing, tekanan darah, etc.

Tetapi bila bayi dah lahir, semua risiko tu dah tak ada. Ibu dah tak perlu nak buat check up bulan2. Baby pun cuma check up untuk imunisasi. Kemudian, pilihan untuk menyusukan bayi dengan susu apa pun terletak di tangan ibu. Jadi kenapa nak kena bagi vitamin kan. Kecuali kalau baby tak berapa sihat, ada masalah mungkin doktor akan beri vitamin.

Itu tidak bermakna hanya ibu mengandung yang wajib ambil vitamin. In fact all of us need it. Jangan kata you tak payah ambil vitamin, in fact dalam makanan harian you pun ada vitamin & those vitamins lah yang membina sel2 badan you.

Cuma bila ia dibuat dalam bentuk pil, ia menjadi sesuatu yang asing. Orang panggil ia sebagai ‘ubat’. Orang malas nak makan vitamin sebab katanya boleh ambil dari sumber semulajadi.

Well kita boleh makan sayur berkilo2, tapi tahukah betapa proses pemanasan itu memusnahkan vitamin C. Malah sayur yang dah dimasak selepas 2-3 jam baru dimakan mengeluarkan sejenis enzim yang boleh memberi kesan kepada sel2 badan kita secara perlahan2.

Pemakanan tambahan/supplement/vitamin ni sebenarnya adalah satu cara penjagaan kesihatan kita. Jangan sampai dah sakit2 baru lah nak makan vitamin itu ini. Alangkah bagusnya kalau kita mulakan dari awal, sel2 dan sistem badan kita terjaga.

Pesanan dari arwah bapa mentua saya, yang dah pulang ke Rahmatullah pada 2008, selepas 6 bulan disahkan mengidap lukaemia… katanya “Semasa sihat ni ambil lah vitamin supaya sel2 badan kita kuat. Bila dah sakit, sel badan dah rapuh. Vitamin pun dah tak bagi kesan. Ubat pun cuma nak kurangkan sakit je”.

Memang hidup mati kerja Tuhan, tapi usaha tu di tangan kita. Jangan bila dah kena baru nak salahkan orang, dan ada yang lebih teruk lagi salahkan Tuhan!

admin Avatar

17 responses to “Beza Supplement, Ubat dan Milk Booster”

  1. izzah Avatar

    suka entry akak dan thanks sebab share..

    milk boster boleh makan sebab tak bagi kesan sampingan(kandungan mengandungi herba atau vitamin)..nak amik selama mana pun takpe as long as tak effect pada bayi dan si ibu.(cth ibu selesa..badan tak bau,bayi tak kembung dll)

    tp ubat untuk menambah/meransang susu mengandungi dadah yg boleh memberi kesan sampingan pada masa yang lama kalau diambil secara berpanjangan.sebab tu kena jumpa doktor yang pakar..kerana setiap ubat yg mengandungi dadah mmg ada kesan sampingan.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      mungkin disebabkan kurang info tentang perkara ni menyebabkan ramai yang salah faham ttg perkara ni.

  2. fid Avatar

    pada ai kan
    ambil supplimen tu salah satu cara kita jaga kesihatan kita gaar senantiasa cergas dan boleh berfikiran waras…boleh bertindak dengan bijak etc…ai mmg ada ambil supplimen tapi ai rasa ai tak perlu habaq kat sapa sapa la
    sebabnya ai berpendapat ramai org ambil supplimen pelbagaian….
    kan

    kalau kita jenis rajin tak ambik supplimen bleh ambil makanan semulajadi yang memberi kesan yang sama baik….

    lagipun nama pun supplimen kalau mentangkedarah supplimen mknn yang sah sah ‘wajib’ makan tak dimakan tak de maknanyaaa

    maxolon tu milk booster ke?
    kalau gi kat farmasi nak beli kata nak maxolon untuk tambah susu jangan harap dapat..hahaha
    itu ubat yang kita guna side effect saja…..
    moxolon ubat tahan muntah kan?opss saya tak pandai ya bab ubat sebab saya bukan kerja dgn ubat…
    .-= fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sori kak silap fakta.

      jgn tak tau ada org dari awal makan ubat2 tu untuk tambah susu tau.

      1. fid Avatar

        betul tu
        dan ada satu kes dia dah beli sebab ada org advice kan…sekali dia jumpa pakar dia sebenarnya ada masalah lain….
        hah..sapa nak jawap dan kalau dia ambil ubat tu dia akan sengsara….
        sapa nak jawap?
        sib baik dia jumpa pakar dulu walaupun dia dah beli ubat
        .-= fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.

  3. fid Avatar

    lyna
    kalau ada org tak mau mkn supplimen suruh dia mkn mknn yang organik ya kakakkakaka
    .-= fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ayam organik HPA?

      1. fid Avatar

        apa apa la yang organik
        nak ayam organik nak suruh beli dr u ke dr i??kakkakakaaaa
        .-= fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.

  4. mommy nadia Avatar

    wah wah good info..after 19th months of feeding..I finally need to get the milk booster..susu merudum ;(
    .-= mommy nadia´s last blog ..meet up the blogger frenz 😉 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      susu umpama air laut, ada pasang surutnya. ewah.

      1. fid Avatar

        susu umpama air mata air yang akan keluar dr bumi
        apakah??
        .-= fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.

  5. Nani Avatar
    Nani

    a’ah kak fid itu ubat tahan muntah
    tp kalau org tu tak terdesak i dont think dia pun tgamak smpai tahap nak ambik ubat utk bagi susu kuar..simpati pd dorg2 ni..mmg ada je org yg pam 2,3 jam skali, jaga makan, amik suplemen n galactagogue, kdg2 masih tak cukup utk anak..sy ni hampir le nak terjerumus dlm kategori tu

    1. fid Avatar

      Nani
      mai kita borak cari sebab musabab mengapa kejadian sus itu tidak semeriah yang kita inginkan…hehhehee
      .-= fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.

      1. Nani Avatar
        Nani

        kuhkihh..betui le tidak semeriah yg diinginkan tp alhamdulillah still cukup lagik le..provided malamnya pam lagik..maka cukuplah 20oz utk keesokan harinya ..hihi
        kak fid join ke perjumpaan susuibu/ratuhati
        nak gak beramah mesra bertemubual
        kesahnya beta dolu dlm dlm pantang puting luka teruk ya amat
        tapi lekapan mmg dah betul (beta duk sepital dari belumbsalin sampai 5 hari lps bersalin ..kehkeh) sbb nurse kat spital dah tgkkan
        so mayb sebab kurg stimulation di awal2nya
        dahle bsalin csar lak kan, 2 jam pas bsalin baru nyusukan baby
        eh terluahkan perasaaan lak kat sini
        huhu

        1. fid Avatar

          Nani
          kakak join susuibu.com
          support grp meeting kakak akan hadir

          oh c0sect ya me too…
          Alhamdulillah
          .-= fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.

          1. fid Avatar

            nani
            nak luahkan apa2 pun tak pa kat MSK
            lyna bayar kita bkn kena bayar hahahahahaaaaaa

            btw
            kalau nani nak tau lyna suka sgt alau kita dok memeletuopkan komen box dia
            silap ari blan dia bg kita adiah….

            apakah aku ni??sajaaa cari pasaaaallll
            .-= fid´s last blog ..bag peragaan kakak minggu ni =-.

            1. Nani Avatar
              Nani

              heh..rili?heheh
              nanti ujung bulan ni ada gath kan
              igt nak gak join sekaki
              boleh berkongsi perasa

              lyna,
              td baca blog kak N mcm teringin pulak nak try soy protein..ku ni mmg laju je kalau ada produk yg org guna jadik tambah susu..hihihi

Leave a Reply to fid Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge