Berpantang Sendiri – Penjagaan Semasa Pantang

admin Avatar

Saya dah 14 hari berpantang. Baby Danny pun dah dapat surat beranaknya, maka rasmilah nama DANNY AL-FIRAS (sebut Da-Ni, bukan De-Ni).

Setelah 7 hari bersama emak saya (mak ambil cuti dan datang menjaga saya di KL), kami balik ke kampung untuk akikah Baby Danny. Dan kini berada di KL semula untuk tempoh pantang yang seterusnya.

Berpantang sendiri.. menang besar la cabarannya, maklumlah dengan anak-anak lain yang  masih kecil juga. Anak-anak saya, baik Hafiy mahupun Fahry masih jugaklah nak bermanja-manja… yelah diorang pun kecil lagi kan. Mujurlah sekarang adik saya yang no.4 ada di rumah (sebenarnya dia datang nk kerja), jadi adik saya yang tolong jagakan diorang, cebok, mandikan, etc. Siang-siang legalah sikit sebab kedua-dua abang besar tu ke taska.

Sebenarnya saya memang dah biasa pantang sorang-sorang, sejak zaman Hafiy lagi. Walaupun semasa berpantangkan Hafiy, saya di rumah ibu bapa saya, tapi mereka tu kerja. Sesekali nenek saya datang teman, banyak2 kali saya dengan Hafiy aje lah di rumah 🙂 tapi bab masak2, mak saya sediakan, bahan2 mandi (daun kayu) pun dia sediakan.

Kali ni masak-masak saya buat sendiri. Tak ada lah susah pun sebab masak pun simple2 saja…

Sharing apa yang saya ambil/buat semasa pantang:

1. Vitamin Shaklee

vitamin shaklee

Saya memang ambil semua-semua ni. Banyak kan? Tapi saya jenis telan 4-5 biji pil sekaligus. Senang. Hehe.

Alhamdulillah, setakat ni tak ada lah sakit2 urat. Memang lah kalau boleh semua orang taknak ada sakit2 urat ni kan. Susu badan pun meriah. Untuk pertanyaan tentang vitamin2 ni boleh hubungi saya.

2. Makanan pemanas badan

Ibu Kauthar memberikan saya herba-herba Cina yang digunakan dalam masakan terutama sup. Terima kasih, Salwa!

Saya juga meminum air campuran longan kering dan kurma merah. Memang panas betul badan, uhuhu. Saya pergi ke kedai ubat Cina, orang situ suruh ambil sejenis herba untuk sejukkan badan, counter balik panas2 tu. Tapi saya rasa nanti dulu kot, sekarang memerlukan kepanasaaannnn.

dried longan and red dates

Longan kering dengan kurma merah ni biasanya orang rebus, tapi saya rendam dalam air panas dalam bekas bertutup je…. lagi senang kerja.

3. Urut dan tungku

Saya menggunakan perkhidmatan seorang kakak dari Puchong (kalau nak tanya boleh contact saya). Sedap dia urut sebab tak sakit, dia urut pada urat.  Service merangkumi tangas, mandi air rebusan daun kayu, tungku urut, mandi baby dan masak sekali untuk mak-mak yang berpantang sendiri. Saya ambil pakej 3-3-3, 3 hari awal, 3 hari tengah, 3 hari penghabisan.

Seronok berurut dengan akak ni sebab dia sangat peramah. Tak kering mulut bercerita hehe.

4. Makanan dalam pantang

Saya banyak ambil makanan bersup, taruk halia dan herba Cina tadi tu. Mak saya ada berikan belut, tapi belutnya masih hidup! Setakat ni tak ada orang yang sanggup nak siang 😀

5. Berbengkung

Saya berbengkung sendiri je, dengan menggunakan bengkung moden.

bengkung moden

Senang gunakan bengkung moden, sebarang saiz pun boleh masuk. Saya pernah pakai bengkung kain yang ikat-ikat tu.. seminggu je boleh pakai, lepas tu dah longgar! Bengkung moden memudahkan, nak pakai pun senang sangat2. (Berangan nak Premium Beautiful tapi nak yang below RM1k, ada jual? Wakakaa)

6. Senaman ringan

Senam-senam ringan untuk kesegaran tubuh badan… gerakan2 lembut dan sikit2 je. Ye lah orang kata urat putus lah, urat terhimpit lah.. masa ni la nak regang2 kan.

Kalau nak kira pantang-larang orang tua-tua memang banyak. Kadang2 tu menyusahkan pun ada… tapi mana yang baik kita buat, yang rasa merapu tak payahlah dibuat kan. Apa-apa pun masa pantang kena banyak2 berehat.. biar pulih semua yang dalam-dalam. Maklumlah lama lagi nak pakai 🙂

admin Avatar

35 responses to “Berpantang Sendiri – Penjagaan Semasa Pantang”

  1. mommy icha Avatar

    TERBAEKK!!

    Hadha pun tengah cari pengalaman berpantang sendiri ni. Rasanya lebih selesa dan peace of mind (sebab hadha tak suka kena tinggal dengan hasben) ` meghoyan

  2. baby Avatar

    lagi satu kena banyak2 sabar.. banyak2 bertenang.. adusssss part tue yang selalu ke laut tue

  3. Ica Avatar

    Lyna, congrats on new baby. Ica pun baru lepas pantang…pantang sendiri jugak. Mmg mencabar coz nak jaga baby, kakak2 dia lagi..and diri sendiri…but kuatkan semangat, insyaAllah boleh. I take Shaklee too, mmg body rasa kuat. best lah vitamins tuu…

  4. Coffee Mama Avatar

    Memang salute kat ibu2 yg berpantang sendiri ni.. 🙂 Kalau I tak tau la boleh ke tak..tapi biasanya bila dah ada dlm keadaan mcm tu, nak tak nak memang kena harung je…hehe

  5. lynn hamzah Avatar

    bengkung apa yang digunakan…leh share x?

  6. Nur Adha Avatar

    boleh jadi pembakar semangat dan guideline untuk ibu-ibu moden…adha masa 2nd baby pun…mak cuma jaga 2minggu and the rest berpantang sendiri…alhamdulillah…tiada apa yang perlu dirisaukan…insyaAllah…lepas ni kalau ada 3rd baby pun ..rasa2nya berpantang sendiri…lebih2 after dah amik shaklee ni…lebih konfiden…

  7. Zuhaini Avatar

    Selamat berpantang ya!!!! 🙂

  8. Fara Avatar

    Amboi, no wonder la badan slim je eh?

    Selamat berpantang!

  9. Lyeana Avatar

    Salam…boleh bagi tau camner untuk saya tahu pasal tukang urut dari Puchong tu. Saya pun duk Puchong bln dpn bersalin..

  10. ina Avatar
    ina

    alfafa boleh amik ke kalau baby ada breastmilk jaundice?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh

  11. halen Avatar

    selamat berpantang mommy hehe.. anak sy dah 4 tahun andaikata sy pregnant lg mau sy kena belajar balik ni sebab byk dh yg lupa. tp biasanya bila dh msk anak kedua dan seterusnya ibu2 mcm dh pandaikan nk uruskan sendiri.

  12. Mama Q Avatar

    Salam kenal Lyna…congrats on your newborn & congrats too pasal boleh berpantang sendiri…asyik citer pasal shaklee, dgr mcm superb product ni…nak gak rasa berpantang sendiri tp sy cfm c-section utk akan dtg…rasa cam susah je nak handle existing anak2 (2 org). Yg 1st & 2nd pun c-section…nak handle diri sendiri pun rasa susah. Advise pls. 🙂

  13. maui_wifey Avatar

    Tgk awk berbengkung..teringat wkt sy pantang dulu..ayh sy pulak yg bising sbb tgk anknyer selamba xberbengkung & bertungku…Ble ank no 2, sy berubah cket…dptla dlm 2minggu berbengkung & tungku..tu pun jenuh..hehe..

  14. maui_wifey Avatar

    disebabkan tidak berdisiplin swkt pantang…mulala sy skt2 bdn, skt pinggang, cpt letih (except wkt shoppingyer…) n angin 1 bdn….
    kbtulan myfrenz recommend me abt PB..bler pakai mmg luar biasalah! hehe

  15. eliss Avatar

    boleh tak erk eliss nak berpantang sendiri..dulu ms nuha baby,lepas 30 hari br mandikan sendiri..hahahaha
    punyalah layanan mcm anak raja :p

  16. maria Avatar

    bestnye berpantang sendiri… xsukalah ada org jage2 ni.. rimas huhu.. tp bnyk plak kebaikannye.. kena consider la..

  17. erne Avatar

    lom, branak doh..tahniah bulih hero jgk..hehe

  18. Lana Avatar
    Lana

    babe, dlm pantang2 camni masak apa yg simple sendiri2? tgh kumpulkan resepi ni. and kena masak byk2 stok dlm freezer. almaklumla, konon nak pantang sendiri gak 😀 selamat berpantang!

  19. ummiMaryam Avatar

    Seronoknya berpantang! hhehe..teringat masa pantang Maryam dulu. Sy pantang dulu, siap boleh pindah2 skjap umah mak, skjap umah mertua. Kena bising jugaklah dgn parents. Mana taknya, dua2 belah cucu pertama. Ikutkan la atok neneknya. Alhamdulillah, both moms x strict sgt-bila tanya itu dan ini, masing2 pon mcm x tahu dn x kisah. HIlanglah nightmare berpantang tu! heheh

  20. MamaLutfi Avatar

    telan 4-5 biji sekaligus??uhuhu..sy tak mampu buat gtu sbb vitamin shaklee ni besar2..ehehe. setakat telan set B tu pun..sy kena sebiji2.

    selamat berpantang yer kak..;)

  21. shema Avatar
    shema

    salam.. pun nak tanya pasai bidan dari puchong tu. insyaallah lg 2 bln nak c-sec. tgh dok pk2 nak berpantang macam mana. b4 ni ada maid. this time takde dah..

  22. ezanin Avatar
    ezanin

    Salam.. tumpang tanye.. sape bidan yg duk kat puchong tu ye?? leh bg contact number tak??? saya dah nak besalin xlame lagi ni… tgh nak carik org jaga..sbb pantang sdr..besalin lak c-sec…
    tolong email kat saya ye.. TQ so much 🙂

  23. ida mardiana Avatar
    ida mardiana

    Saya nak mintak no tel tukang urut kat puchong leh tak?due saya lepas raya ni..kalau blh email saya ek..tq..

  24. nadiah Avatar
    nadiah

    salam, boleyh emailkn contact akak mengurut tu x?;)

  25. Suraya Avatar
    Suraya

    Salam, saya pun nak mintak number Tukang Urut tu. thank you

  26. Add Avatar

    Salam,

    Kak, boleh x nak minta no. akak tukang urut tu…

    TQ

  27. Alayna Avatar
    Alayna

    Salam,
    Nak tanya skit, masakan kakak yg from puchong tu sedap tak? How much & camne dia charge? (brapa jam 1hari dia stay). Saya due ogos, harap dia boleh dtg bukit kiara. Tq!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam Alayna,

      Standardla makanan orang pantang, tp mmg sedap d(-_^). dulu charge RM90 sehari, dia bole g ke mana2

  28. Aleya Avatar
    Aleya

    As salam…
    Boleh bg contact number akak mengurut tu tak? TIA 🙂

  29. zura Avatar
    zura

    Pe no contact akak puchong tu yd

  30. nita Avatar
    nita

    boleh tak bg contact bidan yang urut kat puchong

  31. Aimi Noor Avatar
    Aimi Noor

    Salam.boleh bg no akk urut tu x?tq

  32. Cieyla Avatar

    Salam boleh bg contact no akak yg mengurut area puchong tu..:D
    sy nak booking EDD 3/12/15 ni memg tgh cari yang urut mak n anak skali + masak

    1. admin Avatar
      admin

      Salam Cieyla, contact Kak Nurul 019-6400450

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge