Tajuknya… macam mistik kan 🙂
Saja nak berkongsi… tentang diri saya dan alam mistik. Saya ada seorang sahabat yang juga pengamal perubatan alternatif (seangkatan dengan DarulSyifa’, Ashraf Muslim semua tu), dan saya pernah berubat dengan beliau. Beliau pernah mengajak saya mendalami bidang perubatan ni tapi saya belum terbuka hati. Sahabat saya ini memberitahu satu perkara kepada saya. Yakni saya boleh ‘merasa’ kehadiran makhluk halus atau dengan kata lain – jin.
Saya sendiri pun tak pasti sebenarnya adakah perasaan itu benar-benar menunjukkan saya dapat ‘rasa’ kehadiran mereka, atau sekadar mainan perasaan saja.
Persoalan ni sering mengetuk kotak pemikiran saya lah. Mana taknya, saya pernah ‘terasa’ ada ‘seseorang’ dalam bilik, lalu anak saya Hafiy yang masa tu umur dalam 2 tahun macam tu beritahu “Mami, ada orang”. Beberapa kali juga. Saya pernah ‘halau’ benda2 itu yang bergayut di kereta semasa melalui kawasan bukit. Tapi masih berteka-teki, betul atau tidak?
Akhirnya semasa mengerjakan umrah April lepas.. saya rasa terjawab kot.
Semasa di Madinah tidak ada benda pelik berlaku. Namun bila tiba di Mekah..
Saya tak boleh masuk bilik air. Dalam toilet tu nampak macam-macam. Ada yang berdiri sebelah, ada yang bergayut di dinding, ada yang duduk atas shower.. macam2 lagi lah. Saya mandi sekali sehari je, tu pun sebab tak tahan sangat berpeluh, dan mandi secepat yang boleh. Ambil wuduk ke pintu terkangkang seluasnya.
Even kalau duduk dalam bilik tu memang baring atas katil tak bergerak2.
Ada satu kali semasa kami dalam perjalanan ke Jeddah, keluar je Tanah Haram, berpusu2 ikut dari belakang. Saya masih in denial.. “Perasaan aku je ni” tapi makin tak dilayan makin banyak pulak menyeringai di tingkap van tu. Last2, saya terpaksa halau mereka dengan kekuatan yang ada. Syukurlah ada belajar sikit-sikit dengan sahabat saya dulu. Dan mujur mereka paham Bahasa Melayu, hehehe. Lepas tu terus stop, aman damai sampai lah masuk semula ke Tanah Haram.
Tak tahan dengan gangguan setiap saat-tak-boleh-selesaikan-hajat-dengan-aman, saya merujuk kepada ustaz mutawwif kami.. tentang pengalaman saya, dan apa yang saya alami. Kata dia itu kemungkinan besar adalah benar. Jin dan syaitan ada di mana-mana namun ada pendapat mengatakan jin kafir dan fasiq takut nak masuk ke Tanah Haram. Apa2 pun jin memang wujud dan benar ada. Sekarang ni saya rasa ada sekor sebelah saya tengah tengok aku menaip ni. hahaha. Tapi jin2 di rumah saya ni handsome2 spesis Edward Cullen, bukan jenis yang pakai toncit tu.
Jin, setan serta apa jua makhluk yang ada ni bukan tandingan kita.. mereka kelas bawahan… tak patut kita takut pada mereka, apa lagi minta bantuan dari diorang. Sebenarnya saya dulu tak percaya benda2 macam ni.. tapi bila mengenali sikit2.. rasanya ia satu ilmu yang berguna. Lebih menjadikan kita lebih yakin sebagai khalifah yang menerima amanah oleh Allah.
Juga tentang karamahnya bumi Mekah. Terjawab segala persoalan, alhamdulillah ^^
Ada tak antara pembaca My Super Kids yang diberi keistimewaan boleh merasa dan melihat makhluk ni?
Leave a Reply