Benarkah Umrah MLM Haram?

admin Avatar

Macam tahu-tahu je saya & keluarga bakal menunaikan umrah (insya-Allah kalau tiada halangan). Tiba-tiba ada laporan akhbar berbunyi begini:

MLM umrah haram

Maka banyaklah yang cemas, resah, dan tertanya2 “Betul ke pakej umrah yang disediakan oleh syarikat MLM untuk pengedarnya tu HARAM?”

Pertama, sedarilah hakikat bahawa media massa memang suka men-SENSASI-kan satu2 benda. Termasuklah para blogger yang suka menarik pembaca dengan bahan sensasi.

Kedua, sila baca laporan itu sampai habis.

Umrah MLM yang dimaksudkan ialah peluang mengerjakan umrah, tapi dilaksanakan secara MLM.

Misalnya.. Koperasi AAA menawarkan pakej umrah murah dengan hanya RM2,000. Tapi untuk mendapatkan pakej itu, peserta kena cari 5 orang yang nak join sekali dan bayar jumlah itu juga.

Jadi, Encik Bedul pun teringin nak pegi umrah dengan Koperasi AAA. Lalu Encik Bedul mendaftar, bayar RM2,000. Dan cari 5 orang ‘di bawah’ dia. Maka, dia dapatlah 5 orang tu, so dapatlah Encik Bedul pegi umrah.

Yang 5 orang bawah dia, Senah, Tipah, Joyah, Samad & Suparno.. nak pegi umrah juga, jadi mereka kena cari 5 orang juga.

Begitulah seterusnya.

Cara macam ni lah yang dikatakan HARAM itu. Nak pergi umrah, tapi buat sistem MLM. Last2 yang bawah tu kalau tak dapat cari orang?

Pakej umrah yang ditawarkan oleh syarikat MLM untuk distributornya tidak termasuk dalam kategori ni. Kerana setiap syarikat MLM ada cara nak ‘reward’ distributor. Alah, macam company buat trip pegi situ sini.. sama lah tu, lebih kurang ler.

Yang cara distributor cari orang suh bayar sekian2 ringgit tu, itu dia punya pasal, bukannya company MLM suruh buat macam tu. So, itu bukanlah ‘cara MLM’ tapi ‘cara distributor’ tu sendiri.

Jelas tak?

So berbaliklah kepada perkara no (1) dan no (2) di atas 🙂

admin Avatar

2 responses to “Benarkah Umrah MLM Haram?”

  1. bardboo Avatar

    surat khabar memang suka sangat buat cerita2 panas ni..kalau yang jenis baca tajuk je, memang asyik tertipu jela..huhu..

  2. odan Avatar
    odan

    hoho…harian metroll…mmg la camtu…ada gak manusia islam yg guna sistem MLM utk buat umrah…kononnye nak membantu…tp sebenarnye nak buat duit.

Leave a Reply to bardboo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge