Belasungkawa Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

admin Avatar

Semasa dapat berita dari group Whatapps sekolah malam tadi, saya buat tak endah saja. Maklumlah, sejak bertahun-tahun lepas dah keluar berita tentang kematian beliau, Tok Guru Nik Aziz ni. Tapi bila dah ada pengumuman rasmi dibuat oleh media-media tempatan, sudah sah bahawa Tok Guru dah pun pergi meninggalkan kita, mengadap Allah Azza wa Jalla.

Sepupu saya di Kelantan segera bergegas ke Pulau Melaka bila saja dapat berita.

Anak-anak Kelantan di serata negara berteriak tangis kesayuan mengiringi pemergian ulama yang dikasihi dan dihormati oleh semua orang , tak kira lapisan masyarakat, apa jua pegangan politik.

Malam tadi saya tak update apa-apa pun di FaceBook, tak taulah mungkin tak tahu nak update apa. Sekadar forward pesanan dari seorang rakan.

Walaupun tak pernah bertemu dengan Allahyarham, tapi hati tetap rasa syahdu dan sayu. Terutama mengenangkan ke mana diri ni nak pegi selepas ni.

Ketika ni saya sedang menonton siaran langsung pengkembumian Allahyarham Tok Guru… Berebut2 pakat nak pegang jenazahnya. Terlalu ramai orang sampai jurukamera dah boleh nak masuk dekat…

Semoga lebih ramai pelapis Allahyarham yang akan lahir selepas ini.

Belasungkawa Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “Belasungkawa Tuan Guru Datuk Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    memang sangat sedih la alom… 🙁

  2. emalinmohd Avatar

    Semoga Ada pelapis seperti beliau…

  3. Inspirasi Huda Avatar

    Semoga Tok Guru ditempatkan bersama para syuhada.. Teringat antara tempat pengajian Tok Guru iaitu di Deobandi. Ia adalah tempat pengajian yang cukup menitik beratkan soal dalil sebelum sesuatu hukum dibuat. Semoga damai TGNA di sana.

Leave a Reply to emalinmohd Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge