Bengkel Adsense 101, Belajar Buat Duit Dengan Google Adsense

admin Avatar

Bengkel Google Adsense 101 yang pertama, sangat marvelous, memenatkan, tapi seronok 🙂 Saya pun penat macam hapa, peserta yang seramai 6 orang tu tak tau la macamana penatnya nak digest segala benda yang kami sampaikan dalam bengkel Adsense hari pertama semalam.

bengkel adsense 101

Pada mulanya saya ingat nak adakan kelas untuk 15 orang, kemudian difikir2 rasanya ramai sangat 15 orang tu, macam nak buat seminar pula. Untuk kelas intensif tak sesuai pula ramai-ramai. Jadi saya turunkan ke 10 orang (10 orang pertama yang mendaftar dan membuat pembayaran). Akhirnya saya limitkan kepada 5 orang saja & eventually tambah seorang jadi 6. Disebabkan ini kelas pertama saya, rasa macam so-so juga dengan 6 orang peserta. Mungkin saya akan cut lagi untuk next class. Tapi OK sajalah sebab semua pun cepat pick-up.

Saya pun tak berapa larat nak bercakap lama-lama, harus termengah2. Mujurlah ada pembantu yang setia 🙂

Anak-anak pula semua dibawa ke Scriptory Box. Di GBOB ada playgroup jadi dibawalah budak berdua tu ke tingkat atas Scriptory Box. Tapi Hafiy tak suka dengan aktiviti playgroup. Dia cuma seronok bila semua orang dah balik, tinggal dia dan teacher Watie je. Barula tak berajak turun.

Bengkel Adsense 101 ni diadakan 2 hari, kerana saya nak peserta betul2 faham. Dan akhirnya boleh bina website sendiri yang menjana keuntungan. Dan saya tengok peserta2 ni semuanya berkobar2 nak belajar bina website.

Hari ni hari yang lebih mencabar lagi, yang mana peserta akan mula mengaplikasi apa yang dipelajari semalam. Teringat pula kelas belajar software di universiti dan di tempat kerja… belajar software la benda yang paling saya tak suka sebab yang mengajarnya sikit punya cepat, yang belajarnya masih terkial2. Tapi dalam bengkel ni terpaksa saya cepatkan untuk habiskan dalam masa 2 hari. Nak lahirkan ‘usahawan’ Adsense ni bukan senang. Saya pun mengharapkan mereka lebih cepat menerima cek dari Google Adsense.

Kita tengok nanti apa kata mereka selepas 2 hari berpenat-lelah, tinggalkan anak2 dan suami (so happen that semua peserta adalah kaum ibu!).

admin Avatar

5 responses to “Bengkel Adsense 101, Belajar Buat Duit Dengan Google Adsense”

  1. syahrilhafiz Avatar

    nak apply pun tak reti, macam mana ni..;P

  2. mommy icha Avatar

    sampai tak sempat siapkan assignment 😛

  3. lissa Avatar

    tgh bz-bz pun sempat lagi mommylyna buat entry… cayalah..

    tapi, kursus adsense best gile, byk ilmu dapat. sekarang tinggal nak apply jer. caiyok2 kat diri sendiri.. kekeke..

  4. Mohd Isa Avatar

    pergh…dah lepas ke? nak tau gak apa yg dikongsikan dalam bengkel tu? hehe

  5. ray ban Avatar

    bika oula next class akan diadakan??berminat ni

Leave a Reply to Mohd Isa Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge