Beg Baru Untuk Anakku

By | January 14, 2015

Cuti sekolah hampir tamat. Bermakna, sekolah bakal dibuka semula. Ibu bapa mula menyiapkan persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah.

Seorang ayah giat membelikan beg sekolah dan pakaian sekolah baru. Banyak sekali, dalam 80 unit. Pakain termasuk kasut sekolah dimasukkan ke dalam setiap beg, dan dibungkus dengan elok.

Anaknya yang memerhatikan aktiviti ayahnya bertanya “Ayah, boleh saya pilih beg sekolah saya?”

Ayahnya memandang wajah si anak “Bukankah kamu sudah ada beg sekolah?”

“Tapi beg itu sudah lama, itu beg tahun lepas. Baju dan kasut pun yang tahun lepas”

“Walaupun lama, tapi masih elok kan” Ujar si ayah sambil menyiapkan kerjanya.

“Ayah tak adil! Ayah belikan beg baru untuk orang lain, tapi bukan untuk saya! Ayah tak sayangkan saya!”

Si anak berasa jengkel. Dia lari masuk ke biliknya dan menangis. Ayahnya membelikan beg sekolah dan pakaian baru kepada anak-anak yang bukan anaknya, sedangkan anaknya cuma dapat yang tahun lepas. Bagaimana si anak nak berhadapan dengan kawan-kawan dengan beg dan baju lama ni?

Si Ayah mengetuk pintu bilik, mengajak anaknya yang masih merajuk mengikutnya. Walaupun masih marah, anaknya mengikuti saja ayahnya masuk ke dalam van mereka. Dalam perjalanan, dia langsung tidak bercakap dengan Ayahnya, mukanya masam.

Si Ayah memandu hingga ke satu tempat yang bertulisan ‘Rumah Anak-Anak Yatim’.

“Anakku, cuba kamu lihat kawan-kawan kamu ini. Mereka tiada ayah, tiada ibu. Sedangkan kamu ada ayah, ada ibu. Mereka tidak dapat berjalan-jalan bersama ayah dan ibu, sedangkan kamu boleh ke mana-mana saja bersama ayah dan ibu. Kamu boleh meminta apa saja dari ayah dan ibu, sedangkan mereka tidak memilikinya. Ayah harap, beg sekolah dan pakaian baru ni dapat menggembirakan mereka. Dan kamu, ayah pasti kamu gembira dengan beg sekolah lama kamu yang masih elok itu. Janganlah kamu bersikap emosi kerana orang lain memiliki apa yang kamu mahu, sedangkan kamu masih memiliki benda yang lebih baik”

Si Anak mengalirkan airmata dan memeluk ayahnya.

“Maafkan saya, Ayah. Saya sayangkan ayah”

Category: Motivation

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Beg Baru Untuk Anakku

  1. mamasun

    Teringat anak saya baru ni…minta beg baru gak….bila tunjuk gambar budak2 mangsa banjir, cerita kan kisah budak2 susah kat luar sana…dan suruh dia tgk balik beg lama dia yang tak der rosak tu….then dia sendiri decide tak jadi nak beli beg baru….alhamdulillah, lega poket makk

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge