Barang Ikea Mampu Mencederakan!

admin Avatar

Barang Ikea ni memang cantik2, design moden2, mahal2… tapi kualiti boleh dikatakan ‘pakai untuk tukar lagi 2-3 bulan’. Saya bukan nak kutuk Ikea, saya juga adalah penggemar barang Ikea. Kat rumah memang banyak barang-barang dari gedung Ikea (yang cuma 5 minit je dari rumah saya), termasuk sofa, katil, almari, meja, kerusi, kabinet, lap kaki dan sebagainya.

Barang Ikea ni kalau rasa nak ‘pakai sampai hancur untuk tempoh 10 tahun ke atas’, saya nasihatkan sila lah buang cita-cita anda itu. Barang2 Ikea ni mainly untuk bergaya dan tukar-ganti setiap 2-3 tahun sekali. Kalau nak perabot yang tahan sila dapatkan barangan kayu solid yang tahan lasak di kedai2 perabot yang bersepah kat Malaysia ni.

Nak cerita rak-rak buku di rumah mak mentua saya dah selamat melendut dan almari senget ke tepi hehe. Mungkin bukan salah rak buku atau almari Ikea tapi buku kami dan baju kami terlalu banyak gamaknya 🙂

Ini pula adalah kejadian malam ini sewaktu saya sedang membasuh pinggan mangkuk cawan di dapur. Kami menggunakan cawan Ikea. Cawan ni pernah satu masa pecah sendiri semasa saya melambakkan pinggan-mangkuk dalam sinki. Tiba2 saja pecah. Ajaib sungguh tak pernah saya alami cawan pecah kalau tak terhentak atau terhempas ke lantai.

Dan pada malam ni, ia telah pecah semasa saya sedang membasuhnya! Hasilnya ialah dari jam 9 malam sampailah ini jam 6 pagi (sewaktu entry ni ditulis) darahnya masih belum kering lagi.

cedera cawan ikea

Nampak kecik je tapi bahagian tu terkoyak & saya tak tahu sedalam mana koyakan tu sebab tak berani nak selak.  Tapi rasanya bukan koyak takat epidermis je sebab pedih!!!! Darah banyak wooo!  Menitik2. Rasa macam pembunuh pulak tangan berdarah2 you. Saya taruk minyak gamat je, tak pakai iodin bagai. Maklumla saya old school sikit orangnya.

Ini bermakna cawan tersebut yang tinggal 3 biji lagi (sebiji pecah sendiri dalam sinki, sebiji yang memakan jari saya ni dan sebiji lagi pecah kena baling dengan Fahry) akan dimasukkan ke dalam arkib di bawah kategori BARANG BERBAHAYA.

Bayangkan betapa ngerinya tengah2 basuh pinggan tiba2 ada kaca melekat di tangan sebab benda tu pecah masa kita tengah basuh! Mujur tak kena urat nadi kot tak mau kita semua tidur hospital malam ni hehe.

Tapi takpe saya takkan saman Ikea di atas kualiti barang yang sungguh jitu itu. Mungkin cawan tu cuma untuk ditayang kepada tetamu saja tapi saya pergi buat minum.

Maka esok kita akan buka itu kotak gelas Luminarc la 🙂

P/S : Sesiapa yang nak set gelas Luminarc, set cawan & pinggan Corelle & Duralex, set mangkuk Corningware  & Vision, dengan harga lebih murah dari KLCC boleh hubungi saya ya.

admin Avatar

30 responses to “Barang Ikea Mampu Mencederakan!”

  1. hasuna Avatar

    huhu…baru dok plan nak gi jalan2 belek2 barang kat ikea…
    tapi, saya setuju part ketahanan barang ikea adalah sgt terhad berdasarkan pengalaman sendiri…
    nak puas ati, beli perabot kayu jati…tahan berpuluh tahun, tapi kalau yg bercitarasa moden tu tak sesuailah…hehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ikea mmg kena bajet up to date tu yg orang berebut katalog baru hehe.

  2. dbalkis Avatar

    uish3…saya pun beli barang ikea dan dengan nasihat orang2 ikea, cara pasang kene betul..saya setuju kata lyna rak buku boleh roboh melendur semua..tapi bagi saya kalau salah pasang..rak buku kene drill pada dinding..tak boleh stand on its on..kalau buku dah banyak berat memang boleh roboh..almari pun sama..tapi memang tak boleh kalah kayo solid coz harganya lebih lagi..ikea barang2 diy dan harga berkadaran dengan kualitinya. so kene la kita pandai2 pasang dan jaganya untuk tahan lama..just my 2cents..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Agree, almari & shelves kena skru ke dinding supaya tak runtuh. Tp bab lendut & menyenget ke tepi rasanya not much help kot unless install anothEr L square kat every shelf dia.

      Tp ok jugakla, merasa gak org2 bajet sederhana nak tuka2 barang rumah. Hehe.

  3. Wan Anie Avatar

    uish bahaya ni… saya x penah beli brg dapur dan lemari bagai kat ikea sebab jauh dari rumah…. cuma berminat dengan perhiasan yg pelbagai dan lain dari yg lain.

    nanti update lar catalog brg2 tu…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Takdelah bahayanya.. Mungkin nasib kurang baik kot

  4. transformed housewife Avatar

    brg2 IKEA minat utk dibelek2 di katalog je. cuma tak tahu pulak sampai boleh membahayakan.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ganas sgt kot sental gelas tu hahahah

  5. shaz Avatar

    xpernah gelas ikea pecah..tapi gelas luminarc pecah memang lagi sakit dari luka awk tue…siap kene jahit lagi…. =(

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Luminarc pun boleh pecah sendiri ke? Ke kes silap tuang air panas dalam gelas tak tahan panas?

  6. Ummi Hanie Avatar

    cawan ke..gelas Ikea k.lyna?yg putih suci tu ke?

    sy xpernah jejak kaki ke ikea..*oh kunonye saye…
    belum rezeki lg dan mmg igt brg2 dia semua kualiti …

    hehe lawak laa yg feeling pembunuh tuu…;p

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      oh tak boleh bagitau yang mana satu, kang orang takut nak beli plak hahahaha. (bajet ada saham Ikea la nih)

      Tapi mungkin akak tonyoh kuat sangat sampai pecah kot?

      BTW kalo datang ikea singgahla umah akak hehehe.

  7. rynas Avatar

    suka jg barang Ikea. sian Lyna sampai luka ekkk…
    tapi betul tu brg Ikea bukan jenis yang tahan lama..kalau nak cantik dan bergaya bolehlah beli..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      angan2 nak penuhkan rumah dgn barang Ikea. tapi tak bulih, overbudget hahaha.

      luka ngada2 je ni kak 🙂

  8. YatieJay Avatar

    Lyna, serius ke Lyna boleh dapatkan harga yg murah utk set corelle/corningware? Sekarang ni saya masih pakai pinggan mangkuk ‘handover’ dari mak masa baru2 kawin dulu. Cadangnya dah masuk umah baru next year, saya nak carik set corelle (sebab ketahanannya dan design dia yg cantik2). Serius boleh beli dari Lyna ye? Sukanyaaaa…….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      boleh tapi kena order dulu la hehehe. immediate stock xde. 🙂

  9. hazie Avatar
    hazie

    lyna,

    nk sesangat la beli set corelle tu kalau murah.. any info email sya k..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      allrite hazie nanti kita email ya

  10. akak su Avatar

    kami ni nak merasa brg ikea pun sekali sekala ja, maklumla jauh..hehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sekali sekala tu bolehla singgah umah kami hehe

  11. mdmcalypso Avatar

    asslammualaikum bloggers..set pinggan saya beli di Ikea 3 bulan lepas tetiba je pecah 2 biji. Itupun saya letak dalam kotak balut dengan old newspaper dan balut sekali lagi dengan plastik dan letak bawah katil. niat hati nak bagi kat mak mentua. huhu..tak jadila…mak mentua pun guna giacomo inikan pulak nak bagi brgn ikea…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      waalaikumussalam mdmcalypso

      oh jadi bukan salah saya la bila cawan saya pecah sendiri juga hehehe.

      sebut bab barang pecah ni, saya ada satu set gelas hadiah kahwin (bukan berjenama). penah sekali dia jatuh terhempas, tapi magiknya dia melantun semula, sempat saya sambut.

      mungkin Ikea boleh gunakan material ajaib tu 🙂

  12. Marisa Avatar
    Marisa

    setuju! saya ada beli set utk bathroom… semua dah berkarat… dah buang pun.,…. last2 beli kat kedai yg jual barangan bathroom.

  13. Liza Avatar
    Liza

    yea..mmg setuju brg2 ikea kurang daya ketahanannya, especially brg2 kat bilik air. cepat sgt berkarat, x dan sebulan pun…rege je mahal..

  14. suzy Avatar
    suzy

    edeeehhh… ngeri tgk luka2 nih.. (wpun dh brsalin 3 kali potong).. arrghh..

    erm.. cam minat je nk tau harga set2 pinggan mangkok tu.. email bleh?

  15. Madoct05 Avatar
    Madoct05

    memang ada jugak org lain yang selalu pecahkan pinggan mangkuk Ikea. Saya punya jug kaca dah 2 kali beli, 2 kali pecah…Lyna..msg akak bab pinggan corelle. DUlu2 masa kat jepun, ada la juga beli sikit2 noritake tp sayang nk pakai utk hari2..ahahks.

  16. mrsnik@meah Avatar

    owh, barang luminarc mmg bagus..mase i anak dara dulu mmg beli the whole set of luminarc..sampai skrg ok lagi..satu jer baru pecah sebab falah..bukan sebab benda tuh sendiri…

  17. rina Avatar
    rina

    nnt lg 6 bulan saya report ape jadi dgn almari buku/hiasan ikea kat umah ni, dah beli setahun lebih, tp baru 2 bulan letak buku2 study dlu. nampak mcm elok, tp padan la dgn harga..bukan bookshelf expidit ape sume tu.
    almari fatin pon ikea, yg putih 1 pintu tu je, so far ok, tp betul la takleh guna ganas2 kalau rega dia takat 100 200.
    sib baik tak penah terbukak hati nak beli pinggan mangkuk ikea, bahaya la kalau dia tibe2 pecah tanpa sebab.

  18. hallu Avatar
    hallu

    setuju.. saya beli shlf letak tibi dari ikea.. tak sampai 3 bulan, terys lendur, tibi jenis lama la yang bukan nipis tu.. 32 inc..

  19. Ell Avatar

    Baru ingat nak try beli pinggan mangkuk ikea hehe

Leave a Reply to dbalkis Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge