Banyak Sangat Cara, Mana Satu Yang Terbaik?

admin Avatar

Di zaman media sosial menjadi rujukan utama sekarang ni, kita akan dapati kehidupan kita ni mempunyai terlalu banyak option, terlalu banyak pilihan. Kalau dulu mungkin kita mengikut saja apa yang biasa diamalkan oleh orang-orang sebelum kita, tapi hari ni tak. Untuk melahirkan seorang bayi pun ada pelbagai teori. Apa lagi nak membesarkan, menyekolahkan dan sebagainya.

Sebagai seorang manusia yang mampu berfikir, pasti kita akan tertanya juga “Mana satu yang terbaik?”

YANG TERBAIK

Orang ni kata cara tu terbaik, orang tu kata cara ni terbaik. Habis tu yang mana satu sebenarnya? Pasti kita taknak salah pilih kan.

Yang sebenarnya, apa saja cara, apa saja teori, apa saja tindakan adalah yang terbaik. Terbaik sekiranya kita melakukannya dengan bersungguh-sungguh tanpa berpaling lagi.

Cara yang terbaik pun tidak akan jadi terbaik sekiranya kita teragak-agak, atau buat asal siap.

Justeru, dalam membuat pilihan dalam hidup, pilihlah apa yang kita mampu untuk handle dan commit. Jangan buat keputusan kerana ikut-ikutan. Orang lain ada komitmen dan kesanggupan tersendiri, begitu juga kita. Usah merasa diri loser jika tak dapat nak ikut trend terkini.

Dalam mengasuh anak misalnya… pelbagai teori, teknik, cara, method yang  ada sekarang. Banyak sangat pilihan. Semua claim cara mereka yang terbaik. Walau bagaimana pun, sebagai ibu bapa, kita usah jadikan anak-anak sebagai bahan eksperimen. Juga bukan sebagai award kemenangan. Anak-anak adalah permata hati yang diamanahkan kepada kita untuk diasuh, dididik, agar dia bukan saja memenuhi tujuan penciptaannya di dunia, tapi juga sebagai saham kita ke kubur. Doa anak yang soleh itu yang bakal kita bawa selepas mati.

Usah rasa tertekan bila orang lain mampu untuk memberikan anak-anak mereka bermacam perkara yang kita tak mampu. Ketidakmampuan ni mungkin dari segi masa, kewangan mahupun komunikasi berkesan. Anak-anak kita dianugerahkan kepada kita kerana Allah tahu hanya kita saja yang boleh handle mereka. Ada cara yang kita saja yang boleh buat untuk handle anak-anak kita. Cara yang bagaimana? Mintalah petunjuk dari Allah bagaimana kita nak mendidik dan mengasuh anak-anak dengan tenang dan senang.

GERUA

Hidup kita ni memang banyak cabang dan cabaran yang kita kena tempuhi. Tapi semua tu adalah perkara2 yang layak untuk kita. Dan perkara2 tu sebenarnya untuk mendidik kita. Usahlah berasa penat dengan perkara-perkara yang berlegar di sekeliling. Tumpukan perhatian kepada kehidupan.. apa yang perlu kita lakukan untuk jadikan hidup kita lebih bermakna.

Usah hidup dalam teka-teki lagi.

Pilihan yang terbaik sentiasa dalam genggaman kita. Buka genggam itu dan komitedlah terhadapnya.

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Banyak Sangat Cara, Mana Satu Yang Terbaik?”

  1. raihanah Avatar

    hidup sederhana dan bahagia insyaAllah

  2. Inspirasi Huda Avatar

    Hidup dipandu al-Quran. Paling penting solat 5 waktu terjaga. Insya-Allah diberi kekuatan dalam mendidik anak-anak, melayan karenah manusia sekeliling dan berusaha yang terbaik.

  3. myliferia Avatar

    Pilih cara yang bersesuaian dengan kita, selagi dalam landasan agama, jalan terus jer 🙂

  4. ira Avatar

    jika mendatangkan kesan positif dan berlandaskan syariat Islam semestinya terbaik

Leave a Reply to ira Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge