Seorang teman bertanya tentang supplement untuk vitamin A.
Vitamin A adalah sejenis anti oksidan, yang melindungi badan kita dari penyakit kanser dan meningkatkan kekebalan terhadap pelbagai jenis penyakit. Vitamin A juga membantu untuk kesihatan mata, rambut, gigi, gusi dan selaput lendir. Ia juga terlibat dalam metabolisma lemak dan penghasilan sel darah putih.
Vitamin A adalah jenis vitamin larut lemak yang hadir dalam dua bentuk; retinol dari sumber haiwan, dan beta karotena dari sumber tumbuhan. Beta karotena juga dikenali sebagai provitamin kerana ia bukan dalam bentuk vitamin A yang asli tetapi perlu diuraikan oleh tubuh untuk bertindak sebagai vitamin A.
Mengapa tiada supplement dalam bentuk vitamin A daro Shaklee? Kerana vitamin A berlebihan boleh mendatangkan kesan tidak baik kepada tubuh.
Antara kesan dari pengambilan vitamin A berlebihan (melebihi 10,000 IU sehari):
- sakit kepala
- keguguran rambut
- kulit kering
- kelesuan
- masalah tulang
- kerosakan hati
- kecacatan pada janin bagi wanita hamil
Oleh itu sumber vitamin A dari beta karotena adalah terbaik kerana tidak semua provitamin diurai menjadi vitamin A sekaligus mengelakkan keracunan dalam badan. Produk Shaklee yang mengandungi beta karotena ialah Carotomax. Pengambilan vitamin A juga mencukupi dengan mengambil Vita Lea (multivitamin) mengikut dos yang disyorkan.
Sekiranya anda mengalami masalah kekurangan Vitamin A, sila dapatkan nasihat pakar sebelum mengambil sebarang supplement Vitamin A yang bukan dalam bentuk beta karotena, kerana sebab2 di atas. Vitamin A juga boleh menjadi toksik jika diambil bersama beberapa jenis ubat seperti Accutane.
Untuk mendapatkan Vita Lea & Carotomax atau sebarang pertanyaan boleh hubungi saya di sauberlina[at]gmail.com.





{ 1 comment… read it below or add one }
ooo begitu rupanya..
.-= hamizah´s last blog ..Jom Rawat Darah Tinggi =-.