Bagaimana Nak Travel Business Class Secara Percuma

First time saya naik flight Business Class, betul2 mmg percuma (company sponsor) ialah Cathay Pasific ke USA pada tahun 2014. Best? Gila tak best! Saya pernah naik flight kelas ekonomi 13 jam, bila dapat Business Class, ya Allah, seronoknya bulih berguling!

Business Class Cathay Pacific

Selepas dah merasa seat Business Class yang best sangat tu, saya terus cari macamana cara nak naik lagi Business Class dengan kos yang rendah. Maklumlah, Business Class ni bukannya mahal by 20 hengget. Balik Kelantan pun satu seat Biz Class dah boleh cover tambang full fare kitorang 6 beranak. Inikan pula jauh2.

So saya jumpa beberapa cara untuk cuba nasib dapatkan upgrade ke Business Class. Tapi untuk solo traveler. Macam kita pakai smart2 & just ce cuba nasib mtk free upgrade ke Biz Class. Nasib bertambah baik bila flight ada overbooking. Tapi….. Macamana pulak kami yang berangkut anak beranak ni? Impossible? Noooo!!! Must be a way kan.

Yes! So jumpa cara macamana naik Business Class beramai2 dgn bayaran tambang minima.

Macamana cara dia?

Benda pertama kena buat ialah dgn mendaftar dgn program kesetiaan atau frequent flyer syarikat penerbangan yang carry bendera negara kita. Contohnya program Enrich oleh Malaysia Airlines. Kenapa Enrich? Haaa ni nak cerita.

Bila kita daftar Enrich, setiap kali kita beli tiket & naik flight, kita akan dapat points. Makin banyak kali kita fly, makin banyak points kita. Bukan tu je, point-point dari penggunaan bank akaun & kad kredit juga boleh kita tukar jadi Enrich point.

Bila poiny kita dah banyak, dan keahlian kita di-upgrade… cth kalau Enrich ni dari Biru ke Silver. Kira ala2 VIP la tuh. Kalau Enrich Silver boleh check in di kaunter Business Class. Bila dah Silver, kita ada can dapat free upgrade ke Business Class.

Kami pernah dapat free upgrade dari KUL ke KBR, LKG ke KUL, KUL ke MYY return. Best kan? Tiba2 dapat upgrade. Free pulak tu. 

So kalau korang ada naik MAS, jgn lupa daftar sebagai ahli Enrich.

Untuk belian tiket MAS, samada kita bayar dengan duit, atau kita boleh redeem Enrich miles! Bila kita redeem point atau miles ni, harga tiket dah tak payah bayar dengan duit lah, coz dah bayar dgn point kita tu. Cuma kita tetap kena bayar airport tax  dgn lain2 caj yg tak termasuk harga tiket. Cara ini jugalah kami anak berapa boleh naik Business Class dengan kos yang murah!

Lagi2 la kalau time MAS buat offer untuk Enrich. Contohnya MAS rajin offer 70% diskaun untuk redemption Business Class. Tak ke best tu? Yang biasa boleh redeem satu tiket, bila offer boleh tapau 3 tiket dgn points yg sama! Trivago pun kalah okey.

Alhamdulillah, merasala juga Business Class untuk long distance flight.

Apa yang best Business Class ni?

Yang penting kita boleh baring. Dan makanan dia ala-ala fine dining gitu. Course meal lah.

Air paling sedap

MAS A380 Business Class seat
Makanan di Business Class dihidang dalam pinggan

Ooohh ye, dgn tiket Business Class tu, kita boleh masuk Golden Lounge & boleh dapat priority boarding, serta luggage pun priority juga. Luggage kita keluar dulu kat conveyor.

Korang yang ada plan nak travel long distance, contohnya Europe… boleh lah cuba try tukar semua point perbankan ke Enrich & redeem tiket. Kalah solo lagi senang. If travel solo, try buat muka confident sikit tanya pasal free upgrade ke Business Class. Eh tak solo pun tak salah nak cuba. Cuba jgn tak cuba. Yang penting jadi member Enrich dulu.

Yang best travel Biz Class ni kita relaks banyak. Kalau dgn baby lagi best, boleh tido macam biasa. Tapi tengok flight & seat dia la jugak. kalau seat yang angle-lied atau seat sempit macam flight ke Australia tu memang haru jugak nak tido dgn baby. Tapi it’s still better kan.

Yang penting, jgn takut berangan. Travel Business Class is sooo possible untuk sesiapa pun. 

Nak tau detail tak?

Nantilah saya tulis kalau rajin. Hehe.

Nak tunjuk gambar, gambar pun tak banyak. Hish.

Sate Biz Class MAS ni memang ditunggu2

Ini pula Business Class flight Iberia Boeing 787 Dreamliner

Business Class bukan untuk orang have-have saja… kita pun mampu kalau mahu. Jom rasa sama-sama ­čśü

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge