Bagaimana Menjadi Pelajar Cemerlang

admin Avatar

Bila saya ke kedai buku dan tengok2 buku motivasi, tersenyum aje bila tengok buku2 motivasi tentang pelajar cemerlang. Mestilah ia tentang pelajar sekolah atau kolej/uni. Dah tua2 ni walau claim ‘I am a student of university of the world’ tapi still takkan survive macam pelajar2 sekolah tu.

Saya ni bukanlah cemerlang sangat masa sekolah dulu. Orang kata, cukup makan. Tapi seronok juga bila mak ayah tengok kita naik pentas tiap2 tahun terima hadiah cemerlang peperiksaan 🙂 Masa sekolah rendah dulu saya target nak basikal baru, hadiah dari sekolah untuk pelajar yang dapat 4A UPSR, tapi sayangnya masa tahun saya kami dapat jam Alba, tak de rezekila nak dapat basikal.

Teringat masa sekolah rendah, terkedek2 naik basikal ke sekolah.

Masuk sekolah menengah, lagilah teruk. Harusla kan, budak kampung masuk bandar. Memang jakun habis. Kerja saya tiap2 tahun ialah turun kelas. Malas belajar. Taknak masuk kelas no. 1 sebab taknak nanti kena belajar pasal orang lain semua rajin2. Boleh tak macam tu? AKhirnya masa tingkata 3 dapat hidayah, untuk ‘lari’ dari sekolah tu, kena dapat asrama penuh. Kalau tak mesti jatuh standard, daripada sekolah pilihan, balik sekolah kat kampung 😛

Syukur pada Allah tercapai gak impian nak duk asrama.Walaupun masa form 3 saya lari keluar asrama. Hehe. Kelakar sungguh. Tiba2 punggah kain baju balik rumah. Sampai dormate pun tak sedar saya hilang. Tau2 dah jadi pelajar harian. Tension kat asrama sebab tak dapat makan cikedis 😛

Form 4 & form 5 pun sama. Walapun duk kelas nombor 1 tapi tak semestinya pandai! Dahlatarget SPM cukup2 makan je. Padan muka kan akhirnya dapatle cukup makan…

Tentang  tajuk di atas, cemana nak bagi tips cara jadi pelajar cemerlang sedangkan saya sendiri pun cukup2 makan je.

Tapi ape yang boleh saya kongsi sepanjang masa2 mendapat hidayah, antara cara menjadi pelajar cemerlang:

1. Letak target

Setiap kali peperiksaan saya nak nombor 1. Tapi masa sekolah rendah saya memang pandai pun 😛 Tak target pun memang nombor 1 punyalah!

Saya adalah pelajar yang lemah dalam Maths (tapi apsal jadi engineer??) dan ENglish. Tapi masa tingkatan 3, saya letak target yang Maths saya akan OK, begitu juga ENglish. Berani tu letak 9A 😀 Bila ada target, kita akan berusaha untuk capai target tu, walaupun agak impossible pada mulanya. Maths saya memang duk main di sekitar bulan sabit je, tapi kejayaan itu tiba jua semasa peperiksaan sebenar. 🙂

2. Tahu apa yang diperlukan untuk capai target

Kalau dah tahu tak pandai Maths tapi nak dapat A, pandai2 la cari jalan cemana nak realisasikan. Kalau setakat tulis dan tampal je, kucing pun boleh buat. Macam kita nak bawak kereta, kita kena start engine dia dulu. Kalau kita cuma duduk di seat driver dan berharap kereta itu bergerak akhirnya supaya kita dapat bawak… hmmm berkaratla…

3. Fahami target supaya kita tak tersasar

Nak dapat 9A kenapa? Nak dapat 4.0 kenapa? Tak penting pun ni, tapi penting di saat2 kita down. Katala tengah down, pastu malas nak pikir. Terus ingat “Ah lantaklah dapat berapa2 pun aku tak kisah dah?”. Tapi bila ada target tu kita cuba untuk perbaiki mana yang patut, dan setiap kali kita jatuh tu kita anggap as motivasi.

4. Hubungan baik dengan guru

Penting ni woo. Tak berkat ilmu nanti. Kalau ye pun belakang mengata, depan2 mesti mulut manis.Hehe. Kang kene sumpah dengan cikgu terus tak jadi apa. Eh, saya memang respek sama cikgu. Tak penah nak lawan2 cikgu. Long term effect tuh. Kang besok2 kita jadi cikgu anak murid taknak dengar langsung cakap kita (eh bukan mmg camtu ke?).

5. Hubungan baik dengan ibu bapa

Doa mereka.. restu mereka… Tapi haruslah belajar rajin2 utk mereka jugak kan? Kena hormat dan sayang mak ayah, jangan sampai mak kata “Pegi mamp*s sama kau?” ha… nanti betul2 merana hidup.Naudzubillah.

6. Menjaga amalan

Amalan ni termasuklah amalan spiritual dan amalan akademik. Nak pandai kena la rajin belajar, rajin ulangkaji, rajin baca buku.. dan yang utama ialah menjaga solat, jauhi maksiat dan sebagainya. Ada pulak yang kata “EH dia tu tak solat pun tapi pandai juga. Dia ni rajin solat tapi tak pandai pun” Wallahuaklam bissawab. Little that we know apa yang Allah sediakan untuk setiap kita. Tapi sunnatullah kalo nak berjaya kena laa usaha beb.

7. Berdoa

Usaha dah, belajar dah, buat ulangkaji hari, tapi lupa nak berdoa. Ini sama la macam budak nak amik gula2 dalam almari berkunci.. macam2 la dibuatnya untuk amiq gula2 tu. Tapi.. kunci tak mintak. Appara.

Apa lagi ye? Apa kata kita tunggu komentator yang semestinya ada banyak tips untuk dikongsikan 🙂

admin Avatar

42 responses to “Bagaimana Menjadi Pelajar Cemerlang”

  1. isabelle Avatar

    err…apa lagi ye? pakat2 dah tulis semua. tinggal tawakkal je la last sekali.
    tp zaman sekarang, susah betul nak bagi momentum kat students.kita penat2 ajar, dia nganga jer…adoiyaiii!!!
    .-= isabelle´s last blog ..Saving for DSLR =-.

  2. Ica Avatar

    Betoi, betoi, betoi..yang penting usaha tangga kejayaan. Doa banyak2 pun sama-sama penting 😀
    .-= Ica´s last blog ..All work and no play, makes him a one tired daddy…. =-.

  3. mommy nadia Avatar

    betol2..
    teringat time study PMR..sb dah lambat nak study..satu geng buat smayang hajat sama2 ,bangun mlm2..for 40days..
    siap call kawan2 suruh bgn..Alhamdulillah semua dapat 9As..
    so usaha sekali mana pun ..jangan lupa powerful of solat hajat 😉
    .-= mommy nadia´s last blog ..BEWARE of MAYBANK2U FRAUD!! =-.

  4. temp. housewife Avatar

    nak tambah ni jelah. kalau tak dapat juga apa yg kita nak, bersyukurlah dgn keputusan yg kita dpt. tidak cemerlang dlm peperiksaan tak bermakna kita tak cemerlang dlm hidup.
    .-= temp. housewife´s last blog ..SLOW DOWN OR PAUSE =-.

  5. joely Avatar

    lama xkomen kt blog ko nih along…mujur si kecik tidoq…nk jadi pelajar cemerlang…kene la ada motivasi diri…pehtu…kene la ada idola…xkira la kwn sendiri ke…or someone yg mg xkenal kita…dulu zaman aku..ade sorg member aku ni pandai…so…aku xde nk beat die…tp nk setanding mcm dia…so..lama2..dgn tersendiri..sbb dah ade motivasi…adala improvement…alhamdulillah..lg satu…nk berjaya kene SMART!!…hardwork agak meletihkn tp hasil mungkin berbaloi….think smart…hasil pasti best jugak!
    .-= joely´s last blog ..The Reasons… =-.

  6. zety zainal Avatar

    heheh,nk share jugak,dulu kt skolah menengah sbb sumer org dah pandai2 so saye ni jd golongan yg xbaper pandai lah,hahaha,sekolah rendah xyah ckpla..skolah pagi & agama mmg pegang aje no 1 tu,kt skolah mmg xleh nk elak exam oriented tu,but at the end of the day,biel dah dewasa,berkerjaya & ade family,yg penting emotional intelligence =) (last2 sendiri pon xphm tulih ape,hahah)
    .-= zety zainal´s last blog ..SenanGnya DalaM Hatiiii =-.

  7. hamizah Avatar

    betul..betul..betul..
    .-= hamizah´s last blog ..Tak Cukup Satu.. =-.

  8. Asiah Abd Jalil Avatar

    Saya ni kategori student tua, umur dah lanjut, tapi masih terhegeh-hegeh kejar first degree. Alhamdulillah setakat 5 semester ni, semua semester saya berjaya maintain anugerah dekan. Bukan nak berlagak, tapi saya harap budak-budak muda sekelas dengan saya jadikan saya sebagai cabaran. Diorang takde tanggung jawab apa-apa lagi, cuma tanggung jawab nak jaga diri sendiri dan tanggung jawab pada study. Tu pun asyik leka memanjang dengan usia muda, belajar main-main, involve dalam gejala sosial, etc.

    Semua tips Along dah sentuh. Saya tambah satu lagi. Kalau nak rasa bermotivasi untuk jadi pelajar cemerlang, selalu renung-renungkan pengorbanan orang lain untuk diri kita. Sedar diri, kat mana kita berdiri. Mak ayah kita susah payah sekolahkan kita, kerajaan sediakan macam-macam kemudahan, cikgu-cikgu bertungkus-lumus suap segala-gala kat kita, memang malanglah kalau kita tak sedar-sedar diri lagi dan masih hanyut tak nak belajar sungguh-sungguh!
    .-= Asiah Abd Jalil´s last blog ..Roundabout =-.

  9. Team Anakkubijak Avatar

    Bagus…banyak betul petua kat sini…
    .-= Team Anakkubijak´s last blog ..Pelajar Cemerlang | Cemerlang Peperiksaan =-.

  10. nick hazwe Avatar
    nick hazwe

    bagai mana nak jadi pelajar cermelang????
    menjadi insan berguna di masa hadapan…..

  11. IKA Avatar
    IKA

    bulan 9 saya dah UPSR saya tkut sgt tk dpt A dlm UPSR nnti……tpi target saya 5A or 4A dah menjadi la untk saya……..hrp sgt dpt msk asrama……..tpi kenapa setip kli unjian saya slalu dpt yg terendah dlm kelas sya nk sgt dpt yg terbaik dlm kelas……. :'( sya sedih apabila melihat ibubapa bekerja keras demi menanggung pelajaran ank nye saye slalu berkata pada diri saya kenapalah saye ni kejam sgt tk dgr ckp ibubpa…..kalau saye tk dpt buat yg trbaik untk UPSR atau msa depan saye nnti cam ne la….hari2 saye berdoa kepada yg esa agr peperiksaan sebenar nnti saya dpt yg terbaik.tapi tk pe la..itu yg terbaik untk saye…….gagal bukan untk selama-lamanya…gagal bile kite tidk berusaha…….insyAllah la klau sye dpt yg terbaik saye…..doakan lah saye agr berjaya……dan agr blh jwp dlm UPSR nnti…..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      selamat berjaya dik, insya-Allah setiap usaha tu akan dnilai. kami semua doakan kejayaan adik 🙂

  12. nurkhairiyah Avatar

    akak saya rasa saya tak berapa faham la yang bahagian hormati guru tu.apa yang akak maksudkan “kena sumpah”tu.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      sorry dik kalau mengelirukan.

      maksudnya bila cikgu dah nyampah dgn kita, dia pun taknak doakan kejayaan kita, sampai dia pun cakap bukan2 kat kita.. pengalaman sendiri…

  13. MIORHARIS Avatar
    MIORHARIS

    saya suka dengar motivasi tu ni yang saya nak belajar bersunguh2

  14. SHAMSIDA Avatar
    SHAMSIDA

    AKAK SAYA TAK FAHAM MAKSUD HORMATI CIKGU.ADAKAH KITA TAK AKAN BERJAYA

  15. SHAMSIDA Avatar
    SHAMSIDA

    DAN SAYA BERHARAP AKAK DAPAT BERIKAN CARA-CARA NAK BERJAYA NANTI,AKAK TOLONG BERIKAN CARA DALAM WEB INI JANGAN TULIS JAWAPAN YANG SAYA TANYA DALAM WEB SHAMSIDA KERANA SAYA DIA KAKAK SAYA SEBAB SAYA TAKUT KAKAK SAYA MARAH,INGAT ITU

  16. SHAMSIDA Avatar
    SHAMSIDA

    ADAKAH SALAH JIKA MENIPU CIKGU?????????????????????????/

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Menipu cikgu macamana tu dik?

    2. nur syahiera Avatar
      nur syahiera

      Me s ti La S a la h k e r an a g u r u l ah MeMBe r i i l mu ke pa d a k i ta

  17. nur shamsida Avatar
    nur shamsida

    ADAKAH SALAH KE JIKA KITA MENDAPAT NOMBOR BAIK TAPI KELAKUAN KITA JAHAT ATAU TIDAK BAIK

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      perkara yang penting dalam hidup kita ni dik, adalah akhlak atau attitude. tak kira berapa berjanyanya kita pun.

      tgk contoh2 mereka yang berjaya tapi tak berakhlak, akhirnya dapat pembalasan.. contohnya Firaun yang berjaya jd pemerintah Mesir, Qarun yg berjaya dalam perniagaan & jd orang terkaya, kaum2 terdahulu yg berjaya dalam peradaban tp tak berakhlak, akhirnya dimusnahkan oleh Allah.

      akhlak itulah yg membezakan kita dengan orang2 lain yg lebih rendah akhlaknya walaupun pandai 😀

      jadi adik nak yang mana, pandai+jahat+hidup dibenci Tuhan atau pandai+baik+hidup diberkati Tuhan? yang kedua tu tentu lebih baik kan?

  18. putri Avatar

    baguslah putri nak macam tu karna bolehla putri jadi cerdik

  19. siti Avatar
    siti

    saya ni selalu je math ,sain and english selalu menurun otak saye nak pecah saye nak jawab soalan dah nak ble mcm mana nak hilang kan ble tu ye

  20. firra Avatar
    firra

    hmm..sy student uni..msalah sy,sy slalu mlas n xprepared tuk jwb test..sy slalu wt keje last minit..n plg xbgus bile study je sy akn gse cpt bosan n ngantok..dlm bab mse plak sy slalu rse mse 2 cpt berlalu sdg kn sy msh mcm 2..blh x tlg bg motivate skit n bg jgak tips cmne nk manage time dgn smart n effisien..tq..:)

  21. fahmy Avatar
    fahmy

    sya ingin berjaya bagaimana perlu saya lakukan…..

  22. dik sya Avatar

    macamana nak buat saya minat kat maths

  23. Cristiano Radzy Avatar
    Cristiano Radzy

    cara-cara nak cemerlang kita arus mendengar nasihat guru dan ibubapa…

  24. aminina Avatar

    skarang, semua anak-anak malaysia nih,, tak nak ikut cakap ibu bapa….tulah yg merempit la meragut laaa…saya nak pesan kat anak-anak kt luar sana tu, buat ulangkaji sungguh – sungguh, nnti dpt masuk universiti…..

  25. lyza Avatar
    lyza

    assalamualaikum , saya ni seorng pelajar tngkatan 3 . taun ni saya akan ambk pmr , tapi kan saya asa mcm lemah smngat ja bila dpt taw kpustsn trial saya merosot , wlupun tak teruk , tapi ianya mengecwkan saya , tmbh2 bm , nmpak sng . bila ckgu bg blik paper kita , ya allah , naik gila saya dibuatnya . akak ada tips tak cm mana nak kmbli smngat blik . smngat untk belajar btter lagi ?

  26. Rahman Hashim Avatar

    Assalamualaikum,

    Simple je teknik nak cemerlang dalam pendidikan ni, kat kelas tumpukan perhatian, kat rumah ulangkaji -buat nota yang cikgu ajarkan, lepas tu jawab la soalan -soalan contoh- buat 3 kali seminggu. Lepas tu nota-nota dan kertas soalan pun boleh dapatkan secara pendidikan online yang banyak terdapat dalam website-website sekarang ni.

    Hah tu dia cara nak lulus cemerlang!

  27. Taemin anis Avatar

    huh..susah btullah nak cari..nasib baik jumpa.. nanti Anis mengamalkan semuanya.. tahun 2012 nanti..Anis ada UPSR…smoga berjaya..

  28. julierennie Avatar
    julierennie

    kita mestilah mendapat cita cita yang kita impi kan.

  29. azurades Avatar
    azurades

    kita mesti kejar impian kita dan belajar bersungguh sungguh.

  30. sky Avatar
    sky

    saya bodoh… tibe tibe jadi pandai… wat a medical miracle

  31. ina Avatar
    ina

    Mcm mna dgn saya??saya nk ulangkaji tp bile bkk buku je terus malas pastu tutup n tido
    Tp bile tgok org betjaya saya agak dengki ckit n saya cabarkn diri saya n think Tp
    Org lain bole nape aq x leh..tp saya cabar diri hanya sekejap je..pastu malas..cam
    Ne nk wat ..

  32. nur fatihah bt .mohd sofian Avatar

    Saya nak berjaya dalam UPSR, nanti…

  33. nur fatihah bt .mohd sofian Avatar

    Supaya berjaya dalam UPSR nanti, AMIIIN..

  34. NorAtiQah Avatar
    NorAtiQah

    saye ni murid yg rajin tapi disebabkan rakan rakan saye jadi teramat malas..selalu bercakap dalam kelas semasa cikgu sedang mengajar,selalu mencarut cikgu,selalu tidak menyiap kerja rumah..Jadi disini saye nak tanya apa yang patut saye buat??

  35. Ennthea Claryssa Avatar

    Saya gembira karna saya dapat tahu lebih dalam lagi thanks

  36. khairul anuar Avatar

    tips tips yang bagus

  37. aniq Avatar
    aniq

    Assalam. .sye ni student form 4 2015..thun dpan dh nk berperang (SPM)..sye ni lmah math, sains n english..yg lain tu ok jgak..bleh lha ckup mkan….sye ksihan tgok ibubapa sye kerja siang mlam nk skolah kn sye..tpi kputusan exam ckup mkan jee..bleh x senior2 bgi motivasi dgn sye…mcam mne nk target A+ dlam exam….harap senior2 sudi membantu sye..

Leave a Reply to Team Anakkubijak Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge