Azam Tahun Baru Yang Tak Boleh Blah

By | January 1, 2010

Speaking about AZAM TAHUN BARU atau NEW YEAR RESOLUTION, ada macam2 pendapat tentangnya.

  • Tak payah nak berazam2 lah. Buang masa je.
  • Tak payah tunggu tahun baru kalau nak berazam.
  • Kecoh apa masuk tahun 2010 baru nak berazam. Tuhari masuk tahun 1431 takde pun nak berazam2.
  • Ia cuma satu budaya biasa bila tahun baru tiba.
  • Azam tahun lepas pun tak buat2 lagi.
  • Orang berazam, dia pun nak berazam. Tapi last2 azam tinggal azam je laaaa.
  • Hanya sekadar ikut-ikutan semata2.

Oh, semuanya berbunyi negatif *gelak tekekek2*

Orang kata nak buat benda baik tu tak payah tunggu tahun baru ke bulan baru ke, tapi masalahnya, kalau betul2 buat takpe jugak. Kan? Kan?

Tak kiralah kita nak berazam time bila bila pun, cuma bagi diri individu, tahun barulah paling senang kita nak measure dan ‘bahagikan’ hidup kita. Kalau company tu dia ada financial year, so performance dikira berdasarkan tempoh financial year tu. Kalau diri individu ni macamana nak buat measurement dan set limit tu bergantung la pada kita kan. Contohnya kita disarankan membuat muhasabah setiap malam sebelum tido, so apa kejadah pencapaian kita dalam masa sehari tu, dapatlah kita ukur dan boleh tengok apa perlu perbaiki esok pulak. Ada yang memilih tahun baru sebagai ‘sempadan’ muhasabah dan starting block, ada jugak yang memilih hari lahir.

Penting ke nak berazam-azam nih?

Disebabkan tiap2 kali nak masuk ke tahun baru kita duk dengar ‘AZAM TAHU BARU’, sampai kadang ia cuma jadi benda yang tak penting je. Buat je la azam… nak buat betul2 entah nye jadi ke tak…

Azam adalah Resolution, Resolusi kita untuk tahun/tempoh tu. Subconsciously, azam ni sebenarnya adalah doa kita.

Saya masa sekolah berazam untuk dapat result yang bagus untuk exam2 besar. So kalau ujian2 sebelum tu dapat last place (uh, penah sekali dapat tempat terakhir dalam kelas!) pun tak kisah sebab azam saya cuma untuk peperiksaan macam UPSR, PMR dan SPM je. Tapi, masa SPM saya tak berani nak letak resolusi. Masa UPSR dan PMR, target saya ‘Straight As’ tapi masa SPM target saya ‘under 10’ atau bawah 10 agregat. Akhirnya memang betul2 saya dapat UPSR 4A (masa tu 4 subjek lagi), PMR 9A dan SPM cuma di bawah sikit dari 10 agregat saja.

So, kalau azam kita cuma main-main, jadinya resultnya cuma main-main ajelah. Tak kira la azam tahun baru ke hari baru ke. Yet, berazam setiap hari adalah lebih bagus, supaya hari esok kita lebih baik dari hari semalam. Maknanya esok adalah hari untuk kita baiki apa yang silap semalam dan cukupkan apa yang kurang semalam.

Tips supaya azam tak tinggal ucapan angan-angan cuma:

  1. Berazam mengikut keupayaan
    • Kalau kita tak boleh nak buat bungee jumping sebab ada masalah kesihatan, janganle buat azam nak ber-bungee jumping. Kalau rasa sesuatu tu di luar upaya tak payah le nak berazam2 nanti jadi angan2. Contohnya, baru dapat lesen L tapi azam nak jadi pemandu F1. Patutnya azam untuk dapatkan lesen P dulu ok?
  2. Berpijak di bumi nyata
    • Ye, memang kita patut tanam azam yang tinggi2 tapi tak payahler nak over the top of mountain sampai kita sendiri pun rasa tak logik untuk kita buat/dapat. Azam nak beli Ferrari cash? Memang la boleh.. tapi kalau kita ni jenis boros, gaji pun ciput, nak bisnes takut2… mana nak datang cash beli Ferrari tu?
  3. Mempunyai perancangan yang mengiringi azam tersebut
    • Aha, inilah perkara yang utama. Azam ke apa2 ke, bukannya turun dari langit. Kita yang kena buat. Kalau azamnya nak dapat 10 1A SPM tapi hari2 keje tido, main games, belajar malas. Agak2 dapat ke 10 1A tuh.
  4. Tulis azam di kertas yang boleh selalu dilihat
    • Tampal kat dinding ke cermin solek ke. Hari2 leh tengok kan?
  5. Jadikan azam tu sebagai amanah untuk diri sendiri
    • Yang ni payah kalau kaki kelentong. Amanah orang pun payah nak pegang, ni plak dengan diri sendiri.
    • Berazamlah untuk jadi seorang yang amanah OK?

Apa-apa pun selamat berazam dan HAPPY NEW YEAR 2010! Kalau rasa taknak berazam baru, takpe tak payah buat tapi jangan memandang orang yang berazam baru dengan pandangan sinis “Eleh..orang azam dia pun nak azam jugak”. Sama-samala kita sokong menyokong sesama kita.

Semoga semua azam dan cita2 tercapai ameen.

Category: Others Tags: ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

7 thoughts on “Azam Tahun Baru Yang Tak Boleh Blah

    1. Mommy Lyna Post author

      Salam ziarah!

      Tahun 2010 janjikan perubahan. Tak gitu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge