Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran

admin Avatar

Saya sering berjumpa ibu-ibu baru yang menyatakan bahawa..

“Dah buat macam2, dah makan macam2, dah berurut.. tapi susu masih kurang”

Bila saya bertanya kembali “Berapa kerap kamu menyusukan bayi? Bagaimana kamu tahu susu ibu yang kamu hasilkan tak cukup?”

Jawapannya “Macamana nak susukan kalau susu tak ada? Dari hari pertama tak keluar apa-apa. Hari ketiga baru ada sedikit. Mana cukup”

Ini adalah kesilapan terbesar seorang ibu yang berhasrat untuk menyusukan anaknya – tidak menimba ilmu penyusuan susu ibu sebelum mula menyusukan anak.

Apabila tidak mendapat ilmu yang sebenarnya, kita lebih senang membuat anggapan.

  • Anggap penyusuan adalah proses semulajadi yang amat mudah.
  • Anggap ibu ‘yang bertuah’ saja boleh menyusukan anaknya, iaitu yang anaknya lahir saja terus susu memancut-mancut macam air paip.
  • Anggap diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar.
  • Anggap tidak boleh menyusukan kerana tiada susu dan bayi dah menangis lapar.
  • Anggap setiap tangisan bayi adalah kerana kelaparan.

Saya tidak salahkan ibu-ibu ini.. mungkin mereka tidak mendapat akses untuk mendapatkan maklumat yang sebenarnya tentang penyusuan.

Malah, biasanya bila kita cari maklumat tentang ‘cara membanyakkan susu’, kebanyakan petua yang diberi lebih kepada pemakanan untuk membanyakkan susu, urutan dan sebagainya; dan hampir tak ada (merujuk kepada petua2 tersebut) yang menyebut tentang:

  • Menyusukan bayi seawal setengah jam pertama kelahiran.
  • Susu awal atau kolostrum adalah susu yang paling berkhasiat dan diperlukan untuk membina antibodi si manja.
  • Kerapkan menyusu bayi untuk mendapatkan stimulasi atau rangsangan yang secukupnya.
  • Banyaknya susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, oleh itu ibu perlu kerap menyusukan bayi dan mengepam bagi menghasilkan demand ini.

Secara tak langsung ia membuahkan salahtanggapan terhadap ibu-ibu baru yang kekurangan akses kepada maklumat yang betul (biasanya website2 pejuang susu ibu dan buku2 tentang penyusuan ibu).

  • Mula mengambil makanan penambah susu ibu sejak dari kehamilan dengan harapan dapat menyusukan anak kelak.
  • Menunggu payudara bengkak/rasa ada susu baru nak mula menyusukan bayi.
  • Memulakan episod ‘penyusuan ibu’ dengan mengambil milk booster dan mengurut tapi tidak menyusukan bayi dengan susu ibu.

susu ibu

Bercakap soal rezeki, ya memang benar, setiap orang ada rezeki masing2. Mungkin ada ibu yang rezeki susu anaknya dari ibu yang lain. Mungkin ada juga ibu yang rezeki susu anaknya dari makhluk Allah yang lain… namun sebagaimana kita boleh belajar dan berusaha untuk mendapatkan kecemerlangan semasa di sekolah, atau di universiti, atau di tempat kerja, pasti ada jalan penyelesaian dalam memberikan bayi kita susu ibu, susu yang terbaik.

Walau bagaimanapun, ini adalah cabaran kepada ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu, dan mengakui diri sebagai penggiat susu ibu, untuk menyampaikan pengetahuan tentang penyusuan susu ibu terhadap ibu2 ini. Pandanglah mereka dengan empati, bukan niat mereka untuk ‘salah anggap’ terhadap konsep penyusuan, mungkin kerana penggiat susu ibu tak cukup banyak buat kerja?

admin Avatar

40 responses to “Atasi Susu Ibu Kurang Di Awal Kelahiran”

  1. ApasH Avatar

    Pengalaman semasa bersalinkan anak pertama secara cesarean dan anak pula sudah berak dalam perut. Anak lahir jam 12.30am. Saya sedar dari bius+tidur jam 7am. Dan hanya dapat jumpe anak jam 5.30pm. Lebih kurang 17jam selepas kelahiran barulah dapat menyusukan anak. 1st time so agak kekok juga lah.

    Susah ke untuk ibu bersalin secara cesarean utk dapat peluang menyusu anak 1/2jam selepas kelahiran?? faktor nk jahit perut balik. Recovery time lagi. Lalok dengan ubat bius lagi..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Me too didnt have chance to BF both of my son dalam jam pertama. Hafiy lepas ard 8 hours later br jumpa dia & fahry the next day br jumpa dia.

      But if mak angkat pn bole susukan anak yg tak pernah dilahirkannya, why dont us kn? Bpr lama jarak yg memisahkan itu bkn penghalang.

      Berusaha!

  2. fid Avatar

    haru2 awal mmg tak ada susu sebab yg keuar itu adalah kolustrum..cecair bernilai emas..hehehehehe
    sebab tu tak ada susu
    dan bayi baru lahir perutnya kecil sahaja tak perlukan susu melimpah…seteguk dua sudah kenyang…
    apa kita perlu buat hanyalah bersabar dan beri bayi menyusu direct untuk merangsang penghasilan susu

    1. Mommy Lyna Avatar

      xramai yg tahu fakta tu, lebih2 lg bila diberi fm, baby minum dgn lahap & tidooo

  3. Mama-miya Avatar

    I guess ramai perlu being educated on part “skin-to-skin” contact immediately after birth ni & sekerap boleh selepas tu. org melayu kita maybe akan kata cara ni agak tak senonoh. tp byk studies dah proven its good for both mama & baby. So i believe, kalau pihak hospital provide peluang ni to new moms, in a way, yg blom educate tu dah mula ter-educate kan?

    as for c-sec mom or other cases yg complicated, breastfeeding immediately might be hard… but not impossible kan? i pernah baca, si bapa boleh play great role dlm ni. instead of having skin-to-skin dgn mom alone, anak boleh cuddle with the father while tunggu si ibu recover. ada cases si bapa ni tolong dokong anak & letakkan kat breast ibu yg masih mamai/tgh kena jahit tu. janji anak tu dpt dekat dgn ibu.

    benda2 gini patut diskas dgn midwives & your doctor as part of our birthplan. so makes sure u inform them that this child must be breastfed ASAP. 😉 so kalau betul2 nak tu, mesti ada caranya kan?

  4. fid Avatar

    Mama-miya
    Baby Friendly hospital memang paraktiskan ni tapi kalau yg bukan rakan bayi….maybe ibu kena berikan ‘birth plan’ la kot tetapi tak semua tahu akan kewujudan ‘birth plan’ nih

  5. Coffee Mama Avatar

    I agree with your point that breastfeeding is not an easy natural process. Kalau takde awareness and preparation memang boleh cepat putus asa. Ini berdasarkan my own experience. I find breastfeeding very stressful, especially during confinement. Akhirnya, cuma breastfeed utk 2 month je. Menyesal? Hmmm..tak guna nak menyesal. Hopefully for next baby, I will be able to fully bfeed, Insyaallah 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar

      Yg lepas adalah batu loncatan utk kejayaan slps nih!

    2. mamaneeya Avatar

      saya pon same. ilmu BF lmbt saya gali. but sy berusaha jgk bagi sampai umur 1 thn 2 bln coz jadual direct feeding dan pumping tak tetap. sbb keje shift di call centre mmg hectic sgt.last mengalah tak cukop smpi 2 thn. Untuk 2nd baby berazam fully BF. Harap Allah makbulkan dan mendapat sokongan semua.

  6. Linda Avatar

    Salam, if anyone could help, susu dah tersangat kurang… 1 day pumping=6~7 oz je dapat. Padahal baby minum 30oz sehari. Baru 11 bulan, rasa sayang pulak nak campur susu.

    1. Mommy Lyna Avatar

      LiNda, browse my other blog http://shakleetrialpack.com

      We have product that might help BF moms like u 🙂

  7. mommy icha Avatar

    teringin nak merasai pengalaman breast-crawl untuk second baby nanti 🙂

    1. Mommy Lyna Avatar

      Cepat2 second baby dtg!

  8. azima Avatar
    azima

    hai.. i’m new mom to be.. insyaallah, in this comin april.. so, kat sini, saya nak tanya la sumber terbaik & senang utk dptkan maklumat berkenaan dgn BF nie.. erm.. coz, saya if boleh mmg nak fully BF for my baby.. hope ada yg dpt bantu.. maybe panduan melalui buku atau ada yg bergambar.. thanx in advance 😉

    1. Mommy Lyna Avatar

      Azima duk mana?

      We’ll organize BF day Mac ni. Jemputlah datang insyaAllah smg byk manfaat

    2. fid Avatar

      azma
      saya cadangkan u attend mana mana kelas breastfeeding sama ada yg hospital anjurkan atau yang pakar laktasi anjurkan

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        Yup azma

        Byk yg buat BF class

        BTW BF Day @Scriptory Box, Puan Farah Sarakids (certfied lactation councellor) & suaminya (a LC himself khas buat kaum bapa) akn bg talk on BF & natural parenting. This coming Saturday pun Pn Farah turun utk Moms Day Out.

        Check it out!

  9. Nazri Avatar
    Nazri

    Pengetahuan orang Melayu tentang cara dan kaedah menyusukan anak dengan susu ibu amat – amat kurang walaupun kesedaran tentang kepentingan susu ibu telah mula meningkat sejak tahun2 kebelakangan ini.
    Mitos dan salah pemahaman orang Melayu (baik perempuan apatah lagi lelaki) bahawa “diri tiada susu kerana tiada susu yang mengalir keluar” adalah sangat tinggi dan menyumbang faktor utama kegagalan menyusukan bayi dengan susu ibu.
    Sungguh kesian dan malang bayi – bayi ini kerana ibu bapa tidak berpengetahuan sedangkan maklumatnya boleh diperolehi di internet dengan sedikit usaha. Malangnya orang Melayu lebih suka membaca halaman hiburan atau politik berbanding bahan – bahan ilmiah lain di internet.

    Pengalaman ‘saya’ : persediaan minda seawal usia kehamilan adalah penting.
    1. Niat, set otak “aku nak bagi anak aku minum susu ibu”.
    2. Doa kepada Allah kerana Allah menjanjikan setiap anak itu ada rezekinya. Banyak orang Melayu faham maksud ayat tu (rezeki) ialah RM semata2dan tak pernah langsung terlintas tentang susu ibu juga adalah sebahagian daripada rezekiNya.
    3. Bila dah set mind to BF maka secara tidak langsung kita ada usaha untuk mencari maklumat (internet, forum, kelas, seminar, buku, majalah etc).
    4. Sokongan dari husband amat penting. Beli le vitamin untuk isteri @ anak kita gak bagi meningkatkan susu badan.
    > Oleh itu mari dapatkan produk BF Shaklee dari Mommy Lyna !

    1. Mommy Lyna Avatar

      Saya paling suka ayat last tu hehehe

  10. Anom Avatar
    Anom

    Salam.. I masih rasa a little bit unfair to judge these women for not breastfeeding their child. Macam my own kes, segala persiapan – study, research, equipment semua dah siap – tapi masa time betul2 – masih tak dapat susukan bayi dengan sempurna – sampai my baby kena jaundice yang teruk sampai kena admit hospital (HKL lagi which is a baby friendly hospital) dan diletakkan di bawah 2 buah lampu UV. sebabnya my susu sangat sedikit. (If you know, one of the main way to get rid of jaundice is to breastfeed as often as possible). Nurse suruh i breast pump kat hospital to see exactly berapa banyak susu i can produce – dalam setengah jam – hanya dapat tak sampai 2oz (ni guna mesin medela yang industrial punya – sampai sakit2 belakang diperahnya susu).. mana nak cukup untuk baby clearkan jaundice tu..

    Ada plak satu masa tu, i refuse to give any formula and teruskan put the baby to the breast sampai i can feel both breasts dah kosong tapi i tetap bagi, dan dia tetap menjerit.. sampai last2 kembung sampai menjerit tak berenti..

    sanggup ke kita as a mother (yang tengah berperang dengan sakit bersalin lagi, and confinement lagi) u nak tengok anak u have to go through all these just because u nak stand on your principles on trying to breastfeed as fully and long as you can.. sapa yang tak nak menyusu fully memang la amat merugikan.. but I memang totally nak.. tapi memang takde rezeki.. so tolong jangan judge ‘saya’ sebagai wanita yang tidak ingin full BF…

    1. fid Avatar

      anom
      yang lepas biar lepas…yang akan datang usaha lagi…
      rom tidak terbina dalam sehari….

      in future, if you need support do contact us
      http://malaysianbfpc.org/images/MBfPC-Contact.pdf

      thank you

  11. sarakids Avatar

    terpanggil nak sembang dgn anom:

    apa yg u buat semua dah betul, tahniah dear..

    maybe tersalah faham sedikit tentang part susu tak ada tu which is nurse suruh u pump tapi dpt x sampai 2 oz. mmg, mana2 ibu yang baru melahirkan pun takkan dapat pum sebanyak itu kerana yang keluar hanyalah few drops (colostrum) yg mana ianya sesuai utk perut bayi. perut baby baru lahir hanyalah sebesar shooter marble (biji guli) – dan few drops yg keluar tu sangat cukup bagi dia. how poor baby jika diberi susu formula ber oz oz sedangkan perutnya masih kecil. itu sbbnya baby ini tidur lena – bukan kerana susu itu mengenyangkan, tetapi seluruh organ badan baby bekerja keras nak hadamkan susu tu. so, apa yg ibu produce adalah cukup utk babynya. yg penting, susukan baby ikut demand.

    wpun baby di letakkan di bwh fototerapi, kita masih boleh susukan baby ikut kemahuan dia. di sini faktor kakitangan perubatan pun penting – tidak cepat sgt offer formula milk to baby.

    dear, memilih utk breastfeed bukanlah prinsip, tetapi itulah yang baby perlukan- dia lagi terseksa minum susu formula – yg mana sangat2 x sesuai utk badan dia.

    maybe anom boleh praktiskan ini utk next baby ya. tidak, kami tidak akan salahkan ibu yang telah berpenat lelah – cuma sokongan diperlukan bg ibu2 yang sdg dlm stres. mcm ckp sis fid td, jika memerlukan sokongan, bantuan, boleh hubungi mana2 organisasi yang boleh membantu ya.

    u are the best mother to your baby, believe me 🙂

  12. zarin Avatar
    zarin

    anom.. 4 ur info. bkn semua medical officer tau psl hal2 breastfeed nih. ada yg sokong, ada yg tidak. same goes to the doctor. so kita sbg ibu kena fully equip diri kita dgn semua ilmu yg ada. maybe..kita juga perlu equip diri kita dgn segala kemungkinan yg bakal tiba. worse thing can happen. dan sy percaya, yg awak dah prepare segalanya2. ilmu dah ada, cuma mental x cukup kuat (atas sbb2 yg baru lepas bersalin, anak jaundice, stress) n maybe kurang support dr org yg paling penting dgn kita iaitu en suami.

    btw, in ur situation.. x salah apa yg awak buat. seorg ibu berhak buat apa yg terbaik utk anak2nya. sbg ibu awak telah cuba beri yg terbaik utk anak awak. org luar hanya mampu memberi info kpd awak namun hanya awak saja yg mampu buat kptsn itu. semoga awak berjaya dlm perjuangan awak memberikan yg terbaik utk anak2 awak.

  13. Asiah Abd Jalil Avatar

    Anom, saya faham perasaan Anom, walaupun saya dikira ibu yang bertuah sebab mampu breastfeed kesemua 5 anak saya, walaupun tak genap 2 tahun, sebab anak-anak saya rapat-rapat.

    Ibu-ibu pejuang breastfeeding ni ramai yang angkuh. Sometimes tak membantu juga bila berjumpa dengan penasihat-penasihat begini.

    Setiap orang ada cerita dan pengalaman unik masing-masing. Tak boleh generalize semua ibu sebagai “sebenarnya mampu breastfeeding, cuma tak cukup courage, tak cukup ilmu, tak cukup support, etc”.

    1. fid Avatar

      Asiah Abd Jalil
      kecik ati akak kahkahkahkah

      sebab tu kita kat Malaysia dah wujudkan PIM/MBfPC…Pembimbing Ibu menyusu yang telah diberi kursus bagaimana nak bimbing ibu ibu yang menyusu/bakal menyusu/telah menyusu…membantu setakat mampu….kita ada terapkan apa patut kita buat dan tak buat…konsep mencadang bukan menasihat….memberi ibu pilihan bukan memaksa dan sebagainya…

      insya ALlah mulai sekarang dan pada masa depan cara mempromosikan penyusuan ibu akan lebih baik hendakNYA…

  14. Anom Avatar
    Anom

    to fid, sarakids and zarin dan yang lain-lain – terima kasih atas feedback yang diberi – ye saya memang tahu perut bayi masa baru lahir hanya sebesar biji guli dan betul hanya saya saja yang tahu segala usaha yang telah saya lakukan sebelum kelahiran, selepas kelahiran dan semasa dalam pantang. Saya juga makan semua bahan booster – shaklee, fenugreek dan yg lain2, berurut, sampai la memanggil/membayar seorang lactation consultant datang ke rumah mak saya di penang utk membantu – tapi masih tak berjaya. Dan yg sedikit melegakan saya – Dr J**** yg juga seorang ibu yang berjaya menyusukan anak2nya selama 2 tahun lebih mengaku bahawa memang wujud sekurang-kurangnya 4% wanita yang memang mempunyai bilangan susu yang kurang. Jadi takde la rasa teruk sangat yang saya gagal untuk menjadi seorang ibu yang terbaik buat anak saya.

    Namun Allah SWT masih menyimpan rezeki untuk anak saya sebab selang beberapa bulan kemudian adik saya bersalin dan mempunyai susu yang banyak – jadi anak saya tetap mendapat tak banyak, sikit pun jadi la rezeki dari adik dan anak sedara saya yang baru tu..

    Terima kasih banyak2 kepada Asiah yang memahami keadaan dan perasaan kecewa yang saya lalui.. Alhamdullillah saya kini mengandung sekali lagi dan insyallah saya akan mencuba lagi..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Anom adalah ibu yg terbaik utk anak Anom. Kerana itu Allah kurniakan lebih ramai anak kepada Anom.

      Mungkin Anom boleh consider get connected dgn other BF moms dalam mana2 support group utk BF anak kedua. I found out that ramai ibu yg bermasalah pd mulanya dlm BF & akhirnya berjaya menyusukan dlm group2 ini. Sekurang2nya Anom akan jumpa seseorang yg tepat utk berkongsi rasa.

      Dont stress urself,setiap kejadian pasti ada hikmahnya. Allah melihat pd usaha kita.. Sebagaimana seorang yg mengaji alQuran dgn merangkak2 mendapat 2 kali pahala krn dlm keadaan merangkak, tergagap,sangkut2 pun dia tabah utk membaca ayat2 Allah. Apa lg usaha srg ibu yg sejati,pasti ada bahagiannya.

  15. UmmBF Avatar
    UmmBF

    Salam.
    Sori…agak keluar topik
    Ramai yang usahakan jadi ibu terbaik untuk fully BF…tapi…kesian bila anak2 kian membesar ada ibu2 tidak memandu mereka ke arah kehidupan Islami. Potensi mereka sebagai manusia yang sihat dan pintar kian luntur akibatnya mereka kian jauh dari agama…ruginya umat Islam.

    Sekadar ingatan, untuk diri ini juga.

  16. sarakids Avatar

    InsyaAllah, anak yang menyusu dgn susu ibunya akan patuh pada ibu dan ayahnya 🙂

  17. knv Avatar
    knv

    kalau allah tak izinkan, maka tetap lah tak boleh. 😀 jangan lupa dugaan allah kepada manusia ini macam2. maka berlapang dada sahaja dan tak perlu iri hari atau prejudice atas kelebihan dan kekurangan orang lain.

    untuk ibu2 yang tetap tak dapat menyusukan baby walau sudah lakukan sedaya upaya, disconnect yourself with negative thoughts. and please don’t be overly sensitive. only you know what happened in between. it’s your life. don’t let others influence you in a bad way.

    personally saya sendiri pernah baca satu komen “ibu yang tidak susukan anak sendiri macam tak layak jadi ibu”. what the heck? who are you to judge people that way?

    so, either you menyusu anak atau tidak, you have your own reasons. tak perlu nak justify why i’m better than you. well saya tak tuduh pun semua macam tu, tapi memang ada, and sometimes it just gets under your skin.

    apa2pun, ilmu is first. usaha. tawakal. yang lain serah pada allah.

    1. Nazri Avatar
      Nazri

      Ayat ni memang sangat2 tak sesuai > “ibu yang tidak susukan anak sendiri macam tak layak jadi ibu”. Sesiapa pun tidak patut berkata begitu pada dia.. Tapi kalau dia kata “ibu yang ENGGAN susukan anak sendiri macam tak layak jadi ibu” i’ts ok.. 🙂

      1. knv Avatar
        knv

        i beg to differ. benda2 macam ni, tak perlu nak komen pun to begin with. layak tak layak jadi ibu itu sendiri amat subjective. adakah menyusu bayi itu the ONLY justification untuk seorang perempuan layak jadi ibu? what kind of thinking is this?

  18. azrina Avatar

    Jujurnya blog saya juga di komen oleh ibu yang tidak menyusukan. Sebenarnya ada teguran untuk penggiat susu ibu dimana pendekatan tidak sampai pada ibu yg memberi formula kerana ada sesetengah penggiat susu ibu ini menunjukkan sikap yang tidak sepatutnya sprt yang Asiah Abd Jalil katakan. Bagaimana kita nak membantu orang lain sedangkan kita sesama sendiri tidak bersatu hati.

    Peace no war

  19. lydzar Avatar

    mintak izin share kt blog ek

  20. nik Avatar

    Salam. Info yg sgt membantu. saya salah seorg ibu yg melahirkan anak secara czer. Saya juga mmg berniat utk BF bb time pregnant lagi. Selepas melahirkan, saya hanya dpt menyusukan anak saya sehari selepas itu. Mmg sedih. Anak da diberi FM. Mmg tido je kijenya. Hinggakan saya memaksa dan berkeras utk tidak diberi FM kpd baby. Beberapa hari mmg saya kurang mendapat stimulasi dari baby.

    Saya juga sudah mengorek ilmu BF awal2 tapi tidak mengorek ilmu memperbanyakkan susu ibu. ini lah kesilapan saya dan mmg ketika pregnant, byk site hanya menunjukkan pemakanan shj. bukan kpd teknikal dan cara2 yg perlu dibuat utk mempertingkatkan susu. hasilnya sehingga skrg saya masih gigih utk mempertingkatkan susu badan. Alhamdulillah..Allah itu maha pengasih. Anak saya masih fully bf hingga kini. Hingga kini ketika pam average saya dpt each session hanya 3oz. sikit kan..tapi ini tak mematahkan semangat saya. 🙂

    sgt berharap utk bf hingga 2 tahun. oh ye..anak saya consume susu ibu di rumah pengasuh sahaja 24oz per day.dan saya gembira dpt menyusukan anak saya. Terima kasih Allah kerana diberikan peluang.

  21. sue Avatar
    sue

    salam..saya seorang ibu yg teringin sgt nak menyusukan anak2 tapi memang tak diberikan rezeki tersebut. Kecik sgt hati bila doktor dan orang sekeliling mengatakan saya terfikiran negatif dan sengaja enggan menyusukan..dah lah ada masalah darah tinggi, lagi masalah puting kecil atau buta, susu memang ada tapi tersangatlah sikitnya.. saya tetap perah susu sampai pening2 kepala dan tak makan ubat darah tinggi sebab nak bagi susu kat anak tapi bila pikir balik klau apa 2 jadi kat saya pasal tak makan ubat, macam mana nasib anak2 saya…. jadi baik bagi susu formula dan bela anak saya sebab anak2 saya yg pertama dan kedua saya rasa berjaya mendidik dengan adab dan sopan walaupun tak menyusu badan… jgn pikir yg menyusu badan tu dapat memberikan anak2 yang lebih baik dari kami yg tidak berupaya menyusu walaupun sangat berkehendakkan….

  22. sue Avatar
    sue

    ibu yang menyusukan sahaja tak cukup tapi mendidik anak2 dgn kasih sayang adalah lebih penting…. Allah maha pengasih dan penyayang walaupun anak2 saya tidak dapat menyusu sepenuhnya tapi mereka amat menghormati saya, mengasihi saya bila saya kesusahan dan kesakitan, mereka tunjukkan rasa kesian yang amat sgt bila saya sakit, susah hati… anak2 yang dapat sepenuhnya susu badan belum tentu dapat menyayangi ibu mereka sebegitu… saya bandingkan anak2 saya dengan anak2 kawan2 yang menyusu badan… itulah rezeki saya diberikan anak2 yang amat menyayangi saya walaupun umur baru 8 tahun….

Leave a Reply to mommy icha Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge