Atasi Masalah Anai-Anai Di Rumah Dengan Pest Control

By | February 24, 2016

Saya ni memang zero lah bab-bab penjagaan rumah dari segi ancamananai-anai ni. Maklumlah, rumah di kampung tak pernah ada masalah anai-anai. Mungkin sebab banyak pokok kayu, jadi anai-anai pun banyak makanan.

TERMITES

Sehinggalah ada satu jalur sarang anai-anai muncul di beam siling rumah. Lepas tu terpegang frame pintu yang tak pernah ditutup… frame tu berderai… penuh dengan anai-anai >_<

Maka saya pun buat carian di Kaodim dan bertemulah dengan ini ==> Frontier Biz World yang dimiliki oleh Encik Khairul Anwar. FBW ni dapat review terbagus di Kaodim tau!

Kami buat appointment pada pagi Selasa jam 10 pagi. Maklumlah saya ni pagi-pagi je yang boleh adjust free sikit. Dah tengah hari banyak kena bersilat bila anak-anak balik dari sekolah.

Encik Khairul datang dengan pembantunya, Rajan. Peramah diorang ni. Memang best!

Mula-mula sekali tunjuk kat diorang sarang anai-anai yang dah muncul tu… Terkejut mereka. Katanya kalau dah bersarang ni maknanya dah major problem ni. Adess. Mana la nak tahu kan. Kecik2 dulu biasa je tengok sarang anai-anai kat reban ayam ke, kandang kambing ke….

Rupa-rupanya memang boleh dikatakan satu bahagian dapur tu mereka ni dah bersarang! Aduhhh, selama ni memang tak pernah kisah pun yang belakang-belakang kabinet tu. Dan yang paling sadis, frame pintu habis dah dikerjakan puak-puak diorang ni.

Anai-anai ni makhluk perosak, tak boleh nak simpan-simpan diorang ni. Mereka bukan je merosakkan kayu-kayu, tapi boleh masuk dalam wayering dan boleh menyebabkan litar pintas! Kalau setakat bergelap berpanas tu boleh tahan lagi, tapi litar pintas boleh menyebabkan kebakaran.

Maka kami pun sign contract untuk maintenance anai-anai dan makhluk perosak lain selama setahun dengan FBW.

Dalam seekor anai-anai ni sebenarnya banyak pengajaran yang Allah nak sampaikan kepada kita….

busut anai anai

  1. Anai-anai hidup berjemaah. Mereka taat kepada ketua. Kalau pernah duduk dekat sarang anai-anai, ada bunyi mendecit2.. itulah suara kolonel2 memberi arahan kepada bala tentera anai-anai.
  2. Kalau ayam tu telur sebiji riuh sekampung, tapi anai-anai ni kerja dia senyap2 je. Tahu-tahu alamak!!! Dah bolong dah dikerjakan mereka. Haaa.. tak payah cakap banyak2, yang penting kerja settle dengan cemerlang.
  3. Sekecil-kecil makhluk anai-anai ni, boleh mendatangkan masalah yang besar kepada makhluk besar yang lain. Boleh runtuh rumah kalau kena serangan anai-anai ni!
  4. Diorang ni berstrategi. Pemaisuri dia tak duduk dalam rumah-rumah orang ni. Tapi berada dalam sarang utama di jarak 500m macam tu. Kat mana sarang utama tu, kita pun tak tahu.. dalam tanah. Kalau di kampung, diorang buat busut tapi di kawasan perumahan, dalam tanahlah tempat mereka.

Kalau anda ada alami masalah anai-anai dan makhluk perosak di rumah, jangan tunggu-tunggu lagi, cepat-cepat hubungi Mr Khairul ni dan minta quotation ya! ===> KLIK SINI UNTUK QUOTATION PEST CONTROL.

Category: Home & Living Tags: ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

4 thoughts on “Atasi Masalah Anai-Anai Di Rumah Dengan Pest Control

  1. myliferia

    Ada kawan yang beri petua, tanam ikan buntal bawah rumah untuk elak anai-anai, tapi kalau stay kat apartment, haruuu…heee

    Reply
  2. Sal

    TQ …info sgt begruna…betui…my dry kitchen dah kena…pnh tanya quote, dekat 1,5k…terus KIV dulu..husband kata baik pecahkan dapur terus then buat balik…

    anyway, will try to ctct this team pulak for quotation…
    Sal´s menulis tentang ..Day 2 – Check OutMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge