Apa Nak Buat Bila Suami Mula Curang

admin Avatar

Sebut tentang suami curang, memang kita nak minta dijauhkan lah ya. Naudzubillahi min zalik. Semoga rumahtangga yang kita bina dijauhkan dari ujian sebegitu…

Tapi ni saya nak kongsi beberapa tips yang mungkin boleh dijadikan teladan.

1. Jangan tuduh suami curang

Jangan! Minta jauh, kalau rasa suami lain macam, siasat dulu, tanya elok2.. jangan cepat keluar dari mulut “Abang curang ya? Curang dengan saya? Siapa perempuan tu?” dan seangkatan dengannya. Sekali dua mungkin boleh tahan, tapi ada lelaki yang rasa dicabar kalau asyik kena tuduh, dia buat betul-betul!

Cemburu tu memang perlu, setiap pasangan kena ada sifat cemburu… kalau tak cemburu tu dah lain macam pula kan… tapi jangan sampai cemburu buta dan menuduh tak tentu hala.

Ingat, waspada itu wajib, tapi prasangka itu dosa dan buruk padahnya.

2. Berusaha bantu suami, jangan cepat emosi

Ada suami yang setia, tapi tiba-tiba didapati berlaku curang. Selidik puncanya dan bantulah suami untuk keluar dari kemelut itu. Mungkin bukan berpunca dari dia. tapi mungkin ada benda lain yang berlaku. Which is benda tu bukan dia yang memulakan, dan totally bukan salah dia.

Dan, jangan dengar cakap-cakap pihak ketiga. Dapatkan penjelasan dari suami terlebih dulu.

3. Jadilah sahabat setia suami

Seorang isteri bukan saja isteri, tapi jadilah sahabat, bahu tempat suami boleh merebahkan kepalanya yang berat. Teman yang boleh mendengar masalahnya. Seorang yang cukup untuk dia seorang. Jangan sampai dia boleh nak kongsi masalah dengan orang luar.

4. Pasakkan nilai agama dalam rumahtangga

Yang ini paling penting dan paling utama. Rumahtangga mestilah berteraskan agama. Jadikanlah KERANA ALLAH sebagai sebab membina ikatan perkahwinan, sebagai musabab berkasih sayang. Layari bahtera rumahtangga dengan panduan dan petunjuk syariat. Amalkan kehidupan yang patuh dan setia pada agama. Insya-Allah, segala ujian dapat dihadapi bersama dengan tabah.

SUAMI CURANG

5. Isteri yang menjadi sayap kiri suami

Menjadi sayap kiri bermakna isteri memainkan peranan besar dalam rumahtangga, bukan jadi mak turut saja. Sama-sama berbincang, membuat keputusan, merancang yang terbaik untuk masa depan keluarga. Isteri juga sebaiknya mempunyai skill dalam pelbagai aspek agar tidak semata-mata bergantung pada suami, sebaliknya ada perkara yang suami boleh bergantung.

Jika suami sudah terbukti kecurangangannya…. bantulah dia untuk kembali ke pangkal jalan. Namun jangan sampai jadi boneka atau alat. Y0u have right to move on.

Tagged in :

admin Avatar

9 responses to “Apa Nak Buat Bila Suami Mula Curang”

  1. Yeen Avatar

    InsyaaAllah.. mita dilindungi selamanya

  2. raihanah Avatar

    Semoga terhindar daripada masalah ini.

  3. Amyz Avatar

    Mudah-mudahan yang baik-baik saja. Insya Allah.

  4. annynomous Avatar

    Kalau btl2 curang dan xnk kembali ke pangkal jln?

    1. Siti Azlia Avatar
      Siti Azlia

      Saya dh laluinya… Saya ambil keputusan utk beralah dan keluar dr kehidupan dia… Kini saya lebih bahagia..

  5. Myliferia Avatar

    Memang kalau boleh elakkan sebut sebab apa yang kita sebut tu doa.

    Semoga kita dilindungi-Nya sokmo!

  6. nurul izad Avatar

    gambar itu adiput

  7. huda Avatar

    alhamdulillah..tq for the info.

  8. Papaglamz Avatar

    Teruskan bersabar. Mungkin ini ad hikmahnya. Jangan ambil langkah yang terburu-buru. Kaji sebetulnya. Cari jalan penyelesian yang terbaik. Mungkin perpisahan itu jalan yang terakhir. Nice sharing… 🙂

    Hot post – Ketahui 5 Tanda Suami Anda Sedang Curang Di Belakang Anda

Leave a Reply to annynomous Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge