Apa Itu Niche Blogging

admin Avatar

Untuk buat duit dengan blog, kita mestilah ada niche yang tersendiri. Dan banyak kali saya beritahu pada rakan2 blogger yang bertanya tentang jana pendapatan dengan Google Adsense misalnya, passkey-nya adalah – NICHE.

Apa itu niche?

Senang cakap, niche ni adalah sesuatu yang spesifik, atau pengkhususan dalam sesuatu tajuk.

Apa kepentingan niche?

1. Blog kita takkan jadi cacamarba. So kita akan fokus untuk tulis tentang sesuatu topik.
2. Pelawat yang datang adalah dalam golongan yang sekepala. So takdela kalau nanti ada orang tak setuju or marah dengan tulisan kita, sebab blog kita memang tulis pasal benda tu je.
3. Senang jadi target advertiser.
4. Google suka bila kita selalu ulang2 keyword yang sama.
5. Merangsang kepada pembentukan komuniti. COntohnya blog yang bercakap tentang homeschool akan menarik komuniti homeschool, blog penyusuan ibu akan menarik ibu2 menyusu, blog kereta menarik penggemar kereta dan sebagainya.
6. Membina kredibiliti pemilik blog. Contohnya orang kenal Beautiful Nara sebagai penulis blog hiburan.

Niche blog tak semestinya kena blog info semata2. Yang penting ia adalah bercakap tentang sesuatu topik yang khusus. Contohnya blog Anakku Sayang adalah blog perkongsian tentang pendidikan anak. Ia juga mengandungi cerita peribadi tapi tak adalah cerita makan kat mana, shopping kat mana, etc. Kebanyakan blog personal ni cacamarba sebab kita tend to write semua benda yang ada di sekeliling kita, jadi takde niche di situ.

Dah buat niche tapi tak ada sambutan pun?

Hehe. Benda2 perniagaan ni, apa2 aje lah.. semuanya kena ikut rule of thumb dia. Konsep dia sama je macam kita jual/promo barang offline. Kalau lah kata kita jual baju paling cantik dan paling mahal dalam dunia, tapi orang tak beli sebab orang tak tahu, boleh untung ke? Tulis blog pun walau bagus macamana pun tapi orang tak tahu, atau orang tak minat, orang takkan datang.

Tak tau nak buat niche apa?

Pertama sekali ialah benda yang kita suka dan ada pengetahuan lah. Kalau memang ada kepakaran lagi bagus. Kenapa? Sebab kita membina kredibiliti sebagai penulis blog. Kalau kata kita nak tulis blog masakan, tapi kita langsung tak tau masak dan tak suka, dan buat semata2 sebab nak duit, susah sikitlah.

Lepas tu kena tengok pula demand. Mesti kena buat research sikit untuk tengok boleh market ke tak. Kang jadi syok sendiri pulak.

Lagi satu, pesaing pun kena tengok juga. Contohnya kalau dah ada seribu blog breastfeeding  yang terkenal, agak2 mampukah kita nak berada di kalangan blog2 breastfeeding terkenal tu? Jadi kena cari unique selling point supaya orang datang blog kita. Kadang2 perlu jadi big fish in small pond daripada small fish in big pond.

Selamat mencari dan menemui niche anda!

admin Avatar

20 responses to “Apa Itu Niche Blogging”

  1. mommy nadia Avatar

    my niche : me and my world huhuhu…
    everything about me,my family, my frenz and evryone yg ada sangkut paut dengan saya..
    boleh ke??
    besar tu scope dia!!
    but yet its about parenting 🙂
    .-= mommy nadia´s last blog ..when Adam meets Eimran … =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      aha
      ye betul besar skop dia tu 🙂
      tp OK la kan.. blog suke suke 😀

  2. Hanz Avatar

    Babe, pasni layout tips how niche blog can attract more visitor..pweety please…with extra cherries on top of vanilla ice-cream…hehehhee… i did what i could so far but still not enough…hemmmmm…
    .-= Hanz´s last blog ..The EcoKids Books are fantastic! =-.

    1. Hanz Avatar

      Comment with luv tu, memang weng2-lah lately ni…takleh pakai…

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        layout blog?

  3. fid Avatar

    terasa laaaa
    tak suka sitilina
    benci kakakakakkaa
    .-= fid´s last blog ..mi goreng mommy bukan mi goreng sup =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      terasa apa? sedap?
      hehehehe

  4. dbalkis Avatar

    mmm..saya setuju, cumenye nak niche tu la kene bersungguh agar tak terpesong dari scope yang ditetapkan tu..soon kalau menjadi apa yang dirancang, saya pun akan wat satu blog baru..Insyaallah yang itu niche..tapi kalau tak berjaya bende yang saya nak wat tu maka tak jadila blog niche tu..hehe..wait n c ya..hint2 I dah ada post kat littlesharingspace, my main blog 🙂
    .-= dbalkis´s last blog ..Ice Pack Pecah? Bocor? Apa guna ice pack ni? =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      i think i cud guess… heheheh

      good luck balkis!

  5. temp. housewife Avatar

    haduh gapola niche ambo ye. Maybe banyok pasal NZ, kiwiana, languages dan banyok jugok personal stories. hmmm mcm carca merba jugok. huhu
    .-= temp. housewife´s last blog ..Demi adik2 tercentha….(BM entry in Kelantanese dialect) =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      niche adalah cacamerba

      OK doh tu hahaha

  6. kakyong Avatar

    niche… heheheee…
    ntah le.. balik2 citer pasal anak2 & org2 sekeliling kita…
    janji ade kwn2 layan komen & kita pun rasa masih ade kawan.. enuf dah..
    tak terkejor dah nak jd blogger tegar.. walau dalm hati… kepingin nak spend byk masa depan laptop…. :p
    .-= kakyong´s last blog ..Masih mencari cinta .. perlu mendalami ilmu Munakahat =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      blogger biasa cam kita ni tak yah piki2 pasal niche kak yong. kalo yg buat internet marketing tu lah yg amik berat hehehe.

  7. tinihani Avatar

    Saya setuju dengan entry ni. Kadang semua orang tulis blog terikut-ikut dengan blog yang dah terkenal dan mendapat perhatian. Sebenarnya masing-masing ada keistimewaan sendiri. Yang penting apa kita tulis lebih banyak memberi manfaat dari menyakitkan hati. 🙂
    .-= tinihani´s last blog ..Gambar sedikit sek** =-.

  8. sabri69 Avatar

    Saya telah membaca artikel ini, dengan izin tuhan maka fahamlah saya apa itu NICHE. Lantas saya telah linkkan blog awak ke blog saya di http://komputersabri69.blogspot.com/2011/07/niche-blogging.html

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      terima kasih en sabri 🙂

  9. azmiags Avatar

    haah, saya pun xeberapa pasti apa itu niche…huhu, very good infi…thanks ya

  10. […] 1. http://mysuperkids.net/apa-itu-niche-blogging/ […]

  11. Cggan Avatar

    penerangan yang ringkas dan mudah difahami.. harap boleh membantu dalam penentuan trademark sendiri. terima kasih.

  12. cik raha Avatar

    Blog personal vs blog niche..confius identiti sebenarnya.tp blog cik raha pun ala2 rojak juga..sb bru setup xsampai sebulan.hehhe

Leave a Reply to sabri69 Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge