,

Anak Susuan Saya

admin Avatar

Pada hari ini maka secara rasminya saya telah menjadi seorang ibu susuan kepada seorang bayi lelaki yang berada di tanah kelahiran saya. Teruja!

Teringat bagaimana 2 minggu lalu, suami saya tanpa teragak-agak memberi kebenaran untuk saya memberi susu saya (yang tak banyak pun!) kepada bayi yang kami tak pernah kenal.

Kata suami saya “Susu ibu adalah susu terbaik untuk mana-mana bayi. Walaupun bukan dari ibunya, setiap bayi berhak mendapat susu ibu”.

Saya tidak berkongsi hal ini dengan semua orang secara peribadi. Ini kerana tidak semua orang boleh menerima konsep ‘ibu dan anak susuan’. Dipendekkan cerita, tak perlulah kita berdebat tentang hal ni. Yang sana kata A yang sini kata Z.

Saya ni bukan meriah sangat susu sampai tak muat freezer. Walaupun mulanya berkira-kira nak beli deep freezer, tapi memikirkan ‘kalau banyak sangat sampai tak muat lepas tu expired..’ maka saya berpada-pada saja mengepam. LOL. Bole tak macam tu?

Maka bila tiba masanya, saya cuma mampu bekalkan 57 bekas bersamaan 228 oz susu sahaja. Itu pun cuma tinggal sedikit untuk Danny. Tak apa, sebab saya ada bersama Danny. Bila-bila masa saya boleh increasekan sesi mengepam, dan boleh buat power pumping, dan macam-macam cara lagi nak banyakkan susu. Tapi bagi anak susuan saya, tidak ada cara lain untuk dia minum melainkan susu dari ibu lain. Sedih dan sebak sangat waktu pertama kali bercakap dengan bapanya. Bayangkan, sikit saja dia minum susu formula, berbelas hari di hospital.

Baru-baru ini, isu hangat tentang susuan ini diperkatakan, sejak sebuah akhbar terkemuka membuat liputan tentang ‘susu ibu boleh didapati secara meluas di pasaran dan internet’, or whatever it was wrote and interpreted, saya membaca beritanya tapi tak faham apa yang cuba disampaikan, LOL. Adakah nak beritahu bahawa “berhati-hatilah memilih ibu susuan”, atau apa. Saya rasa ibu bapa yang memilih untuk memberikan anak mereka susu ibu (dari ibu susuan), bukanlah bodoh sampai main belasah saja ambil susu dari sesiapa, atau bertukar-tukar susu badan seperti yang digembar-gemburkan. Memang, saya pernah berseloroh dengan kawan-kawan “Nanti aku ambik susu kau jelah.. susu kau banyak kan”, tapi bukan bermakna saya dengan suka-suka hatinya bebas mengambil susu sesiapa saja untuk anak saya. Ya lah, ramai yang utarakan tentang akhlak ibu susuan – dari teladan bapa Syaikh Abdul Qadir Jilani yang menjolok tekak anaknya yang diberi susu oleh jiran yang dikhuatiri buruk akhlaknya.

Dan, bila dah jadi susuan tu, haruslah ibu bapa kedua-dua belah pihak berusaha untuk mengeratkan silaturrahim. Ramai yang hanya sanggup jadi ibu susuan kepada anak saudara kerana takutkan komitmen ini. Saya tak kata siapa betul siapa salah, tapi perbandingan antara bapa Syaikh Abdul Qadir, beliau menolak jirannya untuk menjadi ibu susuan anaknya, sebaliknya ibu susuan Rasulullah SAW adalah seorang wanita desa yang sudah tentu jauh lokasinya dari kota Makkah. Adakah di zaman itu sudah ada telefon, atau FaceBook, atau Twitter yang membolehkan hubungan Halimah dengan keluarga anak susuannya tidak putus? Bukan Rasulullah SAW sahaja, malah menjadi adat penduduk Mekah mengupah wanita desa menjadi ibu susu buat anak2 mereka.

Juga menjadi perhatian ialah tentang kegiatan berkaitan dengan susu ibu di negara lain, Barat khususnya, yang menjual susu ibu dan menjadikannya aiskrim dan sebagainya.

Kerana itulah kita kena sokong usaha memartabatkan susu dan konsep ibu susuan yang diterajui oleh orang Islam! Orang Barat dan bukan Islam, ‘mungkin’ tiada masalah untuk menjadikan susu ibu sebagai aiskrim atau menjualnya di pasar terbuka, tapi tidak bagi orang Islam. Jadi kenapa nak hentam usaha yang dilakukan oleh orang Islam demi susu ibu ini?

OK, berbalik kepada kisah anak susuan saya… kebetulan namanya hampir sama dengan anak-anak saya 🙂 Welcome to the family! Kini saya ada 4 anak lelaki!

admin Avatar

11 responses to “Anak Susuan Saya”

  1. salzahari Avatar
    salzahari

    Alhamdulillah, tahniah…Nak anak prempuan tak ? 😉

  2. MamaIman Avatar

    Alhamdulillah… sy pun teringin nak jadi ibu susuan. Tapi cuma dpt jadikan anak saya anak susuan je sebab susu sy yg tak cukup. Tapi seronok sebab anak saya tu ada 4 orang adik beradik yg lain. Alhamdulillah…. Saya lebih percaya kalau tak cukup susu, carilah susu ibu yang lain dan bukan FM. Insyaallah, ada rezeki untuk anak saya. 😀

  3. mamaNoriz Avatar

    oh, sya tak kan berdebat tentang hal ni sbb sya sndiri ada 2 ank susuan…
    dan sya rasa ia tak salah bila renung balik kisah Rasullullah dgn ibu susuannya tu…

    beruntungnya Lyna dah ada 4 hero!

    god bless u 🙂

  4. sidratul muntaha Avatar

    aku tahu suratkabar ape
    tu surat kabo dlm ade isi soal jwb agama..
    pastu belakang no result toto dgn nombor ekor
    huuhuhu
    lagi piang,wartawan tu boleh kate EBM tu extra breastmilk?!
    aku rasa nak bako jer konek dia!!
    eii!eii!
    klu dia pempuan,aku nak sumpel dia punya dengan gromoxon.
    bengong!!
    klu citer pasal artis,kemain lagi…
    klu suh buat research keilmuan.pemalas nak mampuh!

    along..
    selamat maju jaya dgn anak susuan ko itu!

    1. yatie chomeyl Avatar

      wakakka ganas nye ayu…terkincit reporter tu kalau baca komen ayu ni eheh

      1. sidratul muntaha Avatar

        ganas sgt ke tie?
        ahahaha…
        mmg geram tau.
        tapi ku maintain lagi la..
        kita bako jr!!
        *gaya ucop wilcha..muleh?!
        hihihh

  5. ummu affan Avatar
    ummu affan

    kadang2 orang kita ni malas nak kajji hikmah di sebalik setiap kejadian yang Allah tunjukkan kepada kita… tentulah sesuatu yg Rasulullah alami dan buat itu, adalah untuk dijadikan teladan… cuma manusia hari ini, banyak terpengaruh dengan budaya luar sehingga menolak ajaran dan budaya asala kita…
    Saya amat yakin, tentang hebatnya ibu dan anak susuan sehingga Rasulullah sendiri disusukan oleh orang lain…dan bukannya Rasulullah yg beri anaknya disusukan…
    saya ucapkan tahniah untuk akak dan suami kerana masih mempertahankan syiar…insyaAllah, hikmahnya mungkin tak nampak hari ni,tp akak akan rasakan suatu hari nti.
    Sy pun teringin nak anak susuan,tp sblh pihak lg plak takut nak berikan anaknya…takpelah..kita hormati pandangan orang lain
    Tp akak, kena pastikan hubungan anak susuan akak tu kekal sampai dia besar tau…sbb dia dah jd sbhgn keluarga akak yg sah..sah dr sudut hukum agama.. Tahniah sekali lg

  6. Asiah Abd Jalil Avatar

    Err… kalau tak silap saya, hukum anak susuan hanya jatuh jika direct feeding. Kalau setakat bagi EBM, tak jatuh hukum sebagai anak susuan.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Pendapat Prof Dr. Yusof Al-Qadrawi, tidak akan menjadi anak susuan sekiranya menyusu dgn EBM. – menyokong usaha penubuhan bank susu.

      Dari: Panel Kemusykilan Agama, JAKIM (2009). baheis.islam.gov.my. 8 Oktober.

      Soalan:
      1. Syarat-syarat menjadi ibu susuan? Adakah 2 kali kenyang atau 5 kali kenyang? Adakah hukum berbeza sekiranya diberi secara terus menyusu badan atau di pam simpan di botol /disejukkan dan diberi.
      2. Apakah hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu susuan ( yang bayi dan adik-beradik yang lain)?
      3. Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan?

      Jawapan:
      1. Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut.
      2. Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain.
      3. Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam.

      *1. Jawapan kepada soalan disediakan oleh Panel Kemusykilan Agama, JAKIM
      *2. Jawapan yang diberi adalah berdasarkan Mazhab Shafie kecuali dinyatakan sebaliknya.

      1. Asiah Abd Jalil Avatar

        Ya, saya juga yakin dengan pendapat yang mengatakan, KALAU SETAKAT BAGI EBM, BELUM LAGI JATUH HUKUM SEBAGAI ANAK SUSUAN.

        Anak itu bukan anak susuan. Esok-esok dia nak kahwin dengan “adik-beradik susuan” (yang sebenarnya bukan pun adik-beradik susuan), malah kalau nak kahwin dengan “ibu susuan” (yang sebenarnya bukan pun ibu susuan) adalah dibolehkan.

  7. NUR Avatar
    NUR

    Salam kak…jutaan terima kasih pd akak & suami krn sudi menerima anak kami sbg anak susuan…terharu sangat2 dgn pertolongan dari ibu2 susuan anak saya..hanya Allah yg akan membalasnya

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge