Anak Saya Bijak Dan Pandai

by Mommy Lyna on February 21, 2010 · 16 comments

anak pintar anak bijak

Saya pernah berkata begini kepada seorang teman,(yang brag tentang pencapaian anaknya).

“Anak aku biasa je, tak advance macam anak kau”

Yang akhirnya membuat saya rasa bersalah pada anak saya.

Saya tak patut cakap begitu, walaupun anak saya tak mendengarnya, walaupun niat saya bukan hendak merendah-rendahkannya. Mungkin saya cuma hendak mendiamkan teman saya itu, tapi selepas itu saya masih dibalut kesal yang tak sudah.

Saya terbayang sekiranya ibu saya berkata demikian kepada kawannya, tentang saya,

“Along saya tak pandai macam anak awak”.

Atau boss saya berkata demikian kepada rakannya,

“Pekerja saya tak cekap macam pekerja awak”.

Saya secara peribadi terasa amat sedih sekiranya ibu/boss saya berkata demikian, sama ada mereka bermaksud atau tidak, sama ada mereka berniat atau tidak… seolah-olah mereka tidak menghargai saya. Walaupun mereka menyatakan itu di luar pengetahuan saya, tapi secara tak langsung mereka telah merendahkan nilai diri saya di depan orang lain.

Kawan mak saya mesti akan pandang saya ‘tak pandai’, dan rakan boss saya akan pandang saya sebagai ‘tak cekap’. Kerana yang mengkhabarkan kepada mereka adalah orang yang paling rapat dalam perkaitannya dengan saya.

Mungkin kita niat merendah diri, tapi mungkin secara tak sedar kita sebenarnya ‘menghina’ anak kita sendiri. Walaupun niat di hati berlainan, tapi kata2 di mulut yang keluar itu menjadi tafsiran orang, dan ucapan di bibir ibu adalah satu doa untuk anaknya. Astaghfirullahalazim.

Saya mengenang masa depan anak saya… semasa kecil ni saya lah yang mencoraknya, tapi bila mereka dah aqil (berakal), mereka sendirilah yang memilih jalan hidup mereka. Dengan itu tak hairan kalau anak seorang imam (contoh) yang semasa kecil diasuh dengan nilai2 murni, bila dah besar menjadi jauh dari perangai imam. Bukan kata bila besar anak yang kita asuh akan menjadi ‘lain’, tapi mereka bakal mempunyai pegangan sendiri, cara sendiri.. sebagaimana kita hari ini yang dah pandai nak komplen tentang cara ibu membesarkan kita.

Maksud saya, tak selamanya kita akan ‘pegang’ anak kita. Dia adalah manusia yang merdeka dan bukan di bawah telunjuk dan naungan kita selamanya. Kerana itu, haruslah kita berikan rasa hormat pada anak-anak kita.

Hormat yang bagaimana? Bukanlah dengan membiarkan mereka terus ‘menjadi raja’ dan kita ikut aje apa yang mereka nak. Hormati anak dengan:

  • Penuhi hak2 mereka – beri nama yang baik, susukan dengan susu badan, mengakikah, etc.
  • Mendidik mereka dengan nilai2 murni.
  • Tidak menghina dan merendah-rendahkan mereka meskipun di belakang mereka.
  • Mengasuh dan mengawal pemikiran dan akhlak semasa kecil agar pemikiran yang baik itu dapat mengawal mereka bila besar nanti.
  • Tidak memukul keterlaluan bila mereka melakukan kesalahan.
  • Berlaku adil terhadap anak-anak.

Tak mengapa kalau anak kita tak sepandai rakannya. Tak perlu kita war-war ke satu dunia bahawa anak kita tak berapa pandai. Bayangkan perasaan beliau, andainya diketahuinya yang ibu/bapanya sendiri yang mencanang yang beliau anak yang tak pandai.

Bukan bermakna kita ibu ni kena hipokrit, dah anak tak pandai tu, tak usah nak menangkan lagi…. Yang salah tetap salah, tapi sikap kita dalam menghadapi situasi macam ni. Bila orang kata anak kita tak pandai, atau orang kata anak kita nakal, adakah kita patut cakap “Ya anakku memang nakal”, atau “Aku akan perhatikan dia..”.

Mungkin kenakalan/ketidakpandaian anak kita tu datangnya dari sikap kita. Mungkin kita ada lalai sikit dalam mendidik dia. Tapi tak perlu la rasanya nak war-warkan yang anak kita memang nakal. Memang kita nak dia jadi nakal ke?

Kata-kata dan ucapan ibu adalah doa untuk anak. Terkenang kisah seorang pemuda yang membunuh 4 ahli keluarganya secara kejam termasuk bapa dan adiknya sendiri. Tapi ibunya tidak pernah mengeluarkan kata-kata yang &*%*&^$% terhadap anaknya itu. Tidak pernah mengatakan anaknya jahat. Hipokritkah ibu itu? Apa lebihnya anak tu berbanding suami, anak gadis dan ibu bapanya yang terbunuh tu? Tentunya tidak dapat digapai oleh akal kita yang tak menghadapi.

Cakaplah yang baik-baik tentang anak kita, di depan dan di belakangnya. Kalau orang yang kita berborak tu adalah golongan mean mommy (sila cari semula komen Mama Mia), tak payah cakap apa-apa tentang anak kita, diam je suddeh.

Saya masih lagi diburu perasaan bersalah kerana ucapan begitu. Saya harap anak-anak kita semuanya bagus-bagus, pandai-pandai, soleh-soleh :)

Dan saya harap Mak saya tak cakap sesuatu yang merendah-rendahkan saya di depan kawan-kawannya :)

Tidak riak kalau kita cakap benda yang baik-baik. Malah menghina diri adalah berdosa besar. Kita mesti menghormati diri (dan anak kita) sebagaimana kita nak orang lain hormat pada kita. Dan kalau kita taknak hormatkan diri (dan anak kita), Allah telah meletakkan penghormatan pada setiap diri manusia, sebab itu dosa besar bagi yang membunuh diri dan menghina diri sendiri.

Apatah lagi bila anak-anak yang diberi kepada kita sebagai amanah, mahukah kita kalau mereka diambil balik?

anak bijak

Busuk-busuk pun dia tetap amanah untuk saya.

{ 16 comments… read them below or add one }

unlisted_one February 21, 2010 at 1:18 am

Thanks for this entry Lyna,

Takpe Lyna, lepas ni kita sama2 beringat untuk tak merendahkan anak2 kita kan?

Kesian dia, kalau kita sebagai ibu cakap mcm tu kan..adoi,..rasa nak nangis la pulak..sobs..sobs..
.-= unlisted_one´s last blog ..TheHoneybunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever! =-.

Reply

Fid February 21, 2010 at 3:35 am

anak saya pandai dan UNIK
saya bangga ada anak yang gagah perkasa lagi macho serta bijaksana itu

Reply

Hanz February 21, 2010 at 4:15 am

(blush blush)…anak me sangat unik sampai me tengah fikir dan ssentiasa berusaha mencari the possible unik way to parent him…??? hahaa..kelebihan dan kekurangan masing2..meriah hidup kan? wink!
.-= Hanz´s last blog ..TheHoneybunch 2010 Giveaway #1 : Best Birthday Ever! =-.

Reply

yongnoina February 21, 2010 at 2:16 pm

alamak lyna..cam serba salah plak dalam hal ini. Klu pikir2 kan..nak cakap bangga2 kang nanti org naik menyampah pulak..huhu..nanti kata kita ni cakap tak serupa bikin..kata anak bagus..tapi pada pandangan mata dorang cam tak bagus..huhu..

baik diam je kan..klu nak puji..puji depan anak je..depan orang tak payah..boleh ker gitu?
.-= yongnoina´s last blog ..Ya Allah..Tingkatkan lagi kesabaran aku..! =-.

Reply

Mommy Lyna February 21, 2010 at 7:33 pm

Tula Noina, kena tgk orang jugak. If cakap dgn org2 yg lain orientasi, baik jgn bukak cerita. Hehe.

Reply

Mommy Lyna February 21, 2010 at 7:33 pm

Oh btw bukan kena bangga2, just cakap yang baik2 je. Tak salah kan? Hehe.

Reply

mmyyen February 21, 2010 at 3:35 pm

betul tu mommylyna..
setuju dgn awak,anak kita adalah amanah,dia adalah yang terbaik.
kita yg mencorak kan masa depan dia mjadi yg lagi baik kan..
.-= mmyyen´s last blog ..milo dinosaur?..biar benar ni.. =-.

Reply

aidie February 21, 2010 at 8:31 pm

Anak kita adalah anugerah utk kita. Bersyukur dgn pemberianNya. Kalau dia tak genius takpe mungkin dia ada kelebihan lain.as d parents we have to unleash n brush up those advantages that they have. Thats what makes them special d way they are.
I dah biasa dgr org banggakan anak dia, mmg tk salah. Parents mana tak bangga ngan anak dia kan. Anak i dah 3 thn pn tk ckp lagi but i let him learn at his own pace.as d parents we guide n teach tanpa rasa jemu :)
.-= aidie´s last blog ..High Fever or Dengue? =-.

Reply

MAH February 22, 2010 at 9:18 am

aidie

maaf tumpang tanya, 3 tak cakap lagi atau cakap tapi telor or dah cakap cuma dua 3 patah perkataan.
slagi ada perkataan d keluarkan takpe

if tak cakap langsung better u g check, bukan nak takutkan cuma langkah berhati2.. takut jadi mcm anak kawan saya
http://helpafiqdanial.blogspot.com/2009/11/kisah-afiq-danial-1.html

maaf yea

Reply

aidie February 22, 2010 at 12:05 pm

Hi MAH,
anak i boleh few sebut few words :) cuma tkde la leh construct a sentence yet. Btw tq for reminding ;)

Reply

salzahari February 22, 2010 at 3:28 pm

yes,me too..I pun jenis x suka exaggerate kebolehan anak i.biar org yg tegur sendiri, so far i am proudly say she’s a talkative girl compared to others (org kata la) at her age..vocab.byk and x pelat.
ye..betul. kita kena hormat hak anak kita! mcm my entry http://just2sharesalzahari.blogspot.com/2010/02/hak-kanak-kanak.html
sbb dulu pernah sekali konon2 nak let her play with friends, panggil anak neighbor main sama kolam dgn dia and end up,dia x dpt main pun sbb budak2 tu conquer lebih and i feel so guilty lps tu! I should have asked her before inviting those kids kan?!!

Reply

Watie February 24, 2010 at 1:05 pm

Lyna, i percaya setiap anak ada keistimewaan & kobolehan sendiri.. mungkin pada kita anak kita biasa2 jer, tapi pada org lan, anak kita pandai, mungkin ada mender anak kita tak leh buat, anak org lain boleh buat tapi ada jugak mender anak org lain tak leh buat, anak kita leh buat .. ehhehe.. so pada i, apa pun keletah & pencapaian anak kita, we shud be proud of our children ..

pada i, kita mesti selalu puji anak kita especially kalau dia buat sesuatu yg bagus ..walaupun pencapaiannya kecik tapi implikasinya sgt bagus… i can see bila i praktis kat Q, dia punya self esteem lagi tinggi dan lebih mudah nak ajar dia tau! ..

i ingat lagi, setiap kali Q gulung lidah dia masa kecik, i suka sgt dan rasa bangga (sebab i pun tak leh buat ..hahah..padahal pada dia mender tuh senang jer agaknya ..) but now, bila dia dah besar, i dah jarang nampak dia gulung lidah lagi…so everytime i tgk gambar2 lama Q, i rasa proud of her achievemeent yg dulu2 tuh.. ehehe….
.-= Watie´s last blog ..Percutian Terakhir Sebelum Bersalin @ Kalumpang Resort! =-.

Reply

mommyyus April 29, 2010 at 8:25 pm

saye juga pernah berpikiran begini..bile pk2 balik, mesti kecik hati anak saya(Hani, 2thn setengah) kalau dia dengar dan paham ape yang saye katakan..kadang2 xpaham kalau ade aorang yang suke beza2kan anak2 dorang dgn anak orang lain secara terang2ngan. dulu pernah saya beza2kan Hani dengan adiknye, Abdul rahman..sebab kakak dia 9bln dah bleh jalan, dia sampai skrg(1tahun). Sampailah sume orang, termasuk atuk n nenek dia pun tegur hal yang sama. saya plak jadi serba salah, sebab mengadili cara mereka mule berjalan. Sejak tu kalau ade yang tegur n tanye, sya akan cakap”dia dah bleh jalan..cume dia kadang2 malas nak tunjuk2..” Haruskah saya berbuat begitu?

Reply

azimah26 April 30, 2010 at 11:11 am

Tulah…….
Ajaran nenek moyang kita, secara tak sengaja kita pun tersebut apa yang biasa kita dengar dari kecik sampai dewasa………..mak saya asyik kutuk saya dari kecik sampai besaq………tup…tup……saya pun biasa gak tercakap hal yang sama…….kesian anak-anak sekarang ni……..Insya Allah tak buat lagi.

Reply

norizzaty September 18, 2010 at 11:57 am

tahun ini saya upsr macam mana hendak pandai yeh…

Reply

saya December 8, 2010 at 5:54 pm

Saya belum kawen lg tp berminat sgt hal2 parenting. Huhu.
Yang pasti berdasarkan pengalaman saya, jgn sesekali sbg ibu kita merendahkan ayah mereka di hdpn anak2. Dan ayah juga harus melakukan hal yg sama. Kalau boleh, puji lagi sebab klu kita mencela sedikit pun, akan ada rasa tidak hormat di hati anak nanti. Dan jgn jugak memberi komen yg buruk tentang adik beradik lain kecuali kalau meminta pendapat atau pandangan, cth: “Along, adik kamu ni selalu main. mcmn ye ibu nak dia rajib belajar?”
Begitulah pendapat 2 sen saya. :)

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post:

african mango ozoderm