Anak Bijak – Apa Rangsangan Terbaik?

admin Avatar

Bila bercakap tentang anak bijak, oh itu memanglah idaman semua parents. Semua ibu bapa yang normal (ada jugak yang tak normal, yang suka dera anak, bunuh anak) mahukan anak² yang sihat dan bijak. Malah, perkara membanding2kan anak sendiri dengan anak orang lain, untuk menunjukkan anak siapa lebih bijak, perkara yang normal kan.

Dalam 6 tahun pertama ni, mengikut pakar lah, adalah tahun2 kritikal dalam perkembangan anak². Masa ni diorang macam spongebob sponge, menyerap apa saja maklumat yang diperolehi. Oleh itu tak hairan lah kalau diorang ni suka buat kerja² lawak, macam tiru maknya pakai bedak atau panggil maknya dengan panggilan ‘Ayang’ (kes dengar ayah panggil macam tu).

Sekarang ni, timbul macam² kaedah dan teori untuk menjadikan anak bijak. Muzik klasik lah, flash card lah, DVD lah, mainan interaktif la, macam² lagi lah. Betul ke benda ni memang berkesan? Ya, betul Habis tu kalau ibu bapa yang tak mampu macamana? Kesianlah anaknya tak ada peluang jadi anak yang bijak.

Sebenarnya, stimulator yang paling berkesan, bukanlah perkara² atau method² di atas. Kita tak perlu keluarkan sesen pun untuk mendapatkan anak yang bijak. Rangsangan terbaik bukanlah dari flash card, mainan2, DVD ke apa, yang terbaik ialah dari ibu bapa dia sendiri. Alat pembelajaran terbaik bagi anak² kita ialah kita. Interaksi yang berkesan antara kita dengan anak² adalah stimulator terbaik untuk otak dan fizikal mereka. Tunjukkan dan tonjolkan kasih sayang, beri perhatian dan prihatin terhadap mereka.

Antara perkara² yang kita boleh buat with no cost dengan anak²:

Kita bukan saja memberikan mereka makanan yang terbaik, tapi juga moment semasa kita menyusukan dia tu sangat bermakna. Bila kita susukan dia, dia berada rapat dengan kita. Kita boleh belai dia, bercakap dengan dia, merasa getaran jantungnya. Ewah!

So, susukan bayi anda selama mungkin!

  • Selalu bercakap dengan mereka

Walaupun baby sekecil Fahry, dia memang suka bila kita bercakap dengan dia. Nampak je macam tak faham tapi diorang belajar ritma dan menambahkan vocab untuk mereka bercakap sendiri pula nanti. Lagi pulak, getaran suara ibunya ni memang satu benda macam penawar lah buat mereka.

  • Buat muka

Saya suka buat ni bila bersama Fahry. Kembungkan pipi ke, jelirkan lidah ke & buat berulang². Dia akan belajar tentang pattern dan sequence. Mungkin nanti dia akan tiru pula kan?

  • ‘Berbincang’ dengan mereka

Kalau orang yang tak biasa, bila tengok agaknya rasa pelik. Berbincang dengan baby macamlah mereka faham. Bila kita exposekan mereka dengan pelbagai isu, ia akan menjadi rutin sampai mereka besar. Bukan saja boleh menambah vocab malah juga pengetahuan mereka.

  • Menyanyi kepada mereka

Kalau Fahry memang suka Mommy menyanyi, apa² je lagu especially nasyid2 berbentuk zikir. Di samping merangsang anak, menghiburkan dia, maknye pun dapat pahala 😀

  • Main ciku cak aaaa (peek a boo) atau sorok² barang

Memang mengelekek gelak si Fahry kalau main cak cak. Bukan tu je, dia sebenarnya belajar tentang benda yang hilang kembali muncul semula. Ala2 patah tumbuh hilang berganti gitu.

  • Ajak mereka bantu kita buat kerja rumah

Benda simple2 je. Tak payah harapkan mereka tolong pun, just join je. Hafiy suka ikut saya basuh dan jemur baju. Sekarang dah boleh mintak dia isikan baju yang dah siap basuh dari dalam mesin basuh ke dalam bakul. Mintak beruskan kain pun boleh tapi nanti benda lain yang diberusnya.

  • Membaca bersama-sama

Memang tokleh dinafikan kepentingan dan kebaikan membaca kan. Saya memang lambakkan buku atas katil untuk mudah dicapai. Bila ramai² berada di katil (kami co-sleep), Hafiy akan passkan apa² buku untuk saya bacakan pada mereka. Kadang² dia yang ‘bacakan’ untuk adik.

  • Bergurau senda dan main bersama

Sesimple main geletek dan menjadi ‘toy’. Kadang² mak bapaknye jadi kuda, jadi see-saw, jadi buai, macam² lah. Jimat, tak payah beli gimnasium hehe.

  • Rakam video dan tonton sama2

Pakai kameraphone je. Rakam apa2 moment kemudian tengok sama² dan bercerita tentang apa yang kami tonton.

  • Bercerita

Bila ‘malas’ bukak buku, mula lah sesi mari bercerita. Yang bestnya bila bercerita ni, kita boleh pusing² sikit, dan tanya soalan² yang macam2. Biasanya maknye yang jawab sendirilah 😀

  • Ajar kemahiran hidup dan kendiri

Sesiapa yang belajar tentang Montessori education, ia ada menekankan tentang practikal living skill. Budak2 diajar untuk berdikari dari kecil dan digalakkan menggunakan benda yang betul dengan cara yang betul. Contohnya penggunaan gelas kaca agar anak lebih berhati² dan tak menjatuhkan gelas tu sesuka hati. Dan penyapu adalah untuk sapu lantai, bukan buat gitar.

Benda² yang simple je untuk budak² sebaya Hafiy, suruh kemas mainan, kemas buku, kemas cawan sendiri… Tapi kita kena join sama jugak mula². Bila dah biasa barula boleh keluarkan arahan saja.

  • Keluar

Bukan je keluar ke taman, keluar ke mana² pun boleh belajar, especially kalau ke supermarket. Kami pilih barang sama² terutama barang dapur. Yang penting bagi kami, jangan biasanya membelikan barang² kehendak dia, kecuali buku. Bila dah biasa dengan ‘beli kereta, beli robot, beli aiskerim’, asal keluar je mengamuk nak benda² macam tu.

  • Solat dan mengaji bersama

Solat bersama ni boleh dipraktik sejak mereka kecil lagi. Bila dah besar sikit, ada budak² suka duduk di tepi, ada yang ‘ikut solat’ sekali dan ada juga yang suka berlari² dan bermain² masa maknye solat. Walau apa pun jenis anak kita, tak ada salahnya. Mereka masih budak, malah Rasulullah sendiri membiarkan saja budak² main panjat mimbar masa khutbah Jumaat. Bukanlah satu perkara yang memalukan (tapi dalam masyarakat kita agak memalukan, nanti orang kata tak pandai didik anak dengan agama) kalau anak kita tak duduk diam² semasa kita bersolat. Hassan dan Hussain malah ‘bermain’ semasa Rasulullah mengimamkan solat sehinggakan baginda kena lamakan sujud sebab cucu² tersayang tengah panjat belakangnya.

Mengaji juga sama. Tak apa kalau mereka tak boleh duduk diam, yang penting kita mengaji bersama mereka secara kosisten.

Kanak-kanak adalah makhluk Tuhan yang suci dan amat dimuliakan. Malah Rasulullah amat menyayangi kanak². Sebagai ibu bapa, kita hendaklah memuliakan anak kita, dengan menunaikan hak² mereka serta memberi rangsangan terbaik untuk mereka agar mereka dapat membesar dengan sihat, kuat, cerdas dan bijak.

Walaupun kita tak mampu hantar anak kita ke tadika mahal yang beribu², tapi jangan risau sebab kunci rangsangan adalah kita sendiri. Apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa mereka. Anak yang diasuh dalam suasana penuh kasih sayang akan mengalami pertumbuhan yang sihat. Ramai yang salah anggap antara asuhan kasih sayang dengan memanjakan (spoilt) anak. Mengasuh dengan kasih sayang ialah memastikan anak² kita membesar dalam suasana yang kondusif untuk membantu tumbesaran dan pembelajaran mereka untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Maknanya kita menyediakan fasiliti untuk minda mereka dirangsang dengan baik. Ia bukanlah dengan memberi apa yang mereka nak (sayangla konon kan), tapi mengajar mereka berfikir tentang kehendak dan keperluan, dan sebagainya.

Bila kita selusuri tauladan asuhan yang Rasulullah berikan, baginda amat memanjakan cucu² baginda, namun kanak² tersebut membesar dengan cerdas, malah dalam usia kecil, Hassan dan Hussein dapat memikirkan cara yang sangat kreatif untuk menegur seorang pakcik yang tersalah ambil wuduk. Asuhan yang diberikan oleh datuk mereka dan ibu mereka Fatimah al-Zahra amat efektif hingga menjadikan kanak² sekecil mereka begitu konfiden dan berani untuk menyatakan kebenaran.

Sayangi anak kita, bantu mereka mencorakkan masa depan mereka, insya-Allah bijaklah anak kita.

hafiy superkidfahry superkid

So, apa rangsangan terbaik anda?

Tagged in :

admin Avatar

53 responses to “Anak Bijak – Apa Rangsangan Terbaik?”

  1. aidie Avatar
    aidie

    Anak Bijak – Apa Rangsangan Terbaik? saya vote for kasih sayang & attention. disebabkan bekerja time for the children a bit limited. kalau boleh mmg kena balik cepat. kalau lambat skit je, anak2 pun dah tido..sedih gak kalau tk dpt main with them (except bf them during the nite). 48 hours on the weekend pun not that enough but we have to plan n make full use of it. ini lah antara sebab yg sangat kuat utk jadi full time housewife..hahahahha..insyaAllah one day

    1. babycomel Avatar
      babycomel

      betul3…kasih syg dan perhatian very the important..

      p/s: semua perkara yg lyna list kat atas saya buat…hehehe…

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        [sedih mengenangkan masa bekerja akan tiba tidak lama lagiii]

  2. mamadanish Avatar
    mamadanish

    Stuju jugak..
    Learning (segala mcm ilmu pun) hanya boleh di terima oleh anak-anak kita jika segala keperluas asasnya telah lengkap dan keperluan utama mereka ialah kasih sayang dari semua orang yang berada di sekeliling mereka…
    .-= mamadanish´s last blog ..aktiviti luar =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      orang kata.. jangan paksa mereka kan. galakkan dengan penuh kasih dan sayang.

  3. fid Avatar

    huhuhu
    berbincang dgn baby
    sapa kata depa tak faham?
    depa faham la..tapi takleh nak reply sbb tak leh bercakap lagi

    daripada pengalamanku yg seciput ni
    apa yang kuajar time dia baby
    le ni dia dok ‘tayang’ balik……

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      haaa.. ajar apa tuuuuu!!!

  4. UmmiKhayra Avatar
    UmmiKhayra

    flash card, mainan2, DVD sume tu just alat je.. rangsangan yang terbaik tentulah ummi n abah sendiri… setuju ngan cara cakap, nyanyi n bincang ngan baby.. n yang paling penting, kite kne terang kan every single thing eventhough die buat muka seposen je.. hehehe macam contoh, daun warnanye hijau, bola tu bulat..

    ade bace satu buku yang ditulis oleh org german thn 1800s, die explain kat anak die tentang kebesaran tuhan.. contohnye tuhan buat daun utk bagi makanan kat pokok, pastu tuhan jadikan pokok utk hasilkan buah, pastu tuhan jadikan buah utk kite makan… bagus tul cara die.. mendevelop pemikiran anak tu utk tau yang tuhan yang cipta semua…
    .-= UmmiKhayra´s last blog ..~ Romantic Get-Away Contest ~ =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kadang2 benda macma tu kita tak perasan kan. walaupun nampak simple je “daun tu hijau diciptakan Allah” tp impak dia besar pada perkembangan anak2 moden nih. hehe.

  5. huda Avatar

    Lyna,

    terima kasih byk2 untuk maklumat2 ni. mmg kdg2 kita lakukan aktiviti2 ni bsama2 anak2 kita, tp kita mungkin xperasan yg apa kita buat selama ni sgt membantu perkembangan minda anak2.

    kdg2 huda ‘jeles’ jugak dgn ibubapa yang duduk di kl.mcm2 kemudahan ada dlm usaha untuk bg anak jd bijak.drpd pilihan nursery nya, tadika yg bagus2, sistem didikan dari awal yg bmacam2 teknik dan kaedah yg diorg apply, pilihan buku2 dll.bg huda yg bkerja di terengganu ni, terasa mcm ‘terhad’ pula power untuk ‘memilih’.

    tp setiap hr baca blog lyna, isu2 yg dikupas mmg xdapat dinafikan mententeramkan sikit jiwa ni (sgt suka idea bfeed anak shg lbh 2 thn!sudah plan pn sblm ni since hanna sudah hampir 2 thn, tp bila baca artikel smlm, terus tunjuk kat hubby =))

    syukran!!
    .-= huda´s last blog ..‘sedap mata memandang’ =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      alhamdulillah kiranya bermanfaat.

      benda2 ‘tools utk jadikan anak pandai’ kadang2 mengelabui mata kita mak bapak ni, yg sebenarnya kita yang menjadikan mereka pandai. benda2 tu menguntungkan yang meniagakan barang… hehe. kalau beli barang mahal2 riban2 tapi kita sendiri tak involve dalam nak mengembangkan minda mereka… tak jadi jugak kan?

  6. mamaadib Avatar
    mamaadib

    bab bercerita tu ku gelak sensorang fikirkan

    time penat, memang bercerita paling ku suka, leh baring,padam lampu dengan harapan anak pun cepat2 lena.
    kalau penat sesangat cerita pun jadi pendek yang amat, sampaikan adib kata
    “mama kenapa dah habis” ha ha mak putus idea nak mengarang nak oooi, ngantuk tau tak.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hahahahahaha.

      aku asik ulang2 cite sama je lah. dah otak tak dapat nak piki ulang2 snow white, snow white snow white.

  7. anasfadilah Avatar

    kita jgn underestimate budak2 ni,kita ingat dia tak paham,tapi dia paham tau cuma tak reti cakap je 🙂
    .-= anasfadilah´s last blog ..*i sew to earn a decent living* =-.

    1. zuhaini Avatar

      betul! macam alia tu, kan, kadang2 saya rasa dia x paham, tapi dia act accordingly! hihi.. pandainya… 🙂
      .-= zuhaini´s last blog ..Hello….? =-.

    2. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Jgnle Fahry pandai ckp skg kang tahpape disoal tekincit maknye nak google. Hahaha.

  8. neeza Avatar

    suke artikel ni..semoga bijak lah anak saya nnt..amin!
    .-= neeza´s last blog ..Restoran Nasi Ulam.. Bangi =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Anak2 kita mmg bijak2 semuanya! Kan? Kan?

      Amiin.

  9. NeroEcha Avatar

    Aku suke btl gan post ko ni..aku pun percaya pada bborak gan baby tu sebab mmg selalu aku praktik..plg suke tang solat tu..kenapa ler org2 kita lain pemikiran kan sedangkan rasulluallah pun sabar bila cucu2 dia buat gitu kan..
    .-= NeroEcha´s last blog ..Alhamdulilah.. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ntah nape la komen ni turun ke bawha plak – Apo nak buat.. kita ni bak sabda Rasulullah, cuma buih2 semasa bah saja..

  10. eliss Avatar

    Alhamdullillah..setakat ni, cara-cara Lyna saya dah praktiskan untuk my Nuha..semoga dier jadik anak yang bukan saja pandai malah solehah..Insya Allah..Amin
    .-= eliss´s last blog ..Nursing Cover 🙂 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      amiin. itulah harapan kita semua kan. pandai, solehah, bijak… semoga kita diberi kekuatan untuk mendidik generasi diorang ni. amiin.

  11. littlemama Avatar

    lyna, agreed that kita – the parent adalah the main source untuk jadikan anak2 bijak.. especially the mother la.. sumber makanan, kasih sayang, penawar duka, pelindung, role model.. malah multi-task sebagai clown@badut, penyanyi one in a million, cikgu, bibik, tukang masak, penglipur-lara dan macam2 la..

    kira terer dah kita ni utk jadikan anak bijak..cuma nak dgn tak nak buat je.. DVD dan flash card tu cuma alat bantu mengajar je… kalau tak kita yg involve tak menjadi bijak gak anak…ha..ha
    .-= littlemama´s last blog ..Visiting Mak Tok & Tok Bak =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      betul betul betul!

      role model tu yg utama. hehehe.

  12. nadnye Avatar

    Boleh setuju dengan semua diatas..
    Sarah paling suka bile menyanyi dengan dia.. sambil goyang2 bontot 🙂
    Abg Uwais plak… suka bertanya itu ini ..sambil2 tu selitkan konsep ketuhanan.. Dalil wujudnya tuhan dengan adanya alam ini… adanya kita..dosa pahala…
    Abg Uzair plak ikut abang.. kalau abang takde elok jea ikut mak solat..:)
    .-= nadnye´s last blog ..VOTE FOR ME… Contest Breastfeding Photo Contest 2009 (STICKY MODE) =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      senang je nak ajar anak tentang mengenal Tuhan kan. hanya dengan bercerita dengan mereka. tak payah pening2 kepala

  13. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    * Menyusukan mereka dengan susu badan (breastfeeding) –> DONE!
    * Selalu bercakap dengan mereka –> DONE! sebab mommy duk sore2 jah dgn baby SN tghari, jd kecek dgn dio jah la hehe

    * Buat muka –> DONE! meme feveret la bab2 buat muko nih wpon jd x berapo chomeyl doh muko mommy kui3x

    * Menyanyi kepada mereka –> DONE! wpon soro mommy sedak sikit jah drpd soro ct nurhaliza

    * Main ciku cak aaaa (peek a boo) atau sorok² barang –> DONE! wpon kade2 baby SN teriok sbb terkejut ngeeeeeeee

    hehehe hok lain2 tu xleh wat lg mugo baby SN baru 2 bule..tggu besar skit wat hok lain2 tu pulop
    .-= yatie chomeyl´s last blog ..VOTE BPC39 Yatie Chomeyl : Breastfeeding Photo Contest 2009 =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      gosok, jangan tak gosok!

      bravo baby SN!

  14. Nuradyani Avatar

    I couldn’t agree more. As the parents we should teach our own children. Here in NZ, we just bought some cheap toys at any Dollar Store (ala2 kedai 2 ringgit tu). Only during their bdays, they will have special toys. I also volunteer myself at the centre that my kids go to.
    .-= Nuradyani´s last blog ..Yeay yeay my MIL & FIL are coming to Hamilton, New Zealand. =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      best nya kat obesi ada kid centre. free tak? kalo kat London ada yg free kan? (ikut citer mommy adam). kalo kat sini ada yg free2 camtu kan best hehe. (tapi aku pulak la yg tak free :P)

  15. afrinabatrisyia Avatar

    hi, i’m new here…salam perkenalan buat sumer…Nway, setuju sgt2 dgn mommylyna..
    – mybaby afrina dah msuk 9bulan, saya suka bg dia main toys yg ade sounds, (utk respons her ears) n also flash cards for her eyes…tp lain pulak jdnya, bila pegang flash cards tu, dia suka gget2 plak…(gusi dia gatal sbb nk tumbuh gg)
    – sum baby ni lau kita dah latih dia since she was born, dia akan lebih respons pd kita….so, gud luck for all mom, mumma, mommy, ibu n ape jua gelaran pada seorang insan yg telah melahirkan seorang bayi ke muka bumi ini…
    .-= afrinabatrisyia´s last blog ..:: Pelangi @ Rainbow :: =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam perkenalan mama afrina.

      ye memang tanggungjawab kita maknye nak mendidik dan mencorakkan anak2 kita kan. BRAVO!!

      keep in touch occay!

  16. mamamiya Avatar

    good point here. i baru aje read article of a study being made in US, dikatakan budak2 pandai ada kaitan dgn wealth. in a way, i tak setuju dgn findings of the survey. tp mmg ada betulnye. ye la, cam u kata kalau parents tak mampu nak beli flashcards, educational dvd, grolier & etc, anak dia maybe a bit deprived from those advancement. so anak dia maybe takde la nak reti membaca before age 2 kan? also dlm report tu parents yg ada wealth juga more educated on parenting methods & tau best resources. also they can pay more attention to anak since dia tak yah berkerja 24/7 & ada masa nak duduk dgn anak for atleast few hours a day.

    but i believe kalau follow the points yg u highlight ni pun, insyaallah anak tu akan bijak. few few mins of stimulation dah cukup. kalau dia tak bijak dr segi benchmark sekolah (membaca & kira2), dia mesti bijak guna otak. bijak on life skills. bijak more on technical stuff kan?
    .-= mamamiya´s last blog ..What Foods to Avoid While Breastfeeding =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ada betulnya studies tu.

      cube kita tengok, kalau anak2 yg dari low income family, bermasalah, bukan sebab maknye takde duit nak beli segala alat2 bantu mengajar tu, tapi maknye pun takde kesedaran nak mengajar/mendidik anak. nak ajar tentang adab pun tak, ni kan pula nak ajar ABC, 123…

      bukan ape, sebab mak bapaknya pening kepala mana nak cari duit nak isi perut. isi perut tu lagi penting dari isi minda. sedangkan Rasulullah sdr pernah bersabda “Hampir saja kefakiran itu kepada kekafiran”. maknanya orang2 miskin (maknanya hidup melarat, bukan miskin stakat tak cukup duit nak enjoy macam saya hehe) ni hidupnya terdesak, bukan je sanggup jual agama kerana duit, tapi tak dapat beri didikan yg sempurna pada anak2 akibat kemelaratan hidup dia tu.

      and, kalau maknye kepala dah OK, meaning ada awareness, tak kira miskin macamana pun dia boleh ajar anak dia. tak perlu DVD2, flash2card, grolier2.. (Summore sume to cuma marketing je ahaks). like Imam Syafie punye mak, diorang hidup secara ‘apa yg ada hari ni utk makan hari ni’ tp anaknye bukan je jadi sorang yang genius malah Imam yg terbilang.

      tp realitinya, kalau kita belek2 paper kat Malaysia ni, banyak anak2 dari keluarga miskin yg terpaksa berhenti sekolah sbb keluarga tak mampu tanggung. & ironiknya, mereka terpaksa bekerja pulak utk tlg family, so mmg takde can nak belajar2 ke apa kat rumah.

      & ada jugak budak2 sekolah yg terpaksa buat part time utk tlg family.

      tapi semua tu tak dihadapi oleh family yg mampu. even, anak2 bole pegi tuisyen, kelas2 tambahan segala.. & they have ample time to study & compete among them.

      so saya rasa mmg betul lah budak2 pandai ni berkaitan dgn wealth jugak.

      tp tak bermakna org tak berduit takde peluang. well, what’s with reading at 2 kan?

  17. sya Avatar

    yaa… sembahyang bersama2.. – lepas tu kita sujud, dia pun berebut nak sujud tempat kita sujud.. hahaha…

    kalau bab menyapu, serah kat darwisy… seluruh pelusuk rumah dia sapu..

    semua yang kita buat dia nak ikut buat sama… tu yang jadi sensitif kalau tak diajak baca buku sama2 tu.. 😛

    dan, masa ni lah kita kena jaga perlakuan dan percakapan kita.. sebab semuanya diserap dan bimbang dibuat juga nanti… 🙂
    .-= sya´s last blog ..sepetang di putrajaya =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehehe

      memang tepat sekali. dah terjadi pun kat kami.

  18. farah Avatar

    i love this entry!!

    setakat ni alhamdulillah byk kaedah2 yg lyna sebutkan saya dah praktikkan..

    afif pon selalu ganggu saya mase sembahyang..saje je die main2 kat atas sejadah tu..hahaha tapi saya biarkan je..kalau baca yassing plak..saya riba afif sambil baca..biar die dengar dan lihat semua perbuatan kita dan harap2 besar nnt jadi amalan..
    .-= farah´s last blog ..Stay younger~~ =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      besar harapan kita kan supaya anak2 ni nanti tak payah paksa2 suh solat, ngaji. dengan sendirinya dah masuk dalam diary derang, macam makan nasi jgk 🙂

  19. Mommy Lyna Avatar
    Mommy Lyna

    Apo nak buat.. kita ni bak sabda Rasulullah, cuma buih2 semasa bah saja..

  20. Hanz Avatar

    Alhamdulillah..semua yang disenaraikan oleh Mommy Lyna telah dan masih dilakukan oleh kami…terima kasih meng’up’kan entry ini dan mengingatkan saya…
    .-= Hanz´s last blog ..Vote Me for Breastfeeding Photo Contest =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Utk ingatan saya jgk sbnrnya. Kadang2 kita tak sedar akan benda2 kecik2 camtu. Hehe.

  21. ummisalsabila Avatar

    mommy lyna, agreed 100%..suke article ni. toys,dvd, sume menatang2 mcm2 ni just alat je..kite beli sume, tp just lambakkn je kat dorang.sian doarng..

    yang penting, i alwys remind myself. A B C. Then,A – attention, B – Emo Bonding, and C – communition.

    Thanks coz tepuk bahuku..raudhah,dont manjakan aufa lebih2..aufa syg2 jugak.tp dont hover ok.huhu..(ingat raudhah!)
    .-= ummisalsabila´s last blog ..2nd dose Pneumococcal =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Aha. Betoi. Jgn plak ada yg kata ‘rugi je beli itu ini abis ribu2, anta skolah mhl2 tp anak aku sama je dgn budak yang mak dia tak beli pape, anta skolah biasa’ tapi tak spend time betul2 utk educate anak. Tol tak?

    2. Hanz Avatar

      I like this..ABC..attenton, emo bonding & communication..thank ummi salsabila
      .-= Hanz´s last blog ..Vote Me for Breastfeeding Photo Contest =-.

      1. Mommy Lyna Avatar
        Mommy Lyna

        Yes! ABC!

  22. ummuabdullahsyaakir Avatar

    Salam Mommy,terima kasih share info2 ni.Mgkn saya tak rsa sekrg-sbb ank berjauhn,tapi insya Allah saya akn praktikkn utk 2nd baby pulak.

    Sanagt2 setuju yg ibu bapa pencorak utama anak2
    .-= ummuabdullahsyaakir´s last blog ..Khabar Si Adik @Trimester 3(7bulan) =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Salam UmmuAS,

      Semoga Allah bantu kita kan. Berat tanggungjawab nih!

  23. bAiTi Avatar
    bAiTi

    Betul,
    bagi k.Baiti kasih sayang atau bonding between parent dgn anak2 tu sgt penting. Alat2 rangsangan or buku2 just sebagai medium membantu.

    Especially, umur 6 years and below mmg sgt crucial dlm development mrk. Whatever things that you want them to be in the future, pupuk la time derang umur2 ni. You’ll be totally amazed with the result.

    Especially, dalam bab2 mengenal Allah. Trust me, they’ll understand even you tell them about the Creator when they are just 3 or 4 years old. And you going to be amazed with their understanding when they turned to 5 or 6 years old.

    How I wish I can share with you a lot about this. I’m not an expert, but l can share u some of my humble my experience. Though, time not permits me to, uhuks.. Insya Allah, one day. Huhuhu..

    Good topic though 😉 [selalu nya pun, topik2 nya mmg menarikss ;)]

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      share la kak, share la.. *drooling*

  24. defina Avatar

    salam mommy lyna
    thanks for the info, sangat suka….

    betul tu, mende alah flash card, dvd, slide etc adalah sbg alat, tapi kalu mampu beli, ok juga, cuma berpada-pada, jangan sampai membazir. yelah, boleh digunakan masa kita tak dapat nak entertain anak2 contohnya masa nak masak ke, iron baju ker…daripada diaorang melopong camtu, baik kasi tengok education dvd. tapi fina kadang2 sambil masak, sambil borak2 ngan kashfull, cuma letak dia dalam car seat coz tak larat nak dokong lama…hihihi
    tapikan, kalu tak mampu beli dvd, boleh jer cari education video kat youtube tu, pastu tayang jer kat anak2.

    jangan paksa anak2 kene dapat no 1 atau 3 terbaik dalam kelas. nnt tensen diaorang. biarkan diaorang berkembang sebagai budak2 biasa tapi di bawah pengawasan ibu bapa, means kene lah bimbing diaorang, check juga homework serta bertanya ngan guru2 kat skolah tentang mereka. fina percaya, hubungan baik antara ibu bapa dan guru akan membantu anak2 jadi lebih baik. yelah, guru akan jadi lebih prihatin, anak2 jadi lebih berjaga2 (diaorang dalam perhatian ni….hihi)

    satu lagi, kalau ibu bapa yang ada anak2 yang agak nakal dan mungkin tak dengar kata (biasalah budak2 kan), biasanya guna kata2 yang baik2 untuk depa cam “bertuahnya budak niiiii…” instead of bad word atau cacian atau ayat2 yang menggambarkan kemarahan sebab kata2 parents terutama ibu kan satu doa. lagipun nanti mende tu semua akan jadi ikutan mereka.

    pasal flash card pula sebenarnya kalau tak mampu beli, boleh ajer buat sendiri. cari kertas tebal, potong lebih kurang 1 jengkal tinggi, 1 1/2 jengkal lebar (kecil skit pun tak per), pastu tulis besau, mulakan ngan apa yang ada di depan mata, contoh terbaik ialah anggota badan. banyak kijer skit tapi rasanya taklah membebankan.

    ada satu lagi nih….jangan lupa, kejar ilmu dunia, ilmu akhirat jangan dipinggirkan. cam contoh bersolat ngan anak2 dan dendangankan alunan nasyid selain dari quran dan zikir kat atas tadi tu amat bagus. semoga anak2 kita menjadi anak2 cerdik yang soleh dan solehah, insyaAllah.

    itulah serba sedikit pandangan fina, sorry yer mommy lyna, panjang plak membebel, boleh buat satu entri plak…hikhik
    .-= defina´s last blog ..Nasi Air =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      salam defina

      TQ for the sharing! ye la kadang2 ibubapa terlampau mengejar A tanpa mengambil kira aspek lain i.e. emosi dan sebagainya.

      betul betul, kalau tak mampu nak beli flash card, bole buat sendiri. tak mampu beli DVD, bole amik kat youtube!

  25. […] for MySuperKids readers only. nuffnang_bid = "5981d1e44189b1cd1e8620e93f3c2d71"; As I said in this post about the best stimulator for our kids, and the importance of ‘play’ as in this post, […]

  26. asfie Avatar

    well actually everything is about love…. i really love my kid ammar. dulu memang nak sangat keje coz nak kukuhkan ekonomi keluarga, especially for ammar and future kids. tapi fikir balik setiap anak tu kan Allah da agih2kan rezeki masing2. (Insya Allah) so, bila da duk lama2 ngan ammar, sayang sangat nak tinggalkan dia kat pengasuh o nursery. coz tak confident cane dioarng jaga bila dengar cam2 kes about kecuaian pengasuh. terfikir cane kalau dia nangis, dia takut o dia nak peluk. and takut dia lebih sayangkan pengasuh dari mama n papa dia…. thats why i really enjoy to be housewife n ammar’s momma…
    .-= asfie´s last blog ..mimpi Nabi Muhammad =-.

Leave a Reply to Mommy Lyna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge