,

Amanah Saham Hartanah & Amanah Hartanah Bumiputera

admin Avatar

Amanah saham hartanah atau Real Estate Investment Trusts (REITS) sama macam Amanah Hartanah Bumiputera (AHB), kecuali REITS open to anyone regardless of races.

Konsep REITS ialah anda membeli ekuiti dalam dana yang terlibat dengan pelaburan hartanah. Dan sebagai pengurus dana REITS, mereka akan membeli hartanah (contohnya bangunan CIMB sebelah SOGO), sewakan hartanah tersebut kepada sesiapa yang berminat dan mengurus hal hal berkaitan maintenance hartanah tersebut.

Kebanyakan REITS hanya terlibat dengan hartanah komersil membuatkan kadar kadar keuntunganya agak menarik. Sebagai contoh, kedai 4-tingkat di Kota Damansara dijual dengan harga RM2 juta oleh pemaju. Lepas siap, nilainya naik kepada RM3 juta; malah ada yang naik 100% pun. Paling best, kadar sewa bulanan biasanya naik sejajar dengan kadar kenaikan harga kedai.

So let’s say beli kedai RM2 juta; downpayment RM400k + legal fees dalam RM75k + bulanan bank dalam RM8k. Lepas siap, demand sewa dalam RM13k sebulan membolehkan anda dapat 10% cash-on-cash return (lepas tolak maintenance); ni tak masuk lagi paper gain kesan kenaikan harga kedai (NAV dalam RM1.4 juta). Kalau jual boleh dapat almost 400% cash-on-cash return.

Malangnya, orang kebanyakan macam kita ni tak mampu nak masuk hartanah komersil. Jalan paling mudah would be, beli REITS. Just macam sapa-sapa tak mampu nak melabur dalam saham, beli unit trust.

Produk REITS

Produk REITS ni memang sangat pelbagai. Di Malaysia, antara hartanah yang di-REITS-kan ialah kilang, gudang, bangunan pejabat, IPTS (macam SEGi College), shopping complex (ni yang paling popular. eg StarHills), hospital (macam AL-‘AQAR KPJ REIT) & ladang sawit (macam AL-HADHARAH Boustead REIT).

Now, cuba teka kenapa syarikat macam KPJ, Boustead, CIMB, YTL me-REITS-kan hopsital, ladang, pejabat & Shopping complex mereka?

More about kelebihan, kelemahan & strategy amanah saham hartanah in the next artikel…

admin Avatar

7 responses to “Amanah Saham Hartanah & Amanah Hartanah Bumiputera”

  1. nadiea Avatar

    pergh… sy tak terror part nie… wlwpun amik accounting dulu… hahahahaha 😉

  2. sue Avatar

    x sabar nk tunggu next article!

  3. nurqasrina Avatar
    nurqasrina

    Saya berminat nak masuk saham ni, tp masih perlukan penjelasan terperinci tentangnya sblm ambik kptusn nak masuk sbb saya bukannya arif sangat pasal saham.

  4. [-suziey-] Avatar

    adakah AHB tu patuh syariah sebenar2nya? klu kita invest dlm AHB,sape yg akn tentukan which property do we invest on? mcm blur sket ..

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      kalo ikut source, memang syariah compliance. but the industry itself should be syariah la, but that subject to financing dia plak la.

      sapa yg tentukan wic property tu sama macam sapa yg tentukan direction ssesuatu company; iaitu pemegang saham terbesar…

  5. einapurple Avatar
    einapurple

    I nak invest using my sons names tapi tak tau sama ada berbaloi tak? Ada org bank kata baik labur kat ASD. Confuselah…

  6. SITI FAZLINI BT PANTONG @ ABD GHANI Avatar

    I an interested to invest in AHB

Leave a Reply to nurqasrina Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge