Am I A Special Care Needs Child?

admin Avatar

Nama saya Fahry. Bukan Fahri, bukan Fahrin. Tujuan saya menulis entry ini adalah untuk menempek gambar-gambar saya di sekitar usia 5 bulan ini, sebagai kenangan bila saya besar nanti, bahawa beginilah keadaan saya suatu masa dahulu.

Mana la tahu kan, ada teknologi menampal semula kaki dan tangan dan menjadikan saya seperti orang lain, kot-kot saya lupa, boleh tengok balik gambar-gambar ni. Lagipun ini adalah saranan Paed saya, Dr. Padma. Beliau menyuruh Mommy saya membuat jurnal. Mujur beliau bukan seorang yang rajin, jika tidak, pasti telah terhasil beberapa scrap book.

Saya telah dilahirkan sebagai premature baby dan mengalami Amniotic Band Syndrome, lalu menjadikan fizikal saya begini:-


Kaki saya belah kanan selalu kena gigit dengan Bang Hafiy. Adakah nampak macam menyelerakan?


Jari jemari di tangan kiri.

Jari jemari di tangan kanan. Perhatikan jari tengah saya. Jangan pikir bukan2.

  Inilah saya suatu ketika dahulu. To be precise, 5 bulan dulu. hari kedua saya dilahirkan ke dunia. Saya rasa saya tetap hensem walau apa jua keadaan.

Mommy saya kata, dulu dia โ€˜takutโ€™ dia akan berasa โ€˜apa-apa yang pelikโ€™ kalau orang pandang dia semacam bila membawa saya keluar. Saya rasa itu adalah perasaan yang tidak relevan sama sekali. Sebab memang tak ada apa-apa yang pelik pada saya. Cuma saya terlebih hensem berbanding budak-budak lain. Tapi takde orang heran pooon! Ingatkan ada la mana-mana magazine nak offer saya jadi cover.

Disebabkan tak mendapat perhatian sewajarnya, maka saya mencari publisiti murahan dengan melalak di sepanjang hari bila dibawa keluar (kat rumah pun sama je). Bila keluar, keluarga kami menjadi perhatian sebab saya menjerit sekuat hati. Di rumah pun saya menjadi buah mulut juga. Saya berasa sungguh femes dan terkenal.

Abiy kata saya akan jadi somebody. Saya memang somebody pun. Apa lah Abiy ni. Takkan anybody pulak kan?

Setakat ni, saya tau kedua ibubapa saya agak risau tentang perkembangan emosi saya bila saya membesar kelak. Derang takut saya kena โ€˜buli secara emosi dan mentalโ€™ kalau masuk sekolah nanti. Adakah? Mungkin tidak. Sebab saya ada Mommy yang sentiasa menyokong saya. Saya harap Mommy saya tidak perlu keluar bekerja lagi kerana saya suka bila dia sentiasa ada di samping saya.

Disebabkan saya premature, Abiy saya mengarahkan saya diberi stimulasi yang cukup. Setakat ini saya distimulasi oleh Bang Hafiy melalui โ€˜ku-cium-pipimu-lalu-kugigit-pipimuโ€™, atau โ€˜usap-kepalamu-lalu-kucakar-kepalamuโ€™. Setakat ini beliau memegang rekod yang sangat baik mencalar-balarkan muka dan kepala saya. Tapi saya tetap juga hensem.

Di samping itu saya telah menolong Mommy membuat tag dari Mokcik Jiey sebab beliau kepenatan mendokong saya sambil mengejar Bang Hafiy sepanjang hari ini.

1. Anda sudah mempunyai berapa orang anak & nyatakan Girl or Boy?

-  2 je baru. Dua2 boys.

2. Bila perancangan anda untuk menambah anak?

– Bila Fahry dah graduate dari universiti penyusuan ibu dengan mendapat phD (2 tahun la tu).

3. Nyatakan nama anak anda & ape makna nama anak anda dalam islam?

– Hafiy = yg sangat baik. Al-Fateh = nama seorang tokoh Islam yg membuka Constantinople (Muhammad Al-Fateh).
– Fahry = kebanggaanku. Al-Hazim = yang teliti.

4. Siapakah yang memberikan nama anak anda?

– Sepakatan suami isteri.

5. Darimana tercetus idea memberikan nama anak anda?

– Dari dalam hati ๐Ÿ˜€

6. Sekiranya anda dikurniakan seorang lagi cahaya mata…apakah nama yang akan anda beri?

– Kalau girl mungkin Haifa. Kalau boy lagi mungkin Shahrukhkhan.

7. Bagi yang sudah mempunyai anak lebih dari seorang…nyatakan berapa jarak beza umur anak anda?

– Hafiy-Fahry beza 14 bulan.

8. Untuk kelahiran anak anda yang akan datang….anda nak girl @ boy?nyatakan sebabnyer?

– Nak girl pulak lah. Takde geng Mommy nih.

9. Ape ciri2 persamaan anda & anak Anda?

– Sama-sama hebat.

10. Upload gambar anak anda untuk tontotan semua rakan blogger.

Dan juga tag dari Makcik Zuhaini:

1. If you can be an animal, what will u be? Why? Eagle. So that tak payah involve dalam jem2 ๐Ÿ˜€

2. If you robbed a bank, what do you want to do with the money? Bagi balik kat bank bila dia kuar iklan โ€˜Sesiapa dapat beri maklumat tentang kecurian di bank XXX akan diberi ganjaran 50 jutaโ€™.

3. If you can teleport yourself anywhere in the world, where do you want to be? Why? Kampungkuuuu~~~ Lama dah tak balik.

4. If you know that you are dying, what is the last meal that you want? Why?Apeke soklan ni.

5. If you can only kill one person in this world, who is the person? Why? Orang yang murtad. Sebab hukuman untuk orang murtad ialah dibunuh.

6. If you can choose either to have more than 24 hours a day or can live more than 100 years, what is your choice? Why? Boleh je nak ada 47 jam sehari ponโ€ฆ

7. If you can date celebrities, who is that person? Why? Robert Kiyosaki. Saya nak tanya dia betul ke Poor Dad tu ayah dia yang sebenar ke dia saja tulis macam tu sebab nak jual buku?

8. If you can only have 1 thing in this world, what should that be? Why? Doraemon. Sebab boleh mintak macam2 dari dia.

SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA CIKGU DI MALAYSIA!

admin Avatar

32 responses to “Am I A Special Care Needs Child?”

  1. Salwa Avatar

    Amazing presentation..
    tq for entertaining us with such ‘touching’ story inside this entry…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry :
      ini baru presentation biasa2 je ni. nanti dah pandai besok saya buat movie lagi makcik ๐Ÿ˜€

  2. fid Avatar

    fahry
    awak mmg hensem…

    wahwah dah besar dah ya dah leh tulis blog…
    yang dok nanges sgt2 tu nape?pa kata buat aksi lasak plak tunjuk bakat….hahhaa

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry:

      ala biasala budak2 nak nangis takkan takleh
      makcik bole la geram2 lepas kat blog
      saya mana pandai taip lagi
      kasik can la…

  3. qay Avatar
    qay

    fahry..awak mmg ensem la…nnti balik KB boleh bw main ngan zaffran…hehehe

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry:

      boleh2. kalau zaffran ada adik girls lagi menarik. hahahaha.

  4. mommysarah Avatar

    fahry, abf hafiy suka scratch2 muka awak sebab jeles tue. hihi!!!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry:

      saya tau dia jeles sbb saya lebih hensem. kan?kan?

  5. mamamiya Avatar

    semakin hemsem lak budak berdua ni..ish ish..abg dia gigit kaki dia…takpe tu yg make u so unik kan?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Hafiy masih belum bulih control diri bila excited, semua orang nak digigitnyaaaa~~~~

  6. yatie chomeyl Avatar
    yatie chomeyl

    “- Kalau girl mungkin Haifa. Kalau boy lagi mungkin Shahrukhkhan.”

    muahahha…jawapan tak bulih tahan…suko sampai nak terkencing hik3x…

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehehe sapo suh tanyo soklam gitu.

      sapa nok tekecim naknggung.. ish ish ish ๐Ÿ˜›

  7. knv Avatar
    knv

    fahry ikut mommy la tu..

    cute, canggih, anggun, bergetah, hensem!

    ๐Ÿ˜›

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      ke mana tumpahnya kuah, kalo tak kat atas meja.. kan ๐Ÿ˜€

  8. suealeen Avatar

    shahrukhkhan yang paling tak tahan tu…. ๐Ÿ˜†

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      hehehe. dah habis dah senarai nama budak2 boys kahkahkah

  9. izzah anak littlemama Avatar

    salam fahry, awak memang somebody yang encem.. besar nanti jangan lupa jasa mommy tau!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry:

      salam Izzah. agak2 kalo saya ngurat awak, awak sudi tak? ngeee~~~

  10. zuhaini Avatar

    hehe.. sweetnya… ๐Ÿ™‚

    ah.. dia dah buat tag! alhamdulillah…

    shahrukhkhan..? hihi.. saya rasa lepas ni.. (hafiy.. fahry..) sure fahmy kot! ๐Ÿ™‚

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      tu lah, banyak tag terkumpul, baya sikit2, jadilaaa hehehe.

      Fahmy? taknaklah. nanti dia kawen ngan orang tua.. ๐Ÿ˜› (macam cite Spa Q. hahaha)

  11. farah Avatar

    hahahaha…fahry tu namanye bukannye stimulasi..tu namanye kena buli ..pi bgtau mommy cepat!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Fahry:

      ha?? yeka??? ish selama ni tertipu rupanya. ini tak boley jadi ni!

  12. babycomel Avatar
    babycomel

    hebat fahry kecik2 dah pandai tulis blog…hehe…

  13. Ayuarjuna Avatar

    sayang fahryyyy

  14. aidie Avatar
    aidie

    pesanan buat Fahry : jadi anak yg soleh yaa…dengar ckp mama n abah :)..xoxoxoxo

  15. mommy umar Avatar
    mommy umar

    wah..wah..fahry,dah besar.femes plak tuh.takper,takper…nnt dah besar skit dah tak nanges dah kan?

  16. mum2h Avatar
    mum2h

    Fahry still a handsome & cute boy!!!

    P/s nama abang fahry sama dengan nama anak auntie le

  17. @sf@ Avatar
    @sf@

    fahry dh bulat…
    yeay!
    bes buat bantal peluk!~~

  18. Watie Avatar

    kelakar jugak Lyna nih yerk..gelak i baca entry u nih! hahaha…tak tahan tuh bila sammpai part caption “jangan pikir bukan-bukan” …ahaks!

    cute fahry & i can realy si hafiy cam ada tokog jadi abang yg akan protect adiknya dengan begitu teliti!!

  19. miszmama Avatar

    tul ke fahry ensem..kalu camtu leh arr auntie amik jadi future son in law. Couple-couple ngan dekna. hikhikhik..

  20. AS Avatar

    hihihi setuju kedua-dua hero ni mmg handsome ๐Ÿ™‚
    .-= ASยดs last blog ..UPDATE SALE =-.

  21. fieza-mamacun Avatar

    Fahry memang hensem dan cute…tang kepala bulat yang tak tahan tu…Aunty doakan yang terbaik buat Fahry…..amin…..
    .-= fieza-mamacunยดs last blog ..Anakku Ceria Give-away Contest =-.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge