,

Alamat Klinik 1Malaysia, Klinik RM 1 Per Visit

admin Avatar

Saya telah mendapat list ini dari Uncle Rahizam.

Klinik 1Malaysia telah dirasmikan oleh Datuk Seri Najib pada 7 Januari 2010, dari segi purpose untuk memudahkan rakyat 1Malaysia mendapatkan rawatan dengan kadar bayaran rendah, di samping lokasi yang senang diakses. Kebanyakannya terletak di bandar, rumah kedai, kawasan yang ramai orang, berbanding pusat kesihatan yang biasanya jauh sikit dari tempat yang kita biasa-biasa pergi.

Klinik 1Malaysia hanya mengenakan bayaran RM1 untuk setiap kali lawatan bagi warganegara manakala foreigner dikenakan RM15. Flat rate yahhh.

Dibuka dari 10 pagi ke 10 malam, sambil jalan2 boleh singgah di klinik kalau rasa tak sihat 😀

Ini adalah list alamat Klinik 1Malaysia as per yang diberi oleh Uncle Rahizam.

PERLIS (Jan 1)
1. Klinik 1Malaysia Kangar, No 6 Grd Floor, Jalan Lintasan Kangar, Taman Pertiwi, Kangar

KEDAH (Jan 6)
1. Klinik 1Malaysia Bandar Puteri Jaya, No 41, Grd Floor, Jalan BPJ 1/1, Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani
2. Klinik 1Malaysia Taman Kota Kenari, No 208, Jalan Kota Kenari 3 shophouses, Taman Kota Kenari, Kulim

PENANG (Jan 6)
1. Klinik 1Malaysia Jelutong, 116, Grd Floor, Jalan Jelutong
2. Klinik 1Malaysia Teluk Air Tawar, No 6, Kedai 1 Tingkat, Lorong Teluk Air Tawar 14, Butterworth
3. Klinik 1Malaysia Batu Kawan, No 19, Lorong Cempaka 1, Taman Cempaka, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan
4. Klinik 1Malaysia Sungai Ara: 2A1, Tkt Kenari 5, Taman Desa Ria, Sungai Ara Bayan Lepas(Jan 7)
5. Klinik 1Malaysia Alma Jaya, No 38, Grd Floor, Lorong Alma Jaya 11, Taman Alma Jaya, Bukit Mertajam

PERAK (Jan 8)
1. Klinik 1Malaysia Teluk Intan, No 1, Taman Medan Maharaja, Jalan Kampung Banjar, Teluk Intan
2. Klinik 1Malaysia Bandar Seri Iskandar, No 32, Blok D, Bandar Seri Iskandar shophouses, Perak Tengah
3. Klinik 1Malaysia Aulong, No 51 dan 53, Jalan Medan Bersatu, Taman Medan Bersatu, Taiping
4. Klinik 1Malaysia Bercham, No 6A1 dan 10, Persiaran Medan Bercham 7, Pusat Bandar Bercham Timur, Ipoh

SELANGOR (Jan 7)
1. Klinik 1Malaysia Lembah Subang, No 112 dan 113, Blok A, Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling Jaya
(End of January)
2. Klinik 1Malaysia Seri Setia, Community Hall, Jalan 230, Seksyen 51 A, Petaling Jaya
3. Klinik 1Malaysia Puchong Intan, Multipurpose Hall, Jalan 1, Puchong Intan, Batu 12, Puchong
4. Klinik 1Malaysia Kota Kemuning, Sri Nevilia Hardcore Poor Housing Programme, Kota Kemuning, Shah Alam
5. Klinik 1Malaysia Taman Samudera, Taman Samudera, Batu Caves

KUALA LUMPUR (Jan 4)
1. Klinik 1Malaysia Perkasa, B01, Blok B, Perkasa People’s Housing Programme, Jalan Nakhoda Yusof, Kampung Pandan
2. Klinik 1Malaysia Kerinchi, Lembah Pantai, B01 , Kuala Lumpur City Hall Quarters, Jalan Pantai Permai 1, off Jalan Pantai Dalam
3. Klinik 1Malaysia Taman Melati, Gombak Community Centre, Taman Melati
4. Klinik 1Malaysia Intan Baiduri, B005, PPR Intan Baiduri, Kepong Utara, Mukim Batu, Kepong
5. Klinik 1Malaysia Desa Rejang, Blok B00, PPR Desa Rejang, Setapak

NEGRI SEMBILAN (Jan 7)
1. Klinik 1Malaysia Taman Rasah Jaya, No 3773 (Grd Floor), Jalan RJ611, Taman Rasah Jaya
2. Klinik 1Malaysia Taman Seremban Jaya, No 2294 (Grd Floor), Jalan SJ10/1, Taman Seremban Jaya
3. Klinik 1Malaysia Taman Semarak 2 Nilai, PT 5742 (Grd Floor), Jalan TS 2/1E, Taman Semarak, Nilai

MALACCA (Jan 7)
1. Klinik 1Malaysia Taman Merdeka, Batu Berendam, No 39, Jalan M1, Batu Berendam
2. Klinik 1Malaysia Bukit Katil, 17, Jalan IKS, Bukit Katil
3. Klinik 1Malaysia Sri Pengkalan, Alor Gajah, KM 4615, Jalan Samarinda 2, Taman Samarinda, Pengkalan, Alor Gajah

JOHOR (Dec 28)
1. Klinik 1Malaysia Taman Megah Ria, No 15 dan 15A, Jalan Bayan 37/2, Taman Megah Ria, Masai (Jan 4)
2. Klinik 1Malaysia Taman Manis, No 392, Jalan Manis 17, Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulaijaya, Kulai
3. Klinik 1Malaysia Stulang Laut, Blok G, Sri Stulang 1 Flat, Bakar Batu, Johor Baru
4. Klinik 1Malaysia Bandar Sri Alam, Blok A, Sri Alam Flat, Masai, Johor Baru
5. Klinik 1Malaysia Taman Seri Lambak, JKKMB Hall, Taman Seri Lambak, Kluang

PAHANG (Jan 1)
1. Klinik 1Malaysia Kempadang, No 2E, Lot 4629, Kampung Kempadang, Kuantan
2. Klinik 1Malaysia Padang Jaya, Grd Floor, B32, Kampung Padang Jaya, off Jalan Sungai Lembing, Kuantan
3. Klinik 1Malaysia Temerloh, No 12, Grd Floor Jalan Pak Sako 4, Bandar Sri Semantan, Temerloh

TERENGGANU (Jan 3)
1.Klinik 1Malaysia Bukit Payong, Marang, No 8216, Tkt Bawah, Permint shophouses, Bukit Payong, Marang
(Jan 6)
2. Klinik 1Malaysia Wakaf Baru, Kuala Terengganu, Lot PT30712, Wakaf Baru, Mukim Kuala Nerus, Kuala Terengganu
3. Klinik 1Malaysia Binjai, Kemaman, GM562, Lot 1190, Mukim Binjai, Kemaman

KELANTAN (Jan 8)
1. Klinik 1Malaysia Sri Cemerlang, Lot 348, Jalan Sri Cemerlang, Seksyen 27, Kota Bharu (Jan 3)
2. Klinik 1Malaysia Jelawat, Lot 34, Bandar Jelawat, Bachok
3. Klinik 1Malaysia Pengkalan Batu, Lot 633B, Kampung Pengkalan Batu Jalan Pasir Pekan, Pasir Mas

SABAH (End of January)
1. Klinik 1Malaysia Bandar Sri Indah Tawau, Lot 334, TB 15058, Batu 10, Jalan Apas, Tawau (Jan 6)
2.Klinik 1Malaysia Bundusan Square, Lot 67, Grd Floor, Blok H, Bundusan Square, Penampang (Jan 7)
3. Klinik 1Malaysia Sandakan, Lot 7A dan 7B, Grd Floor Blok B Bandar Leila, Jalan Leila, Sandakan (Jan 15)
4. Klinik 1Malaysia Kota Kinabalu, Lot 37, Grd Floor, Blok E, Fasa 2 Sulaiman Sentral, Kota Kinabalu

SARAWAK (Dec 31)
1. Klinik 1Malaysia Jalan Teku, Sibu, Lot 302, Blok 7, Teku Road, Sibu (Jan 4)
2. Klinik 1Malaysia Matang Jaya, Lot 9746, Seksyen 65, KTLD Taman Lee Ling, Jalan Matang, Kuching (Jan 5)
3. Klinik 1Malaysia Taman Tunku, Lot 2350, Blok 5, LLD Jalan Kuching, Taman Tunku, Miri
4. Klinik 1Malaysia Sungai Plan, S/L 517, Sungai Plan, Tanjung Kidurong, Bintulu

admin Avatar

21 responses to “Alamat Klinik 1Malaysia, Klinik RM 1 Per Visit”

  1. Masayu Avatar

    Terim kasih Lyna atas info, saya baru saja mahu cari senarai. ;D
    .-= Masayu´s last blog ..Tips motivasi untuk surirumah =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Oh sama sama la kalo mcm itu heheeh

  2. wan anie Avatar

    rasanyer sama saje dengan klinik kerajaan yg sediaada ni kan? Pesakit warganegara dikenakan charge rm1 untuk setiap kali rawatan…
    .-= wan anie´s last blog ..Jika ke Terengganu, Jangan Lupa Kepok Lekor Tok Beng =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Ya mmg sama je dr kos rawatan bezanya ia terletak di area2 mcm rumah kedai, pekan2,, yg biasanya Kita jumpa private clinic tapi this time ada klinik rm1 in between.

  3. siti serenity Avatar

    personally, i think klinik 1malaysia ni cuma untuk sebab politik saja. semua klinik kesihatan kerajaan pun memang seringgit saja – dari jumpa doktor, ambik ubat, dressing dan perkhidmatan lain seperti nebulisation atau CBD insertion.

    malah ubatan di klinik 1malaysia ni pun terhad, setakat panadol, batuk, demam , selesema. rawatan kencing manis atau darah tinggi tak boleh pula dibuat kat sini.

    sepatutnya mereka bubuh doktor di klinik 1malaysia ni, baru lebih meluas rawatannya. lagi pun, doktor baru sekarang ni ramai sangat, lagi 5 tahun para doktor kemungkinan tak ada kerja!

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Saya rasa bukan isu bayaran tp mereka nak memudahkan orang2 yg duduk di pekan, kalau demam2 Ada choice pegi klinik yg rm1 which is lg dekat berbanding kene jalan jauh sikit utk ke pusat kesihatan or hospital.

      Terlebih doktor? Hmmm menarik juga tu mungkin masa tu private hospital bagi diskaun berdiskaun2 sbb dh ramai sgt doktor org tak pegi tmpat dia dah ;D

  4. siti serenity Avatar

    saya faham. bagus juga , cuma masyarakat mesti faham yang klinik ni perkhidmatannya terhad , jangan high expectation. untuk check BP, batuk demam yang tak teruk bolehlah. tapi kalau demam panas, sakit sendi , ruam-ruam cepatlah pergi ke tempat yang boleh buat pemeriksaan darah untuk denggi. kes denggi dah makin meningkat semula sekarang (alamak apa aku promo kat blog orang ni..)

    anyway, thanks for your article about glenn domain method tu. saya dah try pada anak saya, very interesting and fun. kalau boleh elaborate lagi. saya juga suka artikel kewangan yang awak tulis. senang nak faham.

    keep up the good work!
    .-= siti serenity´s last blog ..Bumgenius 3.0 for sale!!! =-.

  5. mamanoa Avatar

    hmm..my hubby plak ckp klinik 1 m’sia ni dia xanta dokto untuk clerk patient..tp medical Assistant (MA)jer..sbb MA kalu kat spital or klinik biasa pun diorg cek darah,bg ubat demam batuk cek darah tggi..sbb benda-benda camtu standard xperlu confirmation doktor..

    tp saya xbangkang la benda ni..ader kebaikan nyer..
    .-= mamanoa´s last blog ..gathering RatuHati.com dan Susuibu.com Zon Utara =-.

  6. MAH Avatar
    MAH

    lyna

    ku copy paste
    bg mak bagus jer, politik ke apa ke kurang2 anak demam tak mampu g private, g dulu klinik 1 msia dapat surat refer leh laju skit kat emergency room tak gitu

  7. salzahari Avatar
    salzahari

    selain nak promote 1M, benefits nya pd rakyat..baguslaah…x perlu ramai2 ke ED di hospital.
    1) kurangkan beban ED green zone…cold case pegi je klinik 1M.
    2) doc.mmg kurang, mana ada lebih so mmg takleh hantar..kat hospital pun x cukup2! housemen pula takleh harap 100%

  8. sue Avatar

    google kt internet tak pnah nyer dpt list alamat nih. tq yer.. klinik ni sangat releven jika lokasi dier kat tengah bandar. tapi cam perlis tu tengah bandar ker?
    .-= sue´s last blog ..Vaksin H1N1.. Perlu ker?? =-.

  9. effa Avatar
    effa

    klinik 1 malaysia ada wat medical check up x?

  10. aishah Avatar
    aishah

    salam,mcm mane sy nk apply kje kt sne sy pelajar baru lepasan dip kejururawatan memohon jawatan sebgai aid nurse terutama klinik 1 m’sia di kota bharu

  11. linn Avatar
    linn

    knp plak ek klinik 1 malysia
    x de wat urine test&weight.

  12. Noraini Avatar
    Noraini

    Saya pegi ke klinik 1 Malaysia di Pusat Komuniti Gombak, Taman Melati…pada 17 Disember 2010, kira-kira pukul 3.30 ptg. saya sangat terkejut dengan layanan yang diberikan oleh stafnurse disitu… dah la tak senyum dan tak ada ucapan aluan dari beliau… apabila saya memberi tahu saya datang sebab sakit kepala… dia tanya sejak bila… kat rumah tak ada panadol ke.. saya jawab da abis… dia ckp lagi pegi la beli kat kedai… mmg la mcm tu saya pun biasa gak sakit kepala… macam ni ke layanan yang patut diberi kepada rakyat… orang bukannya suka sangat pegi klinik ni… kalau tak terpaksa..harap KKM pantau adap2 staf KKM… Ini kah yang dinamakan 1 MALAYSIA PENCAPAIAN DIUTAMAKAN RAKYAT DIDAHULUKAN….

  13. adams sofea Avatar
    adams sofea

    klinik 1 malaysia buka x ary ahad…???

  14. Hanizah Mohd Marsin Avatar
    Hanizah Mohd Marsin

    Salam, saya nak tanye jika ingin bekerja sebagai staff nurse di klinik 1 malaysia, perlu mengisi borang spa8 juga ke?sebelum ini saya bekerja 6 tahun sebagai staff nurse di hospital swasta di johor bahru dan mempunyai diploma dalam bidang kejururawatan

  15. TAYAA BARAN Avatar

    SEMUA SIHAT PERGI 1 MALAYSIA

  16. araç muayene randevu Avatar

    Bayan asistan iş ilanları özel asistan iş ilanları bulma ve asistanlık iş arayanlar. Hala Asistan mi arıyorsunuz ? Ya da Asistan mı olmak istiyorsunuz ? Bay Bayan Online Asistan Sitemize Sizde Başvu Yapın Asistanlar İçinden Aradığınızı Bulun

  17. top 10 places to visit in germany Avatar

    Leckere Cocktails und eine Raucher-Lounge loaded zum Verweilen ein.

Leave a Reply to wan anie Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge