al-Quran, Mana Yang Penting? Tajwid atau Tafsir?

admin Avatar

Disclaimer : Saya bukan ustazah ye.

Baru-baru ni kami ada berbincang dalam group Whatsapp, tentang kepentingan untuk menguasai tajwid, atau tafsir al-Quran? Jika menurut Syed Qutb, al-Quran diturunkan agar kita faham dan boleh mengamalkan apa isinya. Kata beliau, kalau reti baca saja tapi tak reti nak amal (sebab tak faham), ia samalah macam kita sakit, jumpa doktor. Doktor beri surat preskripsi (Di Mesir macam tu, kita jumpa doktor, doktor bagi surat preskripsi, kita sendiri pergi beli di farmasi. Syed Qutb ni orang Mesir), tapi kita tak beli pun ubatnya, apa lagi nak telan ubat tu. Sebaliknya kita gantung je kertas tu kat leher. Buat macam tangkal.

Sembuh ke tidak rasa-rasanya?

Jadi macam tu lah.. al-Quran diturunkan sebagai panduan kita. Bukan untuk dijadikan tangkal. Tapi sekarang pun kita memang dah jadikan al-Quran sebagai ‘tangkal’.. sedih kan. Ada event baru baca. Berhajatkan apa-apa baru baca… Takutkan hantu baru baca. Hmm..

Tapi kawan-kawan saya ramai tak puas hati. Disebabkan ustaz-ustazah menekankan soal tajwid dan bacaan. Bab tafsir tak boleh, kata mereka (kawan2 saya). Nanti kita tersilap tafsir, bahaya. Boleh sesat!

Saya dapatkan jawapan dari Ustadh Nouman Ali Khan. Ehhh, bukan dari Youtube. Masa ni saya mengikuti pengajian intensif tafsir Al-Quran bersama beliau selama sebulan. Walaupun peserta ramai tapi beliau manage to make time untuk round satu kelas & jawab soalan yang diutarakan sorang demo sorang. Masya-Allah.

Jawab beliau, tujuan al-Quran itu adalah sebagai panduan kita. Jadi target kita mestilah untuk faham apa yang terkandung dalam al-Quran, supaya kita boleh amal. Tajwid adalah satu cara supaya kita dapat ambil masa untuk faham apa yang kita baca. Sebab ayat-aya Quran ni bukan macam surat khabar atau buku biasa. Satu perkataan saja pun dah boleh menceritakan satu peristiwa. Berubah baris pun boleh makna, apa lagi kalau berubah huruf.

Beliau menerangkan tentang ‘tafsir’ dan ‘baca terjemahan’. Betul, bukan calang2 orang boleh mentafsir al-Quran. Ilmu mesti dalam, mesti belajar tentang ilmu tafsir. Begitupun, ahli2 tafsir pun ada berbeza pendapat tentang sesuatu ayat. Tapi baca terjemahan ni lain. Sesiapa pun boleh baca terjemahan. Baca terjemahan itu bukan mentafsir.

Bila kita nak mentafsir, seolahnya kita nak korek apa yang ada di sebalik ayat-ayat tu. Tapi kalau baca terjemahan, kita ambil yang surface, big picture saja. Ambil pengajaran dari apa yang kita faham menerusi ayat2 tersebut. Dan sesungguhnya al-Quran itu mudah difahami.

Apa pun kita mesti berusaha untuk membaca, menghafal dan memahami al-Quran.. Walaupun kita mungkin mengambil masa sepanjang hidup untuk melakukannya, tapi ia sangat-sangat berbaloi. Jangan tak buat sebab tak pandai.. tak pandai, belajar. Dah pandai, amal dan sampaikan kepada orang lain pula.

Sempena Maal Hijrah ni, marila kita sama-sama berhijrah menjadi lebih baik.. dan takkan kembali lagi kepada kejahilan dulu.

Dan….. Al-Quran bukan tangkal ye, ingat tu.

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “al-Quran, Mana Yang Penting? Tajwid atau Tafsir?”

  1. Raihanah Ahmad Avatar

    step by step, insyaAllah semua pun boleh bagus

  2. Faiz Avatar

    ilmu tafsir perlukan pelbagai ilmu lain dalam dunia,

  3. Anna Avatar
    Anna

    Saya baru belajar baca balik Al Quran. I left it a long time ago and during my 20s rasa malu nak bagitahu orang yang saya x pandai baca. Alhamdulilah, after dapat baca balik Al Quran, I find reading it to be soothing. Memang rasa hati tenang walaupun saya x faham isi kandungannya. So I beleive its both. Perlu belajar membaca and belajar tafsirannya. It is after all, the words of Allah.

    1. admin Avatar
      admin

      TQ for sharing anna

Leave a Reply to Faiz Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge