,

Ajar Anak Kenal dan Kasihi Binatang di Kuala Gandah

admin Avatar

Ada aktiviti apa weekend ni? Jom kita ikut rombongan Sarakids ke National Elephant Sanctuary di Kuala Gandah. Mulanya saya memang bercadang nak bawa anak2 ke sana, tapi tersangkut sebab Abiy ada kerja. Ada juga fikir nak join aje, maklumlah saya dengan Puan Farah bukan orang lain (dan-dan~). Oh rupanya masih tak dapat pergi kerana saya akan menghadiri Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Training Program di Klang pada 2-4 April ni

So sekarang masih ada tempat lagi untuk family anda!

Memetik dari blog Sarakids:

———————->>>>>

Program Amal Kuala Gandah (National Elephant Sanctuary)

Terbuka kepada 10 keluarga sahaja. (5 keluarga telah mendaftar)

Objektif program:

1) Kerja sukarela pembersihan tapak/kawasan gajah (di bawah pengawasan pegawai perhilitan)

2) Kutipan dana/ elephant fund (yang ini ikhlas nak bagi berapa – utk masa depan anak-anak kita) – akan saya maklumkan nnti

3) Mempromosi Kuala Gandah national elephant Conservation centre

4) mendedahkan kepada anak-anak dan keluarga tentang pentingnya pemuliharaan haiwan dan alam sekitar utk keseimbangan kitaran hidup

5) beraktiviti bersama keluarga (mandi dgn gajah, beri makan, menunggang gajah, aktiviti di deerland)

6) Lawatan ke perkampungan org asli (utk sumbangan pakaian lama, wang dan makanan)

dan pelbagai aktiviti keluarga yang lain.

Pendaftaran boleh dibuat melalui email “program amal kuala Gandah” kepada admin@sarakids.com

Bayaran: RM 150 (satu keluarga) – setiap rm 10 akan disalurkan kepada tabung nasional gajah Kuala Gandah & makanan disediakan (pot luck di alu-alukan)

Sila buat pembayaran pada PSA MARKETING (562478124674) Maybank dan email notifikasi pembayaran pada admin@sarakids.com atau hubungi 012-6402904 untuk maklumat lanjut.

** sila sertakan, nama, nombor telefon dan bilangan ahli keluarga yang akan hadir bagi tujuan penyediaan makanan dan hadiah aktiviti**

Waktu berkumpul: 6.30 pagi, bertolak daripada Petronas sebelum tol Gombak

Kenderaan: SENDIRI (sticker konvoi akan diberikan pada hari tersebut)

Senarai aktiviti:

8.00 pagi: Kerja pembersihan sekitar kawasan gajah serta anak gajah

(anak-anak akan beraktiviti semasa kerja pembersihan dilakukan)

9.30 pagi: Makan pagi

10.00 pagi: Feeding time (semua gajah) & aktiviti (cabutan bertuah & games)

11.00 pagi: Ke Taman Rusa (berdekatan) untuk beraktiviti bersama haiwan di Taman Rusa

12.30 tgh hari: Makan tgh hari di Taman Rusa (sembahyang)

2.00 ptg: Beraktiviti bersama gajah (mandi bersama gajah, feeding, menaiki gajah)

4.00 ptg: bersiap dan bertolak ke Perkampungan Orang asli

5.30 ptg: Bertolak pulang ke Kuala lumpur

** InsyaAllah, akan mendapat liputan Majalah Keibubapaan No. 1 Malaysia, Pa & Ma serta Akhbar Harian Metro :-)

——————–END——————

So kalau masih rasa takde idea nak buat apa weekend ni, bolehlah join program ni. Biasa kalau pegi tengok & main dengan gajah, ni ada structured program, pegi beramai2 mesti best.

Anak-anak bukan aje kenal gajah, tapi secara amnya bagaimana tabiat gajah tu, tengok taik gajah 😛 etc. Menyayangi haiwan adalah amalan mulia. Malah ada seorang sahabat Rasulullah yang diberi gelaran Abu Hurairah (hurairah maksudnya anak kucing) yang bermaksud bapa kucing kerana kegemarannya kepada kucing.

Tapi sayang berpada2, kena ajar juga batas2 haiwan yang boleh dan tak boleh. Kang nanti ada yang minta nak bela ‘Shiro’ si anjing as pet 😀 Juga binatang2 yang harus dibunuh i.e. binatang yang berbahaya seperti ular,lipan, tikus, lipas, lalat, etc. Tapi ada adab2 nak membunuh binatang2 ni, yakni tak boleh dibiarkan mati dalam keadaan seksa. Kalau nak bunuh biar sekali pappppp terus mati. Dan tak boleh bunuh dengan air panas atau api.

Banyak faedah bila bercakap soal binatang, dan perumpamaan2 yang boleh dibuat bila bercerita hal binatang. Contohnya semut yang bekerjasama… the ant go marching one by one, hurrah! hurrah!.. lebah yang rajin, dan sebagainya. Bukankah setiap benda itu Allah jadikan tidak sia-sia?

Jom pegi Kuala Gandah!

Tagged in :

admin Avatar

4 responses to “Ajar Anak Kenal dan Kasihi Binatang di Kuala Gandah”

  1. isabelle Avatar

    wanted to go in the first place. tapi nak blk kampung pulak dah…
    kem salam kat gajah2 & beruang situ ye.

  2. c'sue Avatar
    c’sue

    huhuhhu..
    saya tergedik-gedik nok gi tapi kena kelik tampin..
    harap2 puan sara buat lagi pahni..

  3. Fid Avatar

    saya mmg tak gi
    .-= Fid´s last blog ..susah nak berjumpa =-.

  4. juanita Avatar

    camne la leh tulis panjang2 ginih….:D

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge