Air Basuhan Beras Untuk Kulit Cantik

By | August 17, 2016

Di samping menggunakan kombinasi memproduk dari set kecantikan NutriWhite dan Enfuselle, saya juga masih mengamalkan cara tradisional untuk penjagaan kulit wajah. Haaa… Sejak zaman remaja lagi saya mengamalkannya.
 
 Tahukah anda bahawa beras yang kita tanak jadi nasi tu sangat banyak zat dan galian terkandung di dalamnya? Antaranya ialah niasin, tiamin, riboflavin vitamin D, kalsium, fiber dan zat besi. Dari air basuhan sampailah produk akhir – nasi – semuanya berguna.
 
 Saya mengamalkan mencuci muka dengan air basuhan beras. Ya, air yang biasa kita buang sesama membasuh beras tu. Ada orang guna air basuhan pertama, dan apa yg diajar kepada saya ialah air basuhan yang kedua. Mana yg lebih bagus saya pun tak pasti. Tapi saya tetap dengan yg kedua lah 😊
 
 Air basuhan beras yang kedua ni saya simpan dalam bekas lain, untuk digunakan sebagai pencuci muka.
 


Ia juga boleh dijadikan toner dan masker. Sangat berguna kan?
 
 Oleh itu jangan buang air basuhan beras tu.
 
 Semasa menyapu air basuhan beras tu ke muka, bacalah doa dan selawat. Mudah-mudahan yang ada masalah kulit boleh selesai, dan yang cantik bertambah cantik ☺️
 
 – Posted using BlogPress from my iPhone

Category: Health & Beauty Tags: ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

3 thoughts on “Air Basuhan Beras Untuk Kulit Cantik

  1. Khadeejah Hasmad

    Oh, baru saya tahu air basuhan beras bagus untuk kulit muka yang cantik.

    Jiran saya sebelum ini rajin menyiram pokok menggunakan air basuhan beras.

    Pokok-pokok jiran saya itu rajin sungguh berbunga lebag. Mungkin zat-zat dari air basuhan tersebut diserap oleh akar pokok untuk membantu tumbesaran pokok 😉

    Selepas ini boleh lah saya cuci muka dengan air basuhan beras pula. Berharap sangat dapat kulit flawless macam baby. Hihihi.
    Khadeejah Hasmad´s menulis tentang ..Cara Daftar Ahli Shaklee Sendiri Secara OnlineMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge