99 Cahaya Di Langit Eropa

By | January 25, 2015

Walaupun rakan-rakan di FBC (Female Backpackers Community) dah lama mencadangkan filem-filem berkonsepkan traveling seperti Haji Backpacker, 99 Cahaya di Eropa… tapi macam biasa, saya tak dapat nak dedikasikan masa untuk menontonnya.

Saya biasanya tengok movie dalam kapal terbang saja.

Dalam perjalanan dari KLIA ke Langkawi minggu lepas, saya belek-belek movie yang tak cakap bahasa Inggeris. Kenapa? Sebab perjalanan singkat macam ni (KUL-LGK cuma 45 minit saja…) kita tak diberikan headphone. Non-English movie ada disediakan sarikata… jadi takde masalah kalau tak dengar pun, boleh baca sarikatanya.

Dan rupanya ada movie ’99 Cahaya di Eropa’! Apa lagi, terus saya play lah movie ni.

99 CAHAYA DI LANGIT EROPA

Scene pertama je pun dah rasa terkagum dengan pemandangan di Vienna, Austria. Terasa macam berada kat sana dah.

Filem ni sebenarnya bukan sekadar membawa kita menjelajah negara-negara Eropah ni, tapi juga menjelajah rahsia-rahsia yang terkandung di Eropah. Rahsia di Vienna, Paris, Istanbul, Cordoba…

Walaupun dah beberapa kali saya ke Champs- Élysées, beberapa kali meninjau Arc de Triomphe, tapi tak tahu pun jalan lurus di Avenue Champs- Élysées itu mengunjur ke arah Tenggara… melalui Switzerland, Itali, Laut Mediterranean, Mesir, Arab Saudi… dan kaabah! Malah, monumen di atas Arc de Triomphe du Caroussel berhampiran Musee de Lourve dibina menghadap ke arah kaabah.

Balik saja dari perjalanan dari Langkawi, terus saya cari filem ni di internet, bahagian 1 dan 2 saya habiskan.

Setiap kali mengembara ke luar negara, salah satu agenda saya ialah menjejak sejarahnya, melihat orang-orangnya, kenapa begitu dan begini. Pasti ada titik pertemuan yang akhirnya mengajar saya erti syukur. Syukur dengan keberadaan diri saya, hidupnya saya sebagai Muslim, dan syukur diberi akal fikiran yang dapat membezakan.

Filem ni harus ditonton oleh semua, terutama yang suka mengembara atau melancong. Makin kita keluar dari lingkungan kita, makin kita kenal diri kita. Makin kita faham kenapa begitu dan kenapa begini. Dan yang penting, makin kita belajar tentang toleransi dengan semua orang di dunia ini.

CAHAYA DI LANGIT EROPA

Filem-filem beginilah yang harus diketengahkan oleh pengusaha filem dan penulis buku di Malaysia. Kisah-kisah yang membina, bukan sekadar cerita aku-jumpa-kau-dalam-kapal-terbang-aku-pura-pura-jadi-suami-kau dan seumpamanya.

99 Cahaya Di Langit Eropa mengisahkan Hanum yang menemani suaminya Rangga,  menyambung pelajaran di Vienna. Hanum yang mencari peluang untuk menghilangkan kebosanannya, akhirnya bertemu dengan Fatma, seorang berdarah Turki yang tinggal di Vienna.

Bersama Fatma, Hanum mempelajari peradaban Islam di Eropah, dari Vienna, hinggalah ke Paris, Cordoba dan Istanbul.

Cerita ni memang best, mengajar tentang toleransi dengan bangsa dan agama lain. Cuma ada beberapa part yang kurang sesuai saya kira, misalnya bab makan… yang diharamkan kepada orang Islam bukan sekadar daging babi, tapi juga haiwan yang tak disembelih. Banyaklah drama yang berlaku sepanjang filem ni… dan diberitahu juga tentang sejarah croissant dan cappuccino!

Menonton cerita ni membuatkan saya terkenang kenangan di Istanbul, Paris, dan rasa tak sabar mahu ke Cordoba!

Category: Movie Review Tags: , ,

About admin

I am a wife to a great husband. I am a proud mother of two adorable sons. I am a full time working at home mom (WAHM). I am breastfeeding my 3 sons, a daughter and looking forward to breastfeed my next babies. I like to share my pregnancy, breastfeeding and parenting as well as travel experience cos every journey is unique. *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* bundle of joys, Hafiy, Fahry, Danny & Irene.

8 thoughts on “99 Cahaya Di Langit Eropa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge