9 Tips Membeli Rumah Sebagai Pelaburan PALING Menguntungkan

admin Avatar

Tips membeli rumah ini sangat berguna jika anda merancang untuk pelaburan hartanah. Namun, mungkin tak practical jika beli untuk duduk sendiri. Sebabnya, beli untuk duduk ni can be with no reasons except emotional attachment…

Tips Membeli Rumah #1: Accessibility

Jualan kenderaan semakin hari semakin banyak. Akibatnya, jalan boleh jem teruk especially rush hour. Justeru, kawasan perumahan yang ada beberapa pilihan untuk ke semua HOTSPOT Lembah Klang sangat-sangat dihargai.

Contohnya, Puchong.

Antara tarikan Puchong ialah ada Lebuhraya Bukit Jalil untuk ke Kuala Lumpur, Lebuhraya KL-Putrajaya untuk ke Putrajaya/ Cyberjaya, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) untuk ke Petaling Jaya, Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) untuk ke Kajang & Lebuhraya Shah Alam (KESAS) untuk ke Subang Jaya/ Shah Alam. Jadi, coverage untuk Puchong luas membolehkan ramai orang duduk di situ.

Tips Membeli Rumah #2: Jalan Keluar-Masuk

Kawasan Puncak Perdana memang hebat membangun. Dalam tu ada Alam Budiman, Sunway Kayangan, Cahaya SPK & Bandar Nusa Rhu to name few. Namun nilainya tak dapat nak naik banyak sangat sebab semuanya bergantung kepada Jalan Batu Arang sahaja untuk keluar masuk. My friend cakap, penduduk di situ kena keluar seawal 6.00am untuk ke pejabat. 6.30am dah jem teruk. Is it true?

Same goes to Damansara Damai (DD), Sutera Damansara & Saujana Damansara yang bergantung kepada satu entrance DD sahaja. You may say “dah duduk KL, mana-mana pun jem”. Betul! Tapi kalau jem tu seawal depan rumah, bakal pembeli atau penyewa seboleh mungkin cari alternatif rumah di kawasan yang lain sebelum datang jumpa anda.

Tips Membeli Rumah #3: Kemudahan

Kalau orang dulu beli rumah, masjid dan sekolah antara faktor terpenting. Tapi orang sekarang priority tertinggi ialah supermarket terdekat, betul tak? Sebab tu nilai rumah di Bandar Utama & Mutiara Damansara naik mencanak-canak dah One Utama & The Curve pun depan mata. Lagipun sekarang kat mana2 pun ada masjid dan sekolah..

Bergantung kepada target market anda kemudahan sekolah, hospital, tadika atau sport center pasti berbeza. Kalau expat of course la suka International School. Tadika pun high-class. Tapi kalau target market biasa-biasa saje, sekolah kerajaan pun cukup. Kalau nak duduk, cuba cari jugak sekolah agama sebab ia semakin pupus dimamah shopping mall. Lama-kelamaan, ini boleh jadi satu kelebihan.

Lagi satu, HIJAU juga penting. Walaupun banyak yang prefer duduk dekat KL, hampir pasti mereka juga prefer unsur-unsur kehijauan. Sebab tu taman di KLCC meriah bila weekends dan after office hour. You’ll get extra point kalau belakang rumah ada taman. Lebih extra point kalau depan rumah tu mengadap taman, tasik atau hutan simpan.

Tips Membeli Rumah #4: Public transport

Nah, ini memang paling famous. Cuma jangan limitkan definasi Public Transport kepada PUTRA, STAR atau KOMUTER sahaja. Sebab orang terlalu HYPE dengan keretapi ni, semua hartanah sekitarnya naik tak tentu hala. Jangan lupa juga bas terutamanya jika anda target golongan berpendapatan rendah.

Tips Membeli Rumah #5: Kejiranan

Bila sebut Kepong, banyak orang fikir middle-low class. To get rid of that, Samling Group buat konsep perumahan style resort, penuh dengan taman untuk rekreasi, ajak Sime Darby setup private hospital & panggil operator sekolah antarabangsa. Akhirnya, itulah yang anda lihat di Desa ParkCity (DPC).

Dengan semua kemudahan yang ada, Samling mampu letak harga BERKALI-KALI GANDA berbanding kawasan perumahan terdekat. Itupun, rumah teres 2-tingkat yang dijual dengan harga RM2juta SOLD OUT dalam masa seminggu! DPC akhirnya mampu menarik pembeli middle-upper class yang mungkin tak pernah terfikir pun nak duduk Kepong sebelum tu.

Tips Membeli Rumah #6: Brand Pemaju

Hampir semua nilai perumahan yang dimajukan TALAM Corporation lebih rendah berbanding perumahan sekitarnya. Jangan tertipu dengan harga renda ni. First, workmanship TALAM memang teruk. Second, TALAM hampir bankrupt dan semua projek yang belum siap diambil-alih IJM. So jangan la beli dengan harapan value naik banyak. Namun, it’s still ok kalau nak beli untuk disewakan (atau duduk).

Having said that, sure you ingat kalau Sime Darby jadi developer sure bagus. Do you know ade banyak rumah yang Sime Darby (dulu known as Sime UEP) develop kat Johor yang nilainya tak naik langsung? Turun lagi ada. I think sama juga macam condo Elaies 1 & 2 kat Bukit Jelutong, negligible gain kalau ada pun. Sebabnya, harga jual dah overprice. So, jangan beli semata-mata kerana pemaju.

Tips Membeli Rumah #7: Pusat Komersil

Kalau kedai-kedai kat kawasan tu macam hidup segan mati tak mahu, menunjukkan penduduk di kawasan tersebut jenis tak berapa nak berbelanja. Jenis-jenis perniagaan di sesuatu kawasan juga mencerminkan masyarakat atau kejiranan sesuatu kawasan.

Kalau ada McD atau KFC, itu petanda jumlah population yang dah sampai ke level critical mass. Tapi kalau ada kopitiam tu maknanya kawasan tu memiliki purchasing power yang baik. Dan kalau ada Dome atau Starbucks, tu lebih bagus. Perumahan yang memiliki penduduk dengan purchasing power yang tinggi berpotensi untuk naik nilainya dengan kadar yang sangat cepat.

Tips Membeli Rumah #8: Jauhi Kawasan Malapetaka

Rumah di TTDI Jaya macam selalu kena banjir kilat. Nilai rumah di TTDI Jaya juga kelihatan makin susut sebab banyak kes pecah rumah dan rompak. I got friend yang beli rumah kat sana nak jual balik lepas tak sampai setahun pun duduk bila sepupu dia kena hentak kepala dengan perompak. Betul, tak semua rumah kat TTDI Jaya teruk macam tu. Tapi label tempat tu dah negatif so susah nak market. Same goes to kawasan Bukit Antarabangsa.

Tips Membeli Rumah #9: Elakkan Kawasan Terpencil

Kawasan terpencil ni can be something like hujung kampung. Tempat-tempat hujung ni susah sikit nak ada demand. Boleh jugak naik, but take years sebab takde catalyst. Namun keadaan boleh berubah.

Tmn Tun Dr Ismail pun dulu hujung KL. Sebab harganya lebih murah berbanding Bangsar waktu tu, banyak la gov servant yang beli. And now center of PJ golden triangle. Tapi ingat, at least 10 tahun baru nampak. So kalau nak melabur dalam hartanah sebegini, pastikan anda ada holding power yang sangat kuat. Kalau tak, tak pasal2 kena lelong je nanti…

Dah bersedia praktikkan tips membeli rumah ni dan bermula sebagai property investor? 😀

admin Avatar

20 responses to “9 Tips Membeli Rumah Sebagai Pelaburan PALING Menguntungkan”

  1. kinna Avatar

    wow..gud info la..will rely on ur info bl nk beli umh nti..4me, developer punya goodwill tu satu sbb utk purchase umh. er, faktor len spt leasehold/ freehold tak masuk senarai ek? kt puchong byk leasehold. takut nk beli (walhal bukan idup lama smp habis tenure pon..)

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Saya ada pernah tulis tentang perkara ni dalam entry ini http://mysuperkids.net/leasehold-vs-freehold–-yang-mana-boleh-jadikan-anda-jutawan/

  2. izawani Avatar
    izawani

    Errr… good info… tapi tak takut kena saman ker ? Hehehe….

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Erk, part mana yg nak kena saman kak?

  3. amirah Avatar

    aah la, rasanya pegangan pun boleh diambil kira jugak. Tp i don’t think kat klang valley org ambil kira pasal tu ke tidak lg. janji ada rumah. tp itu middle low class la. But kinna, u can always renew the tenure. Sgt senang org kata but i’ve never dealt with such application. But if u are out of kl, that factor sgt relevant, espcly bumi holding. Kat Melaka ni brlambak lg bumi units or rumah erected on Tanah Adat yg tak terjual.Betul Lyna kata, tak semestinya kalo developer is well known and established, rumah yg dibina gerenti ok. Tp mmng goodwill developer sgt2 beri influence. tp lyna rasanya kt kl lg terpencil lg mahal kut..hihihi..i.e duta area and bukit tunku…ni my view.. : )
    .-= amirah´s last blog ..Tiz Zaqyah yang cun =-.

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      Duta dgn Bukit Tunku bukan terpencil, tapi secluded. Sama dgn area2 Damansara Heights, Bukit Bangsar, etc. Tempat2 tu still kat centre cuma lebih green & make them special mcm pagi2 bole dgr bunyi burung instead of bunyi kereta hehe

  4. rapperz Avatar
    rapperz

    saya rasa area jauh dari pusat bandar pun tak kurang juga. dengan harga rumah di KL dah mahal ramai yang cari tempat2 yang jauh dari KL yang tentunya jauh lebih murah. jauh sikit dari tempat kerja atau jem tak apa, asalkan tidak terbeban dengan bayaran rumah yang tinggi.

    saya sendiri beli rumah di Nilai, memang jauh dari tempat kerja di Segambut tapi dengan harga yang sama saya boleh beli semi-D sedangkan di tempat berdekatan pejabat, flat pun belum tentu dapat, apa lagi kalau kondo yang memang tak mampu milik. saya percaya ramai lagi yang akan membeli rumah yang agak jauh berbanding di kawasan bandar kerana harganya sangat jauh beza.

    1. kaji Avatar
      kaji

      Spt yg mommy lyna tulis, point di atas applicable kalau nak beli hartanah untuk investment, bukan untuk duduk. Kalau untuk duduk, kemampuan & kemahuan akan supercede semua point-point di atas. Betul tak mommy lyna?

  5. Yaati Nor Avatar

    alhamdulillah dah beli umah kat puchong..tp umah teras 8 tingkat la..pangsapuri..satu duduk satu sewa..sewa RM 500..sape nak sewa umah kat puchong utama call saya..heheheh..lps nie dkt2 situ asa C4 skrg dah ada hero..seronok sgt..tak menyesal pilih umah tu..tp mnyesal tak beli umah teras kat saujana putra.ms tu RM130k je skrg 200++k harga dia..kak lyna ok ke saujana putra tu?
    .-= Yaati Nor´s last blog ..Contest Aksi Si Manja di Playground =-.

  6. ANip Avatar

    tip bgus nie…hehe
    .-= ANip´s last blog ..Nothing Is Impossible!!! =-.

  7. Ummi Khayra Avatar

    abah khayra penah bgtau.. kalau nak tau location rumah yg plg best utk investment, cari yang dekat ngan mcd… sebab mcd akan buka cawangan kat kawasan yg ade potential utk naik..
    .-= Ummi Khayra´s last blog .. Tarian Arab By Khayra =-.

  8. Nic Avatar
    Nic

    Sekarang ni jln Damansara Damai tu kira okay lagi (tataula kot nic yg kuar lambat hehehe).. tp, harap2 Sutera damansara tu buatla jalan sendiri woiii.. rumah pun mahal, mesti mampu buat jalan hehe

  9. Lyn Hamid Avatar

    Baguslah tips ni…kena fikir masak2 kalau nak beli rumah…banyak faktor mempengaruhi decision. baru berangan2 nak tinggal kat TTDI Jaya, matured area, mcm2 ada. Rasanya dah lama tempat tu tak banjir…manatau tup tup terbeli, terbanjir pulak…bukan senang nak beli rumah ni, bikan macam makan kacang jer.
    .-= Lyn Hamid´s last blog ..A note to ponder =-.

  10. maria Avatar
    maria

    bagus tul info ni…saya dah beli rumah kat sri gombak, tgh cari lawyer untuk urusan SNP dan loan…ada cadangan x..kot2 ada lawyer yg bagus???

  11. AdD Avatar

    sy duk puchong hehehheee…..

  12. Lisa Hz Avatar

    nice one lah.. tgk survey2 nk bli 2nd home ni. current home ingt nk sewa or jual – investment la kononnye. tp bnyk rumah ala2 berkenan da sold out atau tgal yg mahal2 jek. haih..

  13. noninana89 Avatar
    noninana89

    hi mommy lina, saya macam terbaca artikel yg sama dengan u punya artikel kat sini: http://brokerhartanah.com/panduan-hartanah/panduan-membeli-rumah-sebagai-pelaburan-paling-menguntungkan/

    u punya website jugak ke?

    1. Mommy Lyna Avatar
      Mommy Lyna

      not mine. tp byk my idea kena copy + edited there, kan?

      1. noninana89 Avatar
        noninana89

        hoho.. lepas ni u kena buat statement all rights reserved la.. suka2 je nak ciplak idea orang

  14. mr.eims @ gold Avatar

    salam.. terimakasih .. kat blog ni mmg ada banyak tips2 yg sy perlukan..
    nak blaja main property pulak 🙂

Leave a Reply to kinna Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge