,

8 Kelebihan Ibu Yang Tiada Anak Perempuan

admin Avatar

Dalam dunia ni, ada orang terpilih yang Allah tidak kurniaan cahayamata, ada orang yang Allah kurniaan ramai anak, ada orang anaknya sikit, ada orang anak-anaknya selang bunga, ada orang anak-anaknya dominan satu jantina dan ada orang anaknya cuma satu jantina saja.

Apa pun itu semua adalah dalam pengetahuan Allah, pasti ada hikmah yang kita tak tahu.

Alhamdulillah, saya dikurniakan 3 orang anak. Semuanya lelaki. Kadang-kadang terasa juga nak pakaikan baju gaun comel-comel pada anak sendiri, tapi apakan daya…

Walau bagaimana pun, semuanya ada kelebihan masing2. Apa kelebihan mak beranak lelaki semuanya?

1. Tak perlu pening kepala jadi hair stylist.

Budak lelaki, paling-paling pun gondolkan je. Nak buat rambut fesyen2 pun nanti langgar peraturan sekolah. Lepas mandi, tak sikat rambut pun tak apa (gondol-style).

PENDANDAN RAMBUT

2. Bajumu bajuku jua

Budak lelaki tak kisah tukar-tukar baju. Abang pakai baju adik, adik pakai baju abang, takde hal punya.

BUDAK COMEL

3. Cepat bersiap bila nak keluar

Tak payah ikatkan rambut, tak payah pilih-pilih riben (tudung kalau dah besar), tak payah cari-cari aksesori… Nak keluar? Jom! Paling-paling pun minta semua buang air & gantikan lampin je.

4. Tak ada drama “Mami boleh je”

Bila dah ada keluar “Mami boleh je”, sudah tersedia jawapan yang tak mampu diputar-putar lagi… —> “Mami girl, awak boy.”

HIKE BACKCARRY

5. Barang mainan lebih realistik

Main lego buat lori, buat kapal terbang, buat rumah… Bila jalan-jalan boleh tunjuk kat dia “Tengok tu, lori yang awak buat tadi…” menarik kan? Bila dia tengok objek, dia boleh balik lukis dan bina.

Kalau budak perempuan? “Tengok tu, Elsa tengah lintas jalan tuu!” huh.

FROZEN

6. Lebih banyak ruang di rumah

Bila dah semua anak sama jantina, tak perlu asingkan bilik mereka. Boleh sumbat semua satu bilik. Bilik-bilik lain pun boleh digunakan untuk pelbagai fungsi lain lagi.

ANAK LELAKI

7. Tiada persaingan

Menjadi the leading lady of the house… fuh memang heaven. Tak ada perempuan lain dalam rumah. Barang kemas ke, barang mekap ke, tak ada siapa yang kacau. Ingat masa kecik-kecik suka korek barang-barang mak, tapi barang kita, tak ada siapa nak korek. Budak2 lelaki ni bukannya suka benda-benda girlish ni. Kaler pink pun diorang anti 😀

8. Rumah bersepah?

Enough said.

PIJAK LEGO

Jangan marah ye.. entry ni suka-suka je 🙂

Apa-apa pun kita kena selalu bersyukur dengan apa yang Allah anugerahkan kepada kita… Jangan bandingkan kita dengan orang lain. Orang lain, rezekinya lain, kita pula rezekinya lain.

Sama-sama kita saling mendoakan semua orang dimurahkan rezeki, disempurnakan iman.

Siapa yang tak mahu anak-anak… siapa yang tak mahu anak-anak lelaki dan perempuan.., tapi kalau itu yang Allah tak suratkan yang terbaik untuk kita, maka terimalah suratan itu sebagai yang terbaik.

Moga-moga yang datang pada kita semua yang baik-baik aje.

Tagged in :

admin Avatar

19 responses to “8 Kelebihan Ibu Yang Tiada Anak Perempuan”

  1. Yeen Avatar

    yeah.. ok jek anak ape-ape pun.. dah ada kenala jaga amanah dengan baik kan.. jantina is not in our hand 🙂

  2. AinulMalik Avatar

    Semuanya rezeki 🙂 Pewaris kuat tu semua lelaki, boleh jadi ibu mertua yang bahagia 😉

    1. Sal Avatar

      nanti Lyna mesti suh menantu2 dia ada BMW…hehhee

  3. min ibudoakan Avatar

    Perancangan Allah..sy ada 2 anak laki..belum putus asa utk beranak anak girl..amin

  4. AZENI AHMAD Avatar

    Saya pun anak lelaki 2 orang..
    Senang sangat nak urus bab pakaian ataupun mainan.
    Tapi tak tahan memang takleh geng la..
    Nak tunjuk sapa lagi hebat.

  5. endang Avatar

    Alhamdulillah..Allah telah aturkan rezeki kita..
    Entry yg menarik..syukur..sapat rasa asa anak lelaki dan perempuan..
    mmg bab bercantik2 tue anak perempuan suka

  6. emalinmohd Avatar

    Yang no. 7 tu memang betul kalau ada anak perempuan. Bedakku bedakmu jua..lip balm ku lip balm mu jua..sudahnya tak sempat habis dah rosak mekap…

  7. Najihah Abdul Mutalib Avatar

    Alhamdulillah..bersyukur atas kurniaan Allah..lelaki atau perempuan, masing2 ada kelebihan..

  8. pudziah wanir Avatar
    pudziah wanir

    bersyukur dgn apa juga jantina anak kita.. perempuan ker, lelaki ker, kita terima jer. yg penting mereka sehat, bijak dan jadi anak2 yg beriman.. anak saya 1 perempuan dan 4 lelaki.. tetapi baru2 ni selepas 35 thn Allah kurniakan kami cucu perempuan. selepas 35 thn tu… Alhamdullillah.

  9. Amyz Avatar

    Hahaha. Comel la entri ni mommy.

    *tengah pening nak cari riben rambut anak pempuan nan sorang tu..*

    Hahaha.

  10. intan Avatar
    intan

    ada 3 org ank lelaki..18, 15 n 8 thn. semua xkisah pakai bj sama warna. semua mama yg pilihkn. semua tersangat manja dgn mama. alhamdulillah..

  11. Azlina Muslim Avatar

    Hehe… Memang sangat betullah tuh. Sama kita dengan Mommy Lina anak semua lelaki… 😀
    Suka tang yang point the only authorize lady in the house tu.. :))
    Lagipun anak lelaki ni anak kita dunia & akhirat kan. Syukurrrr Alhamdulillah

  12. Sal Avatar

    setuju wpun tade anak lelaki…

    Nanti i tulis takyah ada anak lelaki pun tak apa…hahahhaa

  13. maz Avatar
    maz

    entry yg menarik. anak lelaki atau perempuan sama saje.. amanah allah. sy sdri mempunyai 2 org ank lelaki..bersyukur sgt.

  14. ira Avatar

    haha, nice sharing

  15. Fuzy Avatar

    Yeahh skrg dah ada sorg anak perempuan.. Alhamdulillah tahniah

  16. Su Mohamed Avatar
    Su Mohamed

    Saya mempunyai 4 anak lelaki. Dan ditakdirkan suami dijemput Ilahi setahun yg lalu. Alhamdulillah saya mempunyai anak2 lelaki bersama saya. Sesungguhnya perancangan Allah adalah yg terbaik. In shaa Allah.

  17. Yourfabulousmama Avatar

    Alhamdulillah saya ada anak 2 boys & 1 girl dalam family. Memang boys & girl berbeza tabiat mereka dari segi habit, pakaian, cara bermain, cara fikir & lain2. Tapi bila girl jadi anak bongsu, terpengaruh dgn aktiviti boys mmg dah sedia maklum. Kurang sikit girlish dia. Hehe

  18. Ayu Avatar

    Sekarang macam mana?

Leave a Reply to endang Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge