7 Tempat Menarik di Tokyo Untuk Sekeluarga

admin Avatar

Tokyo merupakan ibu negara Jepun yang menampilkan identiti kombinasi – moden dan tradisional. Di Tokyo saja boleh rasa macam-macam pengalaman ‘Jepun’, apa lagi kalau melawat seluruh Jepun kan.

Tokyo adalah bandar yang sesuai untuk bawa keluarga bercuti, gunakan masa berkualiti dengan mereka dan rehatkan diri dari rutin harian.

Kalau bawa keluarga ke Tokyo, mana tempat yang sesuai untuk mereka?

*Selain taman2, shrine2, etc*

1. Disnesyland & Disneysea

Disneyland Tokyo ni rasanya yang paling convenience berbanding Disneyland yang lain-lain (Hong Kong, California). Sebabnya, nak sampai ke sini cuma naik train saja, dan masa yang diambil tak lama pun.

DONALD DAISY

Habiskan sehari suntuk di Disneyland.

Sebelah Disneyland adalah Disneysea. Luasnya sama macam Disneyland… cuma temanya lebih kepada lautan. Setiap malam jam 8.00 ada light & water show.

Tiket Disneyland & Disneysea ni asing-asing. Lebih baik beli satu dulu. Kalau rasa nak pegi satu lagi, baru beli yang lagi satu.

DISNEY SEA

Cara nak ke Disneyland/Disneysea dengan trainJR Keiyo Line atau Mashashino Line ke Miramar.

Makanan Halal : Tiada restoran makanan halal di Disneyland & Disneysea, tapi ada satu restoran vegetarian di Disneyland, namanya East Side Cafe.

Surau : Boleh tanya pada staff di City Hall untuk prayer room & mereka akan beri kita gunakan satu bilik di bangunan tu untuk solat. Very the selesa.

Tiket boleh beli dari website Disney Tokyo : KLIK SINI.

HARGA TIKET DISNEYLAND

2. LegoLand Discovery Centre Tokyo

LDCT ni terletak di Odaiba, sebuah pulau buatan di Tokyo.

Odaiba ni dibangunkan sebagai teleport city. Bandar yang canggih. Macam2 ada kat sini.

LDCT berbeza dengan Legoland di Nusajaya, Johor tu. Legoland Malaysia adalah sebuah taman tema outdoor (ada indoor pun satu dua je), LDCT pula indoor.

LDC TOKYO

Sehari suntuk kat sini, memang puas lah (puas sebab penat) budak-budak. Yang lagi syok sebab ia indoor jadi tak kisah cuaca kat luar macamana pun, tetap boleh enjoy.

Cara nak ke Legoland Discovery Centre dengan train: Yurikamome Line ke Odaiba-kaihinkoen atau Rinkai Line keTokyo Teleport.

Makanan Halal : Tiada restoran makanan halal di Legoland Discovery Centre.

Tiket ke Legoland Discovery Centre:

ENTRANCE FEE LEGOLAND TOKYO

3. Palette Town

Tempat ni terletak opposite je dengan Legoland Discovery Centre.

PALETTE TOWN

Dalam Palette Town ni ada shopping mall, dan juga tarikan-tarikan yang unik, antaranya adalah Mega Web – Toyota City Showcase. Saya walaupun bukanlah tahu apa pun tentang kereta, tapi rasa terpegun dengan segala macam pameran tentang Toyota. Dari zaman ia direka hinggalah kepada ciptaan futuristik.

Shopping mall sini juga unik, mengikut rekaan zaman silam Eropah.

Sini juga ada ferris wheel, leisure land dan macam-macam benda menarik yang boleh digunakan untuk melayan anak-anak.

Cara nak ke Palette Town dengan train: Yurikamome Line ke Odaiba-kaihinkoen atau Rinkai Line keTokyo Teleport.

4. Takashimaya Times Square Shinjuku

Kalau plan nak bawa family ke shopping mall di area Shinjuku, Takashimaya Times Square is the best choice. Bukan saja ia salah satu landmark Shinjuku, tapi kerana ia terletak sangat dekat dengan Shinjuku Station.

SHINJUKU

Kat sini juga ada kedai buku Kinokuniya yang menjual buku-buku berbahasa Inggeris!

Cara nak ke Takashimaya Shinjuku dengan train: Shinjuku Station ni adalah stesen yang tersibuk di Tokyo, jadi banyak line train yang boleh sampai ke Shinjuku, paling kurang 10 line yang boleh bawa kita Shinjuku.

5. Shinagawa Aquarium

Budak-budak sukakan alam haiwan. Shinagawa Aquarium ni sangat tepat untuk bawa anak berehat-rehat sambil diorang pun enjoy tengok ikan, shark, dolphin, anjing laut dan sebagainya.

AQUARIUM TOKYO

Cara nak ke Shinagawa Aquarium dengan train: Keikyu Line ke Omorikaigan Station, atau JR Keihin Tohuku Line ke Omori Station.

Bayaran masuk :

Dewasa (16 ke atas)
¥1,800
Kanak2  7-15 tahun
¥1,000
Kanak2 4-6 tahun
¥600

6. Sunshine City

Kadang-kadang kita rasa nak relaks-relaks je.. kat tempat aircond.. yang mana semua orang boleh enjoy, bukan budak-budak je. Sunshine City ni boleh consider.

Mall ni terletak di Ikebukuro, ia bukan aje sebuah mall, tapi ada office, muzium, observatory dan akuarium!

SUNSHINE CITY

Cara nak ke Sunshine City dengan train: ada 8 lines yang boleh bawa kita ke Ikebukuro Station, antaranya Saikyo Line, Shonan-Shinjuku Line, Yamanote Line, Marunouchi Line, Yurakucho Line, Fukuoshin Line, Ikebukuro Line & Tojo Line. Stesen Ikebukuro adalah yang kedua tersibuk di Tokyo, selepas Shinjuku.

 7. Tokyo Dome City

Satu lagi theme park di Tokyo selain Disneyland. Dome City ni sebuah kompleks yang seakan Genting Highlands gitu. Got what I mean?

DOME CITY TOKYO

Sini ada macam-macam rides, standard theme park lah. Tapi yang roller coaster tu sahih saya takkan naik!

Cara nak ke Dome City dengan train: Mita Line ke Suidobashi Stn. atau Namboku Line ke Korakuen Station.

Itulah dia antara 7 tempat yang boleh consider untuk bawa keluarga di Tokyo. Saya akan kembali dengan tempat-tempat lain pula yang kurang sikit tema ‘main-main’ ni. Mahu?

admin Avatar

3 responses to “7 Tempat Menarik di Tokyo Untuk Sekeluarga”

  1. Myliferia Avatar

    Mahu! Inshaa Allah suatu hari nanti nak ke Jepun. Nak tengok Wisteria yang seakan taman khayalan, juga taman buluh Kyoto, Okinawa yang dikatakan ada perkaitan Kesultanan Melayu….dan lain-lain lagi..

    1. admin Avatar
      admin

      Saya pun teringin nak ke Okinawa, nak rasa campong dia.

  2. badhrirazi Avatar
    badhrirazi

    in shaa allah akn pegi.#mcm nk pegi.

Leave a Reply to admin Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge