, , ,

5 Tempat Menarik WAJIB PERGI Di Switzerland

admin Avatar

Switzerland adalah sebuah negara yang sangat damai dan cantik, hingga mendapat jolokan ‘drop of heaven on Earth’,  atau ‘heaven on Earth’. Sangat indah dan mengkagumkan hingga seseorang mampu merasakan “Tempat ini sangat cantik, tak tergambar dek kata-kata… gambaran syurga, tentu sekali langsung tidak dapat dibayangkan!”

Pertama kali ke Switzerland pada tahun 2012, membuatkan saya sering termimpi untuk ke sana lagi. Alhamdulillah, murah rezeki sekali lagi dapat jejak kaki di Switzerland pada Aidilfitri 2014 yang lalu bersama anak-anak.

Negara ini unik sekali, dengan 4 bahasa rasmi : Bahasa Jerman, Bahasa Perancis, Bahasa Itali dan Bahasa Roman. Biasanya kawasan yang bersempadan dengan negara berkenaan akan menggunakan bahasa negara tersebut. Misalnya Geneva bersempadan dengan Perancis menggunakan Bahasa Perancis, dan Zurich bersempadan dengan Jerman menggunakan Bahasa Jerman. Penggunaan bahasa n termasuklah percakapan dan papan tanda. Walau bagaimana pun, kebanyakan mereka boleh berbahasa Inggeris.

Switzerland ada penerbangan terus ke negara Timur Tengah seperti Oman, Qatar, UAE, Tunisia dan sebagainya.. jadi ramai pelancong Arab di Switzerland.

Destinasi pilihan di Switzerland untuk menikmati pengalaman yang sangat indah:-

1. Zurich

Bandar yang mendapat jolokan ‘the most liveable city’, adalah hab kewangan di sini. Walaupun Zurich adalah bandar terbesar di Switzerland, tapi ia cuma ada 390,000 penduduk (berbanding KL, 1.6 juta, dan Jakarta 20 juta!). Bayangkan sebuah bandar seperti di Miri, Sarawak yang damai.

DANNY ZURICH SWISS

Di atas ni gambar Danny masa baby di kota Zurich. Musim bunga, cuaca cerah, siang yang panjang… masa yang sangat sesuai untuk stroll around bandar ni bersama keluarga.

MESTI PERGI DI ZURICH

Banyak tempat nak pergi, tapi kalau masa yang singkat, pastikan pergi ke tempat-tempat ni di Zurich:

Old Town

Bandar lama Zurich yang berusia lebih 2000 tahun. Di negara-negara Eropah, melawat Old Town salah satu perkara yang mesti masuk dalam list.

Bahnhofstrasse

Untuk kaki shopping, shopping street ni menawarkan macam-macam benda untuk dishoppingkan. Lokasinya cuma di sebelah Zürich Hauptbahnhof (train station).

Lindenhof

Bukit kecil di Zurich untuk mendapatkan pemandangan panorama kota Zurich, bukit-bukitnya, tasiknya… cuma jalan kaki saja dari Old Town.

2. Geneva

Geneva dikenali sebagai ‘city of peace’.. memang sangat tenang, damai dan aman.  Pertama kali kami tiba di Geneva di waktu tengah malam. Dengan barang, dengan baby, dengan sesat, warga Geneva membantu kami balik ke hotel. Di waktu tengah malam itu, beberapa keluarga masih tolak stroller bawa baby jalan-jalan. Kutu-kutu lepak, tak ada.

Geneva terkenal sebagai HQ  pertubuhan antarabangsa seperti PBB, WHO dan macam-macam lagi. Lebih 200 pertubuhan kemanuasiaan beribu pejabat di Geneva.

MESTI PERGI DI GENEVA

Banyak tempat nak pergi, tapi kalau masa yang singkat, pastikan pergi ke tempat-tempat ni di Geneva:

Old Town

Landmark di Old Town ni adalah St Peter Cathedral, ada macam-macam kedai antik di sini.

Jet d’eau

Pagi-pagi kami dah tunggu di tepi Tasik Geneva untuk menyaksikan air pancut setinggi 140 meter ni di sini.

JET D'EAU

Jet d’eau ditutup untuk maintenance pada bulan November, semasa angin kuat, dan musim winter bila tasik jadi beku.

3. Bern

Apakah ibu negara Switzerland? Zurich? Geneva? Jawapannya adalah Bern.

Bern umpama sebuah bandar dalam kisah dongeng puteri raja.. sangat cantik dan indah, dengan sungai hijau yang mengalir di celah-celah kotanya.

BERN SWITZERLAND

MESTI PERGI DI BERN

Banyak tempat nak pergi, tapi kalau masa yang singkat, pastikan pergi ke tempat-tempat ni di Bern:

Old City of Bern

Bandar lama Bern ni disenaraikan dalam UNESCO World Cultural and Heritage Site.

Zytglogge

Zytglogge adalah menara jam yang menjadi main attraction di Bern. Ia pernah jadi pintu masuk utama ke Bern pada kurun ke-10 hingga kurun ke-11.

Einsteinhaus

Rumah Einstein! Jangan lupa bawa anak datang sini, ambil aura Einstein, hehe.

4. Interlaken

Ada lebih dari 40 puncak yang memiliki ketinggian melebihi 4000 meter di Switzerland. Yang tinggi-tinggi terdapat di Zermatt, seperti Monte Rosa, Signalkupe, Matterhorn… tapi Jungfraujoch (sebutannya Yu-fro-yoh) biasanya menjadi destinasi percutian pilihan kebanyakan orang. Interlaken menawarkan lebih banyak pilihan pemandangan yang lebih mengkagumkan!

MESTI BUAT DI INTERLAKEN

Main salji! Nak dapatkan pemandangan di lembah desa samada di Grindelwald, Lauterbrunnen, Murren dan sebagainya, boleh dapat banyak kali di Switzerland. Jangan lepaskan kesempatan naik ke puncak Jungfrou dan rasai salji yang lembut di sana.

5. Lucerne

Bandar yang rileks dan di sini boleh menikmati the whole Switzerland. Penduduknya tak ramai, tempatnya sejuk.. tenang, damai. Banyak kali dok ulang tenang, damai ni ya.

MESTI BUAT DI LUCERNE

Cruise di Tasik Lucerne.. cara terbaik untuk nikmati dan rasai… cicipi keindahan Switzerland… dari sini kita boleh nampak Pilatus, Rigi dan Stanserhom. Angin tasik ni sangat sejuk, kalau tak tahan sila pakai sweater.

Itulah antara 5 top tempat yang mesti pergi di Switzerland. Di Negara ni paling senang naik train. Dapatkan Swiss Pass untuk kemudahan perjalanan. Kalau hanya ada masa yang singkat, boleh ambil train sightseeing seperti Glacier Express, Bernina Express, Wilhelm Tell Express dan GoldenPass.

Selamat bercuti di Switzerland!

Tagged in :

admin Avatar

32 responses to “5 Tempat Menarik WAJIB PERGI Di Switzerland”

  1. Sarah Harun Avatar
    Sarah Harun

    Assalamualaikum along..
    Nak tanya..how old was Danny masa pegi swiss haritu? Masa Along naik Jungfrau tu byk x parents with babies, not small babies but 1-2 yo. Baca forums mostly ckp not advisable. And lg satu..rasanya perlu ke winter boots especially for kids kalo main kat jungfrau/ mana2 tempat salji kat swiss tu time winter? Thanks along..sorry byk plak soalan tetiba.

    1. admin Avatar
      admin

      waalaikumussalam Sarah,

      Danny 1 tahun 3 bulan tp masa tu belum naik jungfrau lagi. dia 3 thn br naik. masa kami pegi tu takde baby pun, paling kecik anak2 kitorang je kot.

      winter boots, kalau nak selesa, better ada. lagipun nk jalan2 kalo hujan.. sejuk kejung nanti kesian diorang. budak2 kitorang takde pun winter boots hehe.

  2. maizira Avatar
    maizira

    Salam kak, tq 4 the info. Sy nk tanye naik glacier express train. Boleh bawa beg besar ke masa naik train tu@ada tmpt khas dlm train. Ke kena drop bag? Sy plan naik train dr chur ke brig. Tqvm 4 ur response.

    1. admin Avatar
      admin

      salam mai, kitorang bawak satu beg je, masuk je dalam. kalau banyak beg ada tempat drop kot, tak sure pasal tu 🙂

      1. mai Avatar
        mai

        Update: ada tmpt letak beg besar dlm train glacier express. Lupe nak ambil gmbr.

  3. emalinmohd Avatar

    Bestnya pergi jalan-jalan kat situ. Dalam gambar pun nampak cantik Apatah lagi kalau live.

  4. daya rudy Avatar

    wajib bubuh dalam vision board

  5. iz Avatar
    iz

    bodohlah org kuat melancong

  6. Neeza yaacob Avatar
    Neeza yaacob

    As salam kak
    Sy akan ke europe next year
    Boleh tak akak emel full ittenary akak di swiss
    Emel sy n.neeza87@gmail.com

  7. eliza Avatar
    eliza

    as salam
    sy nk tanya…sy akan ke swiss bln 8 ni
    2hari je…berbaloi ke tak nak beli swiss pass?
    tgh blur nk buat itinerary…rs mcm semua tempat nak pegi 😅😅😅

    1. admin Avatar
      admin

      wsalam Eliza, this entry is for you 🙂 ==> http://mysuperkids.net/tips-sebelum-beli-swiss-travel-pass/

  8. Shaf Avatar
    Shaf

    Salam, saya ade dkt lucerne utk beberapa hari jadi boleh x sy nk tnya dkt mna nk cari kedai makan yg halal dkt sini

    1. admin Avatar
      admin

      salam Shaf, dekat2 dengan hotel ibis Budget ada satu kedai jual kebab halal. di lucerne ada beberapa restoran india yang jual makanan halal.

  9. Radhi Avatar
    Radhi

    Salam,

    Kalau 3 hari 2 malam, cukup tak masa nak pergi ke tempat yang dicadangkan tu. Dan berbaloi tak kalo ambil swiss pass utk 3 hari shj.

    1. admin Avatar
      admin

      Salam Tuan Radhi,

      3 hari 2 malam cukup je, tapi cukup2 utk touch-and-go je lah mungkin. Tak sempat nak experience sgt.

      Swiss Pass ada yang utk 3 hari.

  10. ayu Avatar
    ayu

    Assalamualaikum,

    Sis, terima kasih atas perkongsian. Saya akan ke Davos bulan April ni. Ada beberapa soalan nak tanya ;):
    1. Nak tanya experience Sis di Zurich airport. Mereka benarkan tak kita bawa food dr M’sia? Cth makanan dalam tin dan sbgnya.
    2. Senang tak nak cari restoren halal?
    3. Saya akan menghadiri conference di Davos selama 6 hari. Saya hanya free untuk pergi ke mana2 pada
    – hari kedua (full day)
    – hari ketiga (half day)
    -hari keempat (full day)
    Saya sudah pun mendpt free Davos Guest card yg boleh digunakan di Davos sahaja.
    Berbaloi kah saya utk membeli Swiss travel pass?

    Terima kasih 🙂

    1. admin Avatar
      admin

      waalaikumussalam Ayu

      1. makanan boleh je masuk Europe
      2. Restoran halal boleh tgk sini sebagai panduan ==> bit.ly/1QmfGYj
      3. kalau banyak tempat nak pegi & attraction nak masuk, berbaloi je. cuba la check your itinerary & compare dgn if beli tickets 🙂

      harap membantu ya!

      1. ayu Avatar
        ayu

        Assalamualaikum Sis,
        Saya nak tanya tentang Swiss Travel Pass. Kat mana kita boleh beli pass ni. Mudah tak nak access?
        Saya ada terbaca boleh beli online..then pick up dekat airport. Betul ke?
        T.kasih.

        1. admin Avatar
          admin

          waalaikumussalam Ayu

          Boleh tengok kat entry ni ===> http://mysuperkids.net/tips-sebelum-beli-swiss-travel-pass/

  11. Ajue Avatar
    Ajue

    Boleh bg itenary utk ke swiss..boleh email sy rjnorbaizura@gmail.com..
    Terima kasih byk2

  12. wan Avatar
    wan

    Salam kak.

    saya akan pegi swiss untuk 4 hari 4 malam. Pergi bertiga. Mana lagi worth? sewa kereta or beli swiss pass?

    Plan macam nak drive tapi risau jugak takot x biasa left handed driving. Just need IDP je kan if nak drive around? ke perlu amek international licences?

    Thanks in advance kak for your help.

  13. nur yusuf Avatar

    Assalamualaikum.. keyword search Jungfrau bersama anak-anak’ bawa saya ke entri ini. Tq utk perkongsian. Pening juga nak plan itinerari ke swiss.. teringin nak naik sampai jungfraujoch tp tengok tiket mahal sangat. fuh!tapi kalau tak pergi rasa rugi plak.. huhu

    1. admin Avatar
      admin

      alang2 dah sampai la tu, nanti terbayang pula hehe

  14. Sue Avatar
    Sue

    Salam, thanks to ur article..sgt membantu.. sy nak kesane march nanti, nak tanye kalau penginapan kat zurich tu mcm mane ye? Better ambik airbnb mcm homestay atau pon hotel
    Sy bwk 3 org anak2 kecik..

    1. admin Avatar
      admin

      kalau nak masak2 AirBNB better option.

  15. Islamic Traveller Avatar

    Perkongsian yang sangat menarik…

  16. yani Avatar
    yani

    assalammualaikum kak,

    saya plan ke Swiss hujung tahun ni bersama sumac , 3 anak dan ibu bapa mertua. 5 dewasa dan 2 kanak2.
    sy ambil flight KL-Zurich. Nak tahu bagaimanacuaca bulan December di Swiss. sy teringin ada gambar2 ala2 summer dan salji.
    1- berbaloi ke saya beli Swiss pass or sewa kete?
    2- boleh akak suggest Airbnb/rumah/apartment di area Zurich sbb sy prefer masak sendiri.
    3- kalo ke Geneve boleh ulang alik dari tempat stay di Zurich ke?
    4-Utk ke Interlanken,Lucern, Zermatt tu kena sewa rumah lain ? Kalo akak sudi, boleh tolong arrange itenary utk seminggu di Swiss. Sy nak cover semua tempat di Swiss.
    5- Email saya hadina78@gmail.com

    terima kasih kak
    yani 0173096337

    1. admin Avatar
      admin

      waalaikumussalam yani

      1. Disember dah masuk winter. susah sikit kot nak dapat gambar ‘summer’. unless u pegi time summer & naik jungfrau, kat situ ada salji sepanjang tahun.

      2. mtk maaf kami tak pernah inap di AirBnB.

      3. Geneva – Zurich dalam 3 jam (drive/train). if u gi time winter masa banyak habis dalam kenderaan je. winter siang pendek.

      4. winter masa sgt tight & u kena consider your anak2 & parents in law, takut derang perlu masa utk recover jetlag & nak kena lompat2 dari satu tempat ke satu tempat. my suggestion u pilih nak tengok/experience apa & u pilih satu atau dua lokasi coz kebanyakan tempat di swiss offers benda yang similar je. cthnya kat Lucern u bleh tgk lake, naik Gunung Pilatus, visit Old Town, etc. tp if u dah biasa travel dgn tight schedule tu should be ok lah 🙂

  17. Zvify Avatar
    Zvify

    Hi salam. Nak pergi ke swiss perlu sediakan visa tak ye? Thank you 🙂

    1. admin Avatar
      admin

      salam dear, Switzerland tak perlu visa 🙂

  18. Eifa Avatar
    Eifa

    Assalamualaikum..
    Saya plan nak ke Switzerland for the first time. Cuma nk tahu mcm sis n family menginap hotel hanya 1 tempat utk berjalan ke semua tempat bandar Switzerland ke or berpindah ke hotel yg lain juga?

    1. admin Avatar
      admin

      waalaikumussalam dear

      kalau ke tempat2 dalam entry ni kena pindah2 sebab tempat2nya jauh juga. tp kalau nak 1 hotel is possible, tp letih la perjalanan 2-3 jam sehala

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge