5 Sebab Kenapa Mesti Travel Semasa Anak Masih Kecil

admin Avatar

Bila sebut soal travel, biasanya ramai yang menolak untuk travel tatkala memiliki anak kecil. Iyalah, sedangkan di rumah sendiri pun dah huru-hara, bagaimana pula nak dibawa ke mana-mana. Nantinya bukan jadi seronok bercuti, jadi makin stress! Silap-silap suami isteri yang bercakaran nanti.

Betul ke hanya yang memiliki anak2 yang ‘baik’ saja ada priviledge untuk travel bersama? Aduh, kalau anak2 jenis ‘buas’ ni, bila lah ada peluang nak travel bersama?

Mula-mula kita kill the perception dulu. Budak2 mana pun ada challenge tersendiri untuk mak bapak masing2… Janganlah pandang negatif sangat pada anak2 sendiri. Unless budak2 yang ada special needs, yes mungkin concern tu lain.

Kali ni saya nak sentuh kelebihan travel bersama anak kecil yang berumur di bawah usia 2 tahun…

1. Tiket Percuma!

Dari tiket kapal terbang (cuma bayar caj dan cukai) ke tiket bas, ke tiket attraction, semuanya percuma. Kalau tunggu besar sikit je, dah kena caj dah…

2. Senang bergerak

Masa anak kecil ni, belum tahu jalan betul lagi… Kita dokong saja dia. Dengan baby carrier yang bersesuaian, kita pun selesa, anak pun seronok dipeluk sentiasa.

3. Dapat Priority

Biasanya kalau bawa baby ni akan dapat keutamaan. Bukan saja memasuki pesawat lebih awal, nak masuk ke tempat-tempat tarikan pun dapat priority. Di airport pun ada line special untuk keluarga bersama bayi (kecuali di USA, agaknya. Ada baby pun kena beratur panjang juga…)

Ramai beratur nak masuk Chateu de Versailles,kami dipanggil masuk dulu!

4. Senang Nak Makan-Makan

Apabila anak yang dah besar dibawa travel, kena pula ada yang jenis picky,jenuh juga nak penuhi demand mereka. Maklumlah, bila dah berjalan jauh ni bukannya makanan yang kita biasa tersedia. Tapi dengan baby ni tak payah nak susah2 sangat. Minum susu (susu badan terbaik!) dan buah-buahan lembut dah cukup.

5. Tak Banyak Perangai Sangat

Kalau yang dah ada kemahuan sendiri tu, ada kemungkinan nak buat aksi berguling di khalayak ramai bila dah penat, lapar dan sebagainya. Yang kecil ni tak susah sangat nak handle, bila buat perangai, masih boleh didukung

Kalau korang kaki travel yang baru-baru ada anak di usia baby, cepat2 cari tiket, buat itinerary dan bajet semua, TRAVEL SEKARANG jangan tunggu dia besar! Atas sebab2 di atas…

Lagi2 kalau anak baru sorang, cepat2 bawa dia travel bersama. Ingat, jangan tunggu-tunggu!

Nak lagi tips travel dengan anak-anak?

Stay tune di MySuperKids okey!

Tagged in :

admin Avatar

3 responses to “5 Sebab Kenapa Mesti Travel Semasa Anak Masih Kecil”

  1. raihanah Avatar

    betul juga tu, insyaALlah tahun depan kalau ada rezeki nak bawa anak2 travel

  2. nurul fatin adiana Avatar

    InsyaAllah, ade rezki lebih nak keluar tengok dunia luar juga

  3. ira Avatar

    betul jugak tuh kan, thanks sharing

Leave a Reply to raihanah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge