Banyak orang cakap sebab utama hasad dengki manusia kerana tak senang tengok orang bahagia tapi dia sengsara atau tak senang tengok orang berjaya tapi dia tak ke mana. Tapi tahukah anda itu bukan sebab utama? Dua faktor di atas hanya sekadar AKIBAT sesuatu yang ada dalam dirinya, bukan PUNCA kenapa orang dengki.
Sebab kenapa orang dengki?
Ini yang saya discover,
That’s All They Know
Seseorang mudah dengki akan kejayaan orang lain sebab ilmu yang mereka ada terhad kepada satu-satu perkara. Sebab mereka dah tak tahu benda lain, saingan terdekat hanya akan dianggap pengacau popularitinya. Orang seperti ini gemar dipuja sebagai orang “terpandai”, guru paling hebat atau sifu paling otai; walaupun cuma jaguh kampung saja. Tapi kalau ke bandar sikit awal-awal dah surrender.
That’s All They Do
Ini sangat biasa berlaku dalam dunia perniagaan. Bila perniagaan yang mereka miliki hanya ada SATU dan merupakan 100% sumber kehidupan, mereka tak mampu hadapi sebarang kemungkinan untuk gagal; walaupun gagal atas kesilapan dirinya sendiri. Orang seperti ini sangat suka sebarkan buruk sangkanya kepada orang lain tentang apa saja yang dianggap pesaing; walaupun sebenarnya tidak.
That’s All They Have
Ini selalu terjadi kepada parent yang mengagungkan anaknya sendiri; sehingga anak orang lain dipandang hina. Mungkin sebab mereka dah takde benda lain yang boleh dibanggakan sehingga anaknya yang spoil adalah aset paling berharga. Orang macam ni tak habis-habis memperkatakan kelebihannya walaupun it is nothing to be proud of. Umpama burger lah yang paling sedap kalau tak pernah makan ciken chop.
Mentaliti Makan Gaji
Dari tadika kita ditekankan kepentingan dapat no 1 setiap kali perperiksaan sampai kita betul-betul yakin 2nd is the first loser. Tambahan pula, kebanyakan orang kita terdiri daripada golongan makan gaji yang berlumba-lumba kejar pangkat & kedudukan yang bilangannya pasti terhad; CEO cuma satu besar mana pun syarikat.
Hakikat kehidupan, tak siapa tahu apa atau siapa yang terbaik asalkan hidup mampu membawa manfaat kepada orang lain. Tapi orang dengki dalam kategori mentaliti makan gaji takkan faham. Sebabnya, mereka sering dihantui rasa rendah hati dalam diri (seperti KULI) jika dia bukan pilihan utama (macam BOS).
Nak jadi orang dengki, busuk hati lagi tikam belakang? Tak susah, just master all the above. Tak nak buang masa layan kerenah orang dengki? Jauhi orang yang ade symptom-symptom di atas seawal mungkin, seboleh mungkin & sejauh mungkin.



{ 12 comments… read them below or add one }
he..he..he amadddd
dear…dah mmg nature dan fitrah manusia..tak boleh tgk org senang..hehe.. buatla mcm mana pun..mesti sume org ada rasa mcm tu..its all depends on how we handle that..lihat org berjaya then samada cemburu positif atau cemburu negatif..hehe…mcm gak stress dan juga ujian hidup..sume org mesti ada phase stress..ada mengalami ujian…cume bagaimana nak menghadapinya.nak bunuh diri ke..nak bunuh org ke… ..jadinya… biarlah si luncai dgn labu2nya….
mmm…i dengki la kat u
hahahahahaha
pasal dengki2 nie.. tak payah diajar… memang pandai sendiri… huhu… cuma nak berjaya berdiri atas usaha … perlu belajar… dan terus belajar…
Ada 2 jenis tindakan yang akan diambil oleh orang yang dengki:-
1) Dia akan jatuhkan orang yang dia dengki tu dengan jalan kotor. OR
2) Dia akan jatuhkan orang yang dia dengki tu dengan jalan suci, hehehe…
Jalan kotor ni, contohnya macam dia gi tabur fitnah ke, tikam belakang ke, hack blog orang ke, gi bakar kedai orang ke, etc. dengan tujuan untuk menjatuhkan orang yang dia dengki tu.
Jalan suci ni, contohnya macam dia belajar pandai-pandai, master skil-skil terbaru, build up connection and contact, usaha sungguh-sungguh, etc untuk mengalahkan orang yang dia dengki tadi.
In other words, cara menangani dengki ni sama ada dia nak fokus kat orang yang dia dengki atau dia nak fokus kat diri dia sendiri.
So true!
Camne nak hadapi org yang kuat dengki ni? Tlg bgtau sikit cara2 nya
Antaranya spt, hasut semua org, pura2 manis di depan, belakon kat boss konon nya dia bagus tp hancuss, tak bole tgk org lebih, ajak semua pulau org yang dia dengki tu (bila tgk ada org kwn dgn org yg dia dengki tu,muka dia xpuas ati). Camne nak hadapi org mcm ni?
entah larrrr. sepanjang hidup, sy suka tgk org berjaya w/pun b’lebih2an dr sy sbb jika mrk senang, mrk X kacau sy kan. tp org selalu buat mcm2 perkara buruk kpd sy sekeluarga walhal sy X pernah ganggu hidup mrk. mrk terus buat berulang2, X tahu b’henti spt X ingat mati. sedih arrrr….. org yg percaya fitnahnya, dh lama sy maafkan kerana mereka yg hanya m’dgr dgn tidak menyiasat hanya melakukan 1 kesalahan ttp org yg mereka2 cerita, menyebarkan, m’burukkan, mengetawakan melakukan terlalu byk kesalahan. susah larrr nak lupakan lebih2 lg yg memalukan.
salam,
mentaliti makan gaji tu bes la..hahahahaha..
macamana pula kalau yang dengki pada kita tu adalah mak mertua kita sendiri. macamana nak jauhkan diri? sedangkan kita perlu jumpa dia selalu sebab nak jaga hati suami..
ini lah paling acap kali dalam kehidupan..xpernah boleh lari..kadang2 si dengki ni tak sedar dia dengki..itu masalah..nak kata kita buat mcm2 kat dia, dia pulak perasaan lebih..pelik..mentaliti yang terlalu sukar diubah melainkan diri sendiri..check sebelum tidur..bersihkan hati dan maafkan semua orang..baru takda dengki2..