,

11 Tips Dapatkan Tambang Kapal Terbang Murah

admin Avatar

Semalam saya dah share tentang jadual cuti umum 2016, hari ni kita take one step ahead dengan cara-cara nak cari tambang kapal terbang murah-murah pulak. Kok ada yang teringin ke London macam Riza Afzan Asri ni, kita godek-godek dulu… mana la tahu dapat best deal, terus angkat!

1. Gunakan Kayak Explore

Tool yang sangat best untuk berangan. Layari di sini => kayak.com/explore.

Mana tak berangannya bila tengok world map dengan possible tambang nak pegi sana.

SURVEY TAMBANG MURAH

Dan yang bestnya kita boleh main-main select nakgi time summer ke winter ke, bebile ke..

2. Naik kapal terbang yang berbeza

Jangan tengok satu airlines je. Survey macam-macam airlines yang ada offer route yang kita nak pegi tu. Misalnya pegi naik MAS, balik naik Air Asia. Survey, OK. Kadang2 naik kapal terbang yang berbeza ni lebih berbaloi.

3. Guna fungsi Multi-city

Satu lagi boleh guna fungsi multi-city dengan airlines yang sama. Contohnya kita pegi Australia turun di Sydney, dan balik dari Adelaide. Tapi multi-city ni kena guna function “Multi-city” yang dalam website masa booking tu tau… jangan beli asing2, mahal sesangat!

Air Asia
Air Asia
Malaysia Airlines
Malaysia Airlines
Singapore Airlines
Singapore Airlines

4. Book tiket sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal

Kalau nak tiket murah, mesti booking awal-awal. Seberapa awal? Sekurang-kurangnya 2 bulan atau 6 minggu sebelum tarikh nak terbang. Siap ada kajian yang dibuat pasal benda ni. Harga tiket yang dibeli sebelum tempoh 2 bulan terakhir tu biasanya lebih murah dari biasa.

5. Ambil connecting flight (transit)

Untuk perjalanan jauh, penerbangan terus biasanya lebih mahal dari transit. Misalnya tiket kelas ekonomi ke London kalau direct flight dengan British Airways, one way boleh dapat dalam RM2,200 paling murah (harga premium ekonomi dalam RM5,000), tapi kalau naik Vietnam Airlines transit di Ho Chi Minh boleh dapat dalam RM1,200 je. Kan ke jimat RM1,000 tu!

6. Survey harga di macam-macam website

Jangan reply pada satu website je. Tadi dah berangan dengan Kayak Explore, then mesti compare dengan site lain2 seperti Sky Scanner, Expedia, Travelocity, Orbitz, Airfarewatchdog, Cheaptickets, etc.

7. Survey juga di website airlines

Jangan lupa untuk buat comparison dengan website asal airlines pilihan kita tu. Kadang2 diorang ni buat offer eksklusif hanya di website dia je.

8. Daftar sebagai member/frequent flyers

Jangan terbang begitu saja tanpa daftar sebagai frequent flyers. Setiap miles adalah dikira tau. Setiap kali travel, kumpul points & nanti boleh redeem balik. Mana tahu dapat tiket free!

ENRICH

Kalau dapat silver/gold card contohnya Enrich ni, boleh check in di kaunter Business Class, priority baggage, & pemegang gold card boleh masuk MAS Golden Lounge walaupun kita naik ekonomi.

9. Guna kad kredit yang ada link dengan airlines atau yang boleh redeem airlines points

Bab nak guna kad kredit ni ada teknik dia. Kalau tak reti teknik dia ni, alamat boleh bangkrap. Tahu tak ramai rakyat Malaysia yang bangkrap sebab hutang kad kredit?

Kalau nak guna kad kredit, guna yang tie dengan airlines points, misalnya CIMB Enrich Gold, boleh dapat 2 kali Enrich points tiap kali buat pembelian.

ENRICH GOLD CIMB

Lepas tu, point-point mata ganjaran segala yang lelain tu convert ke Enrich point. Tak ke best tu. Travel free!

10. Terbang pada waktu tak masuk akal

Harga tiket pada waktu-waktu tak masuk akal, misalnya pagi sangat, tengah malam sangat biasanya lebih murah dari waktu-waktu lain. Kami pun selalu fly ambik flight jam 2-3 pagi… jam 5 pagi…

11. Follow Twitter & FaceBook

Kadang-kadang airlines ni suka announce sebarang offer kepada followers mereka di media sosial. Jadi sila follow lah ye Twitter, FB, IG, subscribe newsletter mereka tu.

Amacam? Berguna tak tips-tips ni? Kalau berguna kongsi-kongsikan dengan kawan-kawan… Mudah-mudahan  boleh bantu mereka yang sedang cari pasal nak habiskan cuti!

Nak tips lagi best tak? Nak yang lagi best meh baca kat sini pulak ==> TOP 9 TIPS TIKET MURAH & PERCUMA

Tagged in :

admin Avatar

19 responses to “11 Tips Dapatkan Tambang Kapal Terbang Murah”

  1. M.Syamsid Dhuha Avatar

    Tips yang sangat berguna . Most of this tips , YES sangat setuju mmg boleh dapat harga yang best . Nice post btw 😀 . Thumbs up

    1. admin Avatar
      admin

      Alhamdulillah, mudah-mudahan bermanfaat

  2. nor Avatar
    nor

    great! TQ

    1. admin Avatar
      admin

      mudah-mudahan berguna & boleh di-apply oleh sesiapa yg membacanya 🙂

  3. Lin Chalo Avatar

    Cemana nak apply cc cimb?

    1. admin Avatar
      admin

      pegi bank CIMB, bgtau nak apply cc. bawa penyata pendapatan at least 3 bulan.

  4. Ida Avatar

    Enrich point bukan ja boleh beli tiket sendiri, boleh redeem utk keluarga juga !! Berbaloi

    1. admin Avatar
      admin

      best kan? satu family bleh hangkut.

  5. Aya Chalo Avatar

    Ni yg kena apply cc lg ni

    1. admin Avatar
      admin

      Ha Ha Ha

  6. cikjan Avatar

    travel pagi2x??.. kikikiki kena usahakan utk gagahkan diri..

    btw,
    cc kena apply dah segera. byk kegunaannya. 🙂

  7. emalin mohd Avatar

    Wah..dah boleh mula berangan ni ..

  8. Shams Avatar

    ada tips tak pasal current exchange? mana tau leh save lg kikikiki

  9. Sal Avatar

    sooo good….

  10. amree Avatar

    Boleh cuba http://teecket.herokuapp.com

    mas, airasia, malindo dan firefly serentak

  11. Shurinah Avatar
    Shurinah

    Salam. Tambang yang dipaparkan di world map di tiap2 country tu in USD ke? Boleh tukar ke MYR ke?

    1. admin Avatar
      admin

      boleh tukar setting ke mana2 matawang yang kita nak

  12. Ab Sukor Akup, DBKL Avatar
    Ab Sukor Akup, DBKL

    Assalamualaikum …timo kasih banyak2 kerano info tersebut..insyaAllah..ka;au ado rezeki….

Leave a Reply to Lin Chalo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge